Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 15 June 2014

GrabCar By Myteksi - Habis Madu Sepah Di Buang

Myteksi dengan bangganya menyediakan perkhidmatan terbarunya iaitu GrabCar yang terdapat di applikasi Myteksi / Grabtaxi nya untuk pengguna.


Ape itu GrabCar ?

Ianya adelah kenderaan biasa yang tidak menggunakan meter untuk beroperasi mengutip penumpang di sekitar lembah klang sekarang.
GrabCar menyediakan kenderaan berjenama luar untuk bersaing dengan Teksi Bermeter yang kebanyakkannya beroperasi menggunakan kenderaan nasional ( Proton ).

Jenis Permit ?

Ianya menggunakan permit kenderaan perlancongan / lebih kepada Permit Alibaba / Kereta Sapu. Macam mana kenderaan pengangkutan awam ni boleh beroperasi tanpa meter ? sedangkan teksi yang sedia ada kerap di ingatkan agar menggunakan meter, malah bermacam jenis sticker di paksa tampal di luar dan dalam teksi untuk mengingatkan pemandu / penumpang agar sentiasa Ask For Meter Taxi .
Ape dah jadi dengan SPAD nie ??

Kalau benarlah pemit alibaba ni di benarkan ... boleh tak kami menggunakannya selepas ini ? tak payah pakai permit teksi lagi. Kami boleh beli kenderaan sendiri ikut suka jenis ape dan daftarkan jadi kenderaan perlancongan, seterusnya boleh sapu semua penumpang ... malahan boleh kutip penumpang di airport tanpa perlu Q di bawah padang solar yang panas bagai di salai tuh.

Apekah Kesan GrabCar Kepada Industri Teksi ?

Sahabat sekalian ... mari sini saye jelaskan serba sedikit ikut kefahaman saya.

Myteksi ade kol saya untuk exlain fungsi GrabCar. Katanya ... ia untuk membunuh market UBER yang dah lame bertapak di negara2 lain. So, dia tak nak UBER bertapak di Malaysia.

Cube sahabat sekalian fahamkan, persaingan secara sehat adelah di galakkan. Tak salah kewujudan GrabCar ni kalau dia nak bersaing dengan UBER. Tapi .......

UBER mula bertapak di KL, dia terpaksa promote pada golongan2 elite untuk menggunakan perkhidmatannya. Bukan senang bro nak mulakan sesuatu, so aku tak rase tergugat langsung. Dan aku yakin, sasarannya ialah golongan2 elite ...

GrabCar pula membuat promosi ke atas pelanggan tetap / pengguna teksi bermeter. Mereka menggunakan jalan mudah & singkat dengan mempromosi keta sapu ni kepada pengguna KITA yang mana selama ni kite bersusah payah membantu myteksi mempromosikan applikasi mereka. Korang Paham tak ?

1- Sejak penubuhan myteksi, kite pemandu teksi bertungkus lumus mempromosi applikasi tersebut. Sehingga lah myteksi berjaya dan di kenali. Pahamkan ?
2- Setelah mempunyai beribu pengguna applikasi tersebut, sekarang ni myteksi mempromosikan GrabCar kepada pengguna applikasi myteksi, yang mana sebelum ini menggunakan teksi bermeter. Sekaligus akan menggurangkan job yang sedia ada. Paham ??

Memang harga sembelihnya lebih mahal ... memang takde effect pada teksi budget, tapi macam mana pula dengan teksi eksekutif ? harganya lebih kurang sama .... kenapa tak nak promosi teksi eksekutif aje ??

Bila SPAD umumkan kenaikkan tambang & selaraskan penggunaan TEKS1M, bukankah tambang itu akan jadi hampir sama, dan pada waktu itu .... TEKS1M akan tergugat dengan kewujudan GrabCar nie. 

Kenapa ? Sebab .... myteksi promote pada pengguna teksi bermeter ni untuk menggunakan GrabCar ... Adehhh .... ade paham kaaa ???

Kalau myteksi nak bersaing dengan UBER, sila asingkan applikasi tersebut dan TOLONG jangan promote GrabCar kepada pengguna teksi bermeter.

Kenape Plak Nak Salah ? Same Kompeni Kot ....

Myteksi terminate service beberapa driver kerana mempromosi EasyTaxi, Sebab ape ? EasyTaxi ialah pesaingnya ...

Kita Pemandu teksi perlu bersatu untuk terminate myteksi, Sebab Ape ? GrabCar ialah pesaing kita .... myteksi mempromosi pesaing kita kepada pelanggan kita .... itu pon tak boleh paham kaa brader ??


Akhir sekali, aku nak minta sahabat2 pemandu teksi sekalian agar bersama aku untuk share post ni di wall fb anda dan sila tag rakan2 pemandu teksi yang lain. Kita patut sampaikan info