Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 21 November 2014

Cancell Job / Booking Unseen Effect - Renungan Semua


Salam Semua,

Myteksi memang serius dalam cancellation job. Sampai mesej ni di keluarkan pada penumpang.

Di sebabkan kensel job, ramai driver yang di buang, not fair kalau semua kesalahan di letak di bahu pemandu, bagaimana pula dengan penumpang yang sering main2 & kensel job bila driver dah dekat.

Kadang2 aku kesian tengok Myteksi yang terlalu mengikut telunjuk persatuan2 teksi yang ada. Seolah olah mereka di kawal sepenuhnya. Sampai nak buat keputusan pon nak kena mintak kebenaran.

Pihak persatuan ni pon 1 hal, give & take ler sket dalam sesuatu perkara. Jangan ler plak dah bagi betis nak peha plak.

Diaorg ni lupe agaknya yang Myteksi ni sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan, bukan syarikat kebajikan.

Keh keh keh ......

Walau apepon, u done a great job for us Myteksi bila u keluarkan mesej tersebut. 

Kami amat menghargainya ..... tiada syarikat lain yang boleh & buat macam tuh.

Thanks..

SaiNizam
CED @ www.taxi4u.my 


Monday, 17 November 2014

Bila Membantu Orang Adelah 1 Kesalahan .... ??



Salam,

Ramai yang tanya baru2 ni kenapa KLTDC JV dengan Myteksi.

Dulu bukan main lantang bersuara kata nak boikot myteksi bagai, mane tau sekarang boleh partner dengan Myteksi pulak.

Aku sebenarnya tak payah nak explain bende2 ni semua, sebab ini adelah hak individu. betol tak ??

Tapi itulah sikap manusia yang ingin tahu .... bila tak tau, memfitnah orang pula.

Macam aku dulu ... keh3

ISU Grabcar

Terus terang aku katekan, aku takde masalah dengan grabcar & uber. Selagi mereka menggunakan kenderaan yang mempunyai lesen, mereka berhak untuk berniaga. Ini adelah persaingan perniagaan yang sehat.

Kenapa aku boikot Myteksi ?

Aku tak bersetuju bila Grabcar di satukan dalam apps pengguna dan sampai sekarang aku masih bantah tentang itu. Ini adelah pendapat peribadi aku.

Dan jika korang nak sokongan aku dalam memboikot, aku on jerk. Aku menyokong usaha murni korang agar apps grabcar di keluarkan dari apps pengguna Myteksi.


Tapi jika korang tanya pendapat KLTDC. 

Jawapan Aku Ialah :

KLTDC tiada kena mengena dengan hal ehwal kebajikan pemandu teksi.

MOTTO KLTDC :
1- Membantu driver baru atau lama dalam menambahkan pendapatan.
2- Menyalurkan info2 kepada semua driver
3- Beriadah, Bersosial & Melakukan aktiviti2 sehat bagi melepaskan tekanan bekerja.

Jadi, KLTDC tidak akan sama sekali masuk campur dalam hal2 memboikot grabcar nie.

Ada juga yang bertanya ...

Kenapa JV dengan Myteksi, kenapa bukan dengan kompeni lain ??

Korang raselah ... KLTDC bole JV dengan siapa ??

Siapa KLTDC ni sampai ade kompeni lain yang sanggup nak JV dengan kita ?

Berapa pulak modal KLTDC boleh bayar pada kompeni tersebut ??

Jangan anggap sesuatu tuh dengan mudah, korang patut rase bersyukor kerna Myteksi nak bagi peluang pada KLTDC pakai apps dia supaya Job Distribution yang sebelum ni kami gunakan Whatsapp menjadi lebih mudah jika menggunakan Apps Myteksi.

Sebab: semasa memandu, bukan semua yang pandang whatsapp sehingga alamat banyak yang terbuang. Bila guna apps, akan jadi lebih mudah sebab semasa memandu, driver akan pandang pada teksi apps.

Sebab: Aku nak membantu semua driver meraih pendapatan yang lebih dari sebelum ni. 

Tak payah nak tunggu kenaikkan tambang.

Tak payah nak komen2 pax tak nak bagi xtra

Tak payah pakai meter roket kalau nak tambang lebih.

Biar hotline kami yang selesaikan untuk mendapatkan tambang xtra bagi pihak korang semua.

Sekarang aku nak tanya korang ... salah ke aku buat keputusan untuk JV dengan myteksi demi kebaikkan semua driver KLTDC ??

Korang ingat JV dengan myteksi ni, myteksi bayar aku tiap2 bulan ke ? Kita yang kena bayar servis mereka kay ... 

tapi Alhamdulillah ..... bayarannya tak melampau dan masih mampu kami bayar.

Ape kepentingan Admin ?

Ini perniagaan sedara sekalian, kami Admin tak buat keje percuma.

