Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 26 April 2015

Bermulanya Hidup Sebagai Pemandu TEKS1M


6 Apr 2015 - Bermulanya karier aku sebagai pemandu TEKS1M. 

Setelah seminggu x keje ... akhirnya kuar gak teksi aku.

Hari yang sama gak pax kol aku nak ke Lumut ... perghh.

Rezki Allah nak bagi, seminggu x kayuh. Hehe.

Esoknya ... 1st kastemer aku dengan TEKS1M menuju ke Lumut. 

Dalam beberapa hari tuh memang kecoh pasal TEKS1M ni.

Ade yang mengadu xleh nak survive ... ade plak yang baru bawak sehari dah cite cam nak runtuh langit kate xleh survive.

Mase tuh aku memang malas nk komen lebih2 sebab masih baru mencuba.

Tapi makin lama ... aku perasan ...

Kalau setakat Q LRT / Shopping Mall, memang xleh ... sebab pax xnak naik.

Tapi kalau bergantung pada Apps, in sha Allah xde masalah.

Selama 2 minggu lebih ni ... Alhamdulillah. .. aku berjaya collect average RM200 sehari.

Mase bekerja memang kejap jerk. Hehe.

Tapi, itu pon masih memilih & hanya bergantung pada 1 Apps.

Korang bayangkan kalau korang ade sampai 5 Apps ??? Brape banyak peluang untuk menjana pendapatan yang korang ade ...

Tapi kelemahannya ialah ... korang akan jadi konfius untuk memilih dan akhirnya 1 alamat pon xdapat. 

KEH KEH KEH ...

Petua aku 1 jerk ...

X kire ape jenis teksi pon ...

JANGAN MEMILIH JOBS...

Ape ade depan mate... ko sapu jerk.

Kompom Masyuk ....

Friday, 24 April 2015

Wajarkah Di Minta Selaraskan Tambang TEKS1M? ?


Sumber :  http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tambang-teksi-pers1m-mahal-penumpang-tak-naik-1.382878


Salam ....

Aku sedikit kecewa bila PERS1M membuat kenyataan & menghantar memorandum untuk selaraskan tambang TEKS1M sama dengan teksi budget ....

Selaku salah seorang pemandu TEKS1M. .. aku amat tidak bersetuju dengan tindakkan tersebut.

Cuma aku sedey ... hanya kerana beberapa pemandu TEKS1M yang mengadu kata susah nak cari makan .... PERS1M membuat keputusan untuk semua pemandu TEKS1M. 

Aku dah join Group luahan perasaan tuh, di mana semuanya rata2 mengadu nasib and kebanyakkan mereka yang menggunakan "permit LRT"

Ada juga yang bodoh sombong kerana tidak mahu belajar cara menggunakan apps bagi memudahkan untuk mendapat pelanggan. Mereka lebih gemar dengan cara old skool.

Aku ada juga join 1 lagi group TEKS1M yang mana mereka semua tidak sependapat langsung dengan PERS1M. 

Mereka tidak merungut ... malah berusaha dan berterima kasih dengan SPAD di atas kenaikkan tambang dan berusaha untuk mencari setiap peluang yang boleh menambahkan pendapatan mereka.

TEKS1M 

Akan datang, semua teksi bandar akan bertukar kepada TEKS1M. ...

Ianya akan menaikkan lagi imej teksi negara... dengan keselesaan & ruangan yang lebih luas untuk penyimpanan bagasi.

Jika tambang TEKS1M di turunkan dan di sama tarafkan dengan teksi budget ....

Akan datang korang akan mintak untuk naik tambang lagi .... bergaduh dengan SPAD lagi.... x penat ker buat keje berkali kali ??

Sepatutnya ... pihak persatuan mengambil inisiatif untuk menasihati dan menunjukkan jalan bagaimana untuk merebut peluang yang terbentang luas.

Ajar dan guide mereka macam mana nak menggunakan apps.

Galakkan mereka untuk keluar kawasan ... jangan asyik pusing2 LRT sahaja.

Tapi .. itulah .... aku mampu menulis jerk. 

Hehe ....

Suka hati korang ler, 

Aku pon dah penat jaga tepi kain orang.

Dan aku xmo bercampur dengan orang2 yang negetif dan asyik mengeluh sahaja.

Kalau usaha tuh biasa2 sahaja, camner nak dapat hasil yang luar biasa ....

Sendiri mau ingat ler ...

Baik aku kayuh ... jage periuk nasik aku.

Hehe ...



Thursday, 23 April 2015

Pembayaran Melalui Kredit Kad Dalam Teksi

TM SME

Manage Pay

CIMB Bank

Zaman semakin canggih sekarang.


Teksi di Singapore dah lame boleh terima pembayaran melalui kredit kad.

Di malaysia baru nak cuba2.

TEKS1M adelah produk yang kerajaan perkenalkan untuk menggunakan sistem ini.

Tapi yang sedihnya ... undang2 telah menghadkan yang hanya segelintir sahaja boleh menggunakannya.

Aku yakin, ramai yang ingin menyahut seruan zaman canggih di mana di dalam teksi boleh terima Card Payment.

Same juga dengan aku...

Aku dah berhubung dengan 3 kompeni di atas... semuanya gagal.

●TM SME
Syarat untuk menggunakan servis Surepay mereka ialah mendaftar Unifi bisnes package.

Kita nak gunekan dalam teksi, buat ape sampai nak bayar mahal2 dengan melanggan Unifi Bisnes.

●ManagePay
Syarikat ni ade partnership dengan TEKS1M SPAD. Mereka menyediakan terminal kad untuk mereka.

Tapi sayang, hanya permit bawah SPAD sahaja / Permit Persendirian.

Permit kompeni x boleh.

Sebab ... bank x boleh nak proses.

Anyway ... mereka akan follow up perkara ni.

●CIMB Bank
Plug & Pay ade partnership dengan Sunlight Taxi.
Untuk dapatkan device tersebut, anda mestilah menggunakan Sunlight Tab dengan Monthly Payment RM150.

WTF ....

Takkan semata2 nak dapatkan device tuh pemandu terpaksa menggunakan orang tengah seperti Sunlight ??

Aku cuba kol CIMB direct ... 

Mereka kata mestilah dengan pendaftaran syarikat.

Korang tengoklah permainan ..... 

Ape2 sahaja kami kena menggunakan orang tengah.

Undang2 menghadkan kami pemandu teksi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Ape gune korang sediakan sistem yang canggih jika kami yang memerlukan tidak boleh mendaftar ??

Buat ape syarikat2 besar nak gunakan mobile payment sebab bisnes mereka memang x bergerak seperti kami.

Cube korang semua bayangkan ...

Ade lebih 30 Ribu pemandu teksi syarikat .... jika mereka semua menggunakan servis mobile payment tuh, sape yang untung ??

Orang yang menyediakan perkhidmatan itu ler yg untung ...

Dah tentu korang akan makan percentage dalam setiap transaksi ...

So ... x reti2 lagi ke nak ubah polisi korang tuh ??

APTB ... itu pon mau ajar.