Alhamdulillah
Proses pendaftaran untuk project taxi4u.my berjalan dengan lancar semalam.
Walaupon tak ramai, tapi ramai sahabat2 baru yang sebelum ni belum pernah berjumpa muncol.
Aku amat bersyukor kerna team2 admin bersungguh sungguh untuk memberi penerangan pada semua driver.
Aku harap project ni akan berjaya dan mencapai sasaran yang di impikan.
Niat aku adelah untuk membantu driver2 di luar sana untuk meraih pendapatan yang lebih tanpa bergantung harap dengan kenaikkan tambang yang tak pasti.
Dengan skill dan ilmu yang aku ada, aku akan curahkan segalanya untuk kita semua kaya & berjaya. Of coz, tanpa bantuan admin2 lain dan juga pemandu2, project ni takkan berjalan dengan lancar.
Aku sendiri adelah pemandu teksi, kami admin semua juga supir jalanan. Kami faham ape yang anda semua lalui. Jika pihak syarikat kedekut untuk keluarkan modal untuk advertisment, kita sama2 bole keluar modal untuk semua itu demi kebaikkan kita bersama.
Semoga www.taxi4u.my akan menjadi pesaing yang hebat di dalam industri teksi negara.
In sha Allah. ....
No comments:
Post a Comment