Bila nama perniagaan, kami admin akan keluarkan modal dahulu untuk buat perlaburan, sebab tuh kami bagi anda trial 3 bulan.

Selama 3 bulan kami Admin akan tanggung segala kos marketing & masa kami.

Jika berjaya, baru kami ada untung ... jika tidak ??? ade korang peduli ?? 

Tentulah tidak  .....

Kami pun tak kesah benda tuh ... sebab niat kami ialah ingin melakukan perubahan dalam industri teksi.

Banyak syarikat2 besar taknak keluarkan modal bagi menambahkan job untuk pemandu teksi, sebab tu semakin lama semakin kurang job yang ada.

Jadi, KLTDC mengambil inisiatif ini untuk membantu ahli2 nya supaya dapat job yang lebih banyak dan lumayan.

Aku same sekali tak kesah korang nak kate ape pon ...

Ape yang aku lakukan untuk kelab adelah untuk kebaikkan semua.

Kalau ade ape2 yang korang nak katakan, boleh luangkan mase dalam meeting dan kita berbincang bersama.

Ini tidak, bila panggil meeting, korang tak nak datang ... lepas bila dah buat keputusan, korang bantai cukop2 .... 

Tak payah ler aku mention siapa ... siapa yang makan cili, dia akan rase pedas.

Bab rasuah ....

Aku rase ... orang yang kate aku makan rasuah tuh lebih banyak makan dari aku ... keh3

Bila orang panggil meeting, tak datang .... bila time makan, dia pulak boleh sampai. keh3

Kata boikot bagai ... tapi bila myteksi buat event ... dia antara orang terdahulu & tergedik gedik dengan staff myteksi ...

So, korang pikirkan lah .....

Setiap yang aku dapat, aku kongsi bersama ... 

Tak payah ler aku nak cite ape yang aku buat, korang bersama dalam group ... korang boleh lihat sendiri.

Ape yang aku nak katekan pada Haters & Batu Api dalam KLTDC, hak korang nak kate ape pon, aku tetap dengan perjuangan aku. Sekiranya aku gagal sekali pon, aku tak pernah menyusahkan korang.

Untuk Batu Api dalam KLTDC khasnya, korang patut malu bile korang masih dalam group, menikmati semua kelebihan ahli, mungkin pakai baju KLTDC yang di beri secara percuma oleh sponsor KLTDC ... sape yang cari ? ade aku mintak bayaran atas servis aku ?

So, korang patut malu dengan diri sendiri bila korang mula melagakan aku dengan orang lain.

Ahlamdulillah ... Aku bersyukor pada Allah kerna aku masih mempunyai team yang kuat dan memberi sokongan pada aku untuk aku terus melalui liku2 kehidupan.

Aku juga bertuah kerna masih ada ahli2 yang support aku.

TERIMA KASIH .....

Tuesday, 11 November 2014

Malam Pendaftaran Online Taxi Booking - Driver




Alhamdulillah 

Proses pendaftaran untuk project taxi4u.my berjalan dengan lancar semalam.

Walaupon tak ramai, tapi ramai sahabat2 baru yang sebelum ni belum pernah berjumpa muncol.

Aku amat bersyukor kerna team2 admin bersungguh sungguh untuk memberi penerangan pada semua driver. 

Aku harap project ni akan berjaya dan mencapai sasaran yang di impikan.

Niat aku adelah untuk membantu driver2 di luar sana untuk meraih pendapatan yang lebih tanpa bergantung harap dengan kenaikkan tambang yang tak pasti.

Dengan skill dan ilmu yang aku ada, aku akan curahkan segalanya untuk kita semua kaya & berjaya. Of coz, tanpa bantuan admin2 lain dan juga pemandu2, project ni takkan berjalan dengan lancar.

Aku sendiri adelah pemandu teksi, kami admin semua juga supir jalanan. Kami faham ape yang anda semua lalui. Jika pihak syarikat kedekut untuk keluarkan modal untuk advertisment, kita sama2 bole keluar modal untuk semua itu demi kebaikkan kita bersama.

Semoga www.taxi4u.my akan menjadi pesaing yang hebat di dalam industri teksi negara.

In sha Allah. ....

Sunday, 9 November 2014

Cilok Sistem Orang - Tapi Tak Tahu Guna

Salam,

Kat sini aku nak ceritakan pasal penambahbaikkan sistem Ezcab yang kononnya mampu menyelamatkan kompeni.

Hehehe ......

PublicCab ni memang sengal sentiasa, aku xtau mane idea dia cilok, tapi implementation gagal.

PERTAMA : ESTIMATED FARE

Ape ler punya dengki and bodow nak letak estimate fare ni. 
Kalau sistem ko dh cukop mantap xper ar .... tapi ssitem cam hampeh, nak buat gak.

Idea di ciplak dari Myteksi. Konon nak mudah kan pengguna apps Ezcab.

Bagus idea tuh .....

