Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Wednesday, 10 September 2014

Always Complaint But Not Compliment

TEKSI KUALA LUMPUR 

Salam,

Hari ni aku di hubungi oleh seseorang yang minta pendapat bagaimana nak improve atau control driver yang bermasalah.

Kat sini aku nak share sedikit berkenaan pemandu teksi. Kenapa aku jadi pemandu teksi.

1- Tak nak di kongkong
2- Bebas waktu bekerja
3- Tidak terikat
4- Pendapatan lumayan

Kalau kita asyik nak pikir macam mana nak kontrol, pasti ler mereka ni memberontak, sebab kita halang mereka untuk bebas. Dan kami pemandu teksi bekerja sendiri, bukan dengan syarikat.

Masyarakat sering melihat keburukkan pemandu teksi, walau kesalahan sebesar zarah sekalipon.

Ade lebih 30000 pemandu teksi di KL, adekah mereka semuanya bermasalah ? Hanya segelintir kan ??

Kenapa kita sering membuat aduan ? Pernah tak korang buat pujian di atas kebaikkan yang pemandu teksi lakukan ?

Even SPAD sendiri, akaun twitter nya ialah @aduanspad, nape xde pujianspad ?

Di media pon sering promote, jika ada ape masalah, boleh adukan di sekian2 email atau no. Ade tak diaorg promote, jika ade sebarang pujian, sila hubungi sekian2 no ?

Ini memang sikap manusia, aduan mereka nak terima ... pujian tak nak.

Kalau kita nak improve industri teksi negara di mata masyarakat atau dunia, caranya amat mudah ... banyakkan pujian, tunjukkan setiap kebaikkan yang pemandu teksi lakukan. Hargai setiap effort yang mereka beri setiap hari. Janganlah asyik penghinaan sahaja yang di paparkan.

Walau sebesar zarah sekalipon kebaikan yang kami lakukan, ianya adelah satu langkah kejayaan yang kami tempa.

Ingat .... setiap kata itu adelah DOA.

CONTOH :

Kalau kita nak didik anak kita, hari2 kita marah dia 

"Ko ni jahat sangat, dah besar nak jadi ape ? Pencuri?

Tak ke jadi pencuri budak tuh kalau dah berbelas tahun mendoakannya begitu.

Same ler juga dengan pemandu teksi, kalau dah hari2 korang doakan yang pemandu teksi ni jahat, pencuri, penipu ... tak makbul ke doa tu ? Kalau seorang yang doakan tak per lagi, amik mase yang panjang. Kalau dah berjuta orang ?

Maybe masyarakat tak nampak ape kebaikkan yang kami lakukan.

Nak contoh ?? Amik Nie ....

Katekanlah minimum 1 hari seorang pemandu teksi mengambil 5 penumpang. 

Kelima lima mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

Tidakkah anda rasa yang kami ni dah menjaga keselamatan & nyawa anda yang tak ternilai tu ? Jika anda rasa YA ...

Pernahkah anda ajukan kepada @PujianSPAD this driver, saiful HWD 3271 drive me safely and hes a good driver.

Ape yang anda sering lakukan ialah, @aduanspad this fucking driver HBB597 drive like an ass hole. Please take his licence out.

Jika kita sering membuat pujian atau media sering memaparkan kebaikkan, driver2 yang lain juga akan berlumba2 untuk melakukan perkara yang sama supaya mereka akan di kenali.


Mari kita renung bersama kan bersama.

Seorang guru pernah berkata, "Jika kita inginkan perubahan, Kita sendiri perlu berubah dahulu"

Jika SPAD, inginkan perubahan dalam industri teksi, mulakan dengan SPAD sendiri. Cuba wujudkan talian PujianSPAD, promote di seluruh negara. In sha Allah, dunia akan kenali kita.

No comments:

Post a Comment