Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 24 April 2015

Wajarkah Di Minta Selaraskan Tambang TEKS1M? ?


Sumber :  http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tambang-teksi-pers1m-mahal-penumpang-tak-naik-1.382878


Salam ....

Aku sedikit kecewa bila PERS1M membuat kenyataan & menghantar memorandum untuk selaraskan tambang TEKS1M sama dengan teksi budget ....

Selaku salah seorang pemandu TEKS1M. .. aku amat tidak bersetuju dengan tindakkan tersebut.

Cuma aku sedey ... hanya kerana beberapa pemandu TEKS1M yang mengadu kata susah nak cari makan .... PERS1M membuat keputusan untuk semua pemandu TEKS1M. 

Aku dah join Group luahan perasaan tuh, di mana semuanya rata2 mengadu nasib and kebanyakkan mereka yang menggunakan "permit LRT"

Ada juga yang bodoh sombong kerana tidak mahu belajar cara menggunakan apps bagi memudahkan untuk mendapat pelanggan. Mereka lebih gemar dengan cara old skool.

Aku ada juga join 1 lagi group TEKS1M yang mana mereka semua tidak sependapat langsung dengan PERS1M. 

Mereka tidak merungut ... malah berusaha dan berterima kasih dengan SPAD di atas kenaikkan tambang dan berusaha untuk mencari setiap peluang yang boleh menambahkan pendapatan mereka.

TEKS1M 

Akan datang, semua teksi bandar akan bertukar kepada TEKS1M. ...

Ianya akan menaikkan lagi imej teksi negara... dengan keselesaan & ruangan yang lebih luas untuk penyimpanan bagasi.

Jika tambang TEKS1M di turunkan dan di sama tarafkan dengan teksi budget ....

Akan datang korang akan mintak untuk naik tambang lagi .... bergaduh dengan SPAD lagi.... x penat ker buat keje berkali kali ??

Sepatutnya ... pihak persatuan mengambil inisiatif untuk menasihati dan menunjukkan jalan bagaimana untuk merebut peluang yang terbentang luas.

Ajar dan guide mereka macam mana nak menggunakan apps.

Galakkan mereka untuk keluar kawasan ... jangan asyik pusing2 LRT sahaja.

Tapi .. itulah .... aku mampu menulis jerk. 

Hehe ....

Suka hati korang ler, 

Aku pon dah penat jaga tepi kain orang.

Dan aku xmo bercampur dengan orang2 yang negetif dan asyik mengeluh sahaja.

Kalau usaha tuh biasa2 sahaja, camner nak dapat hasil yang luar biasa ....

Sendiri mau ingat ler ...

Baik aku kayuh ... jage periuk nasik aku.

Hehe ...



1 comment:

  1. Boleh bagi tips tak macam mana nk dapat penumpang yang banyak, contoh kawasan yang byk org? app apa yang boleh digunakan utk cari penumpang?

    ReplyDelete