Tapi ntah mane programmer dia cilok maps sampai calculation byk yg salah.

Kat bawah ade 2 contoh.

Itu satu hal, kalau dah nmae estimate, letak ler 2 amount anggaran.

Contoh : RM17 - RM23

Ko kena amik kira traffik jem dan segala kemungkinan kelewatan yg bakal berlaku. Kalau ko letak 1 angka camnie, pax yg bijak pandai akan anggap itu adelah harga tetap & tiba2 plak jem berlaku dan total meter melebihi Estimated Fare, pax akan argue and bertekak dengan driver.

Puiiii ......

Bikin susah olang saja.




KEDUA : SISTEM POINT


Pon cilok idea Myteksi. 

Konon ramai yg join Ezcab hanya utk amik alamat airport, so ... dengan bangganya PublicCab memperkenalkan sistem point.

Idea ni bagus .... skali lagi, perlaksanaannya salah.

Driver yang ade 4 point baru boleh amik alamat airport booking.

So, driver kena amik alamat kecik dulu baru berpeluang untuk amik alamat airport booking.

Ape yang driver lakukan ialah, cukopkan 4 point dah memadai. Adehhh....

Cube ko lakukan, minimum 4 point. Pastu mase bid, driver yang ade point paling tinggi baru dapat job tuh.

Aku berani jamin, kompom driver lain akan berebut untuk kejar alamat kecik supaya dia boleh menang bid alamat airport.

Ini tak ..... hampeh kromok.

Ade driver yang ade lebih 100 point tapi bile bid alamat apot jer kalah.

Keh keh keh ......

Sedey aku tengok kompeni yabg idop segan mati lambat lagi nie. Huhuuu

Len kali, kalau nak cilok sistem orang ... pahamkan ler dulu, then baru implement. 

Ini tak, main blasah jerk.

Huhuui

Friday, 7 November 2014

Management TAXI4U.MY - 1ST MEETING

TAXI4U.MY Team

Salam,

Alhamdulillah. ......

Selesai sudah briefing terakhir group management TAXI4U.MY di Safiz Corner semalam.

Ini adelah team terbaik yang aku kumpul untuk menjayakan project online booking & call centre.

Aku harap dengan bantuan semua yang terlibat secara langsung dan x langsung akan menjayakan projek ni.

In sha Allah, ianya akan memberi manfaat kepada seluruh warga pemandu teksi yang telah memberi kepercayaan pada kami.

Ianya akan menjadi detik sejarah di masa akan datang.

Sunday, 2 November 2014

Sape Kate Taik Judi Tak Boleh Berubah

Gambar Hiasan
Salam ....

Ari ni aku nak cite pasal jiran aku.

Sedikit intro pasal dia ....

Dia ni dulu taik judi ..... macam2 tergadai, sampai hutang Along.

Pastu nasib dia berubah bila dia join 1 travel tour bawah sorang tuan haji ni. Kebetulan dia memang belajar sekolah agama, so ... banyak ler trip dia ke Arab Saudi untuk Haji & Umrah.

Yang best nyer, sampai ade sorang imam masjid terkenal di sekitar kuala lumpur mahu jadikan dia sebagai menantu.

Alhamdulillah. ... dapat jodoh dengan anak imam yang cantek.

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari.

Dia di uji bila tuan haji meninggal dan syarikat travel & tours terpaksa di tutup.

Hilang punca dia ....

Dia mula bertapak sebagai pemandu peribadi dan akhirnya pak mertua sponsor deposit untuk keluarkan Saga BLM Teksi.

Bermula lah jalan hidop dia sebagai pemandu teksi.... tapi malangnya, maybe di sebabkan pergaulan dengan rakan2 yg x betol, dia terjebak kembali dengan judi.

Habis tergadai semuanya sampai teksi pon kena tarik. Hutang Along bagai ....

Tak tau mane dia dapat modal, dia keluarkan sebiji iswara buruk untuk di kayuh.

Mungkin di sebabkan tekanan hidup, akhirnya isteri minta cerai. Sedey sangat.

Maybe dia dah tersedar dengan keperitan hidup dan ujian yang menimpa, dia berusaha keras.

Memang bersungguh dia keje. Memang hebat.... dia berusaha sehingga lah dia mampu keluarkan sebiji Persona Teksi yang baru.

Bukan itu sahaja, hari ni dia melansungkan perkahwinan keduanya .... Tahniah.

Akhirnya dia bangkit dan berjaya.

Moral cerita ni ialah, di mana ade kemahuan, di situ ade jalan.

Kita yang mencorak hidup kita ..... jadi, corakkanlah dengan warna kehidupan yang cantek menarik.

Sape kate taik judi xleh nak berubah ?? Kalau korang taik judi sekarang, tak mustahil korang akan jadi insan yang berjaya di kemudian hari.

Langkah pertama untuk berubah tu penting, jangan ragu2.

In sha Allah. .....

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.