Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 2 November 2014

Sape Kate Taik Judi Tak Boleh Berubah

Gambar Hiasan
Salam ....

Ari ni aku nak cite pasal jiran aku.

Sedikit intro pasal dia ....

Dia ni dulu taik judi ..... macam2 tergadai, sampai hutang Along.

Pastu nasib dia berubah bila dia join 1 travel tour bawah sorang tuan haji ni. Kebetulan dia memang belajar sekolah agama, so ... banyak ler trip dia ke Arab Saudi untuk Haji & Umrah.

Yang best nyer, sampai ade sorang imam masjid terkenal di sekitar kuala lumpur mahu jadikan dia sebagai menantu.

Alhamdulillah. ... dapat jodoh dengan anak imam yang cantek.

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari.

Dia di uji bila tuan haji meninggal dan syarikat travel & tours terpaksa di tutup.

Hilang punca dia ....

Dia mula bertapak sebagai pemandu peribadi dan akhirnya pak mertua sponsor deposit untuk keluarkan Saga BLM Teksi.

Bermula lah jalan hidop dia sebagai pemandu teksi.... tapi malangnya, maybe di sebabkan pergaulan dengan rakan2 yg x betol, dia terjebak kembali dengan judi.

Habis tergadai semuanya sampai teksi pon kena tarik. Hutang Along bagai ....

Tak tau mane dia dapat modal, dia keluarkan sebiji iswara buruk untuk di kayuh.

Mungkin di sebabkan tekanan hidup, akhirnya isteri minta cerai. Sedey sangat.

Maybe dia dah tersedar dengan keperitan hidup dan ujian yang menimpa, dia berusaha keras.

Memang bersungguh dia keje. Memang hebat.... dia berusaha sehingga lah dia mampu keluarkan sebiji Persona Teksi yang baru.

Bukan itu sahaja, hari ni dia melansungkan perkahwinan keduanya .... Tahniah.

Akhirnya dia bangkit dan berjaya.

Moral cerita ni ialah, di mana ade kemahuan, di situ ade jalan.

Kita yang mencorak hidup kita ..... jadi, corakkanlah dengan warna kehidupan yang cantek menarik.

Sape kate taik judi xleh nak berubah ?? Kalau korang taik judi sekarang, tak mustahil korang akan jadi insan yang berjaya di kemudian hari.

Langkah pertama untuk berubah tu penting, jangan ragu2.

In sha Allah. .....

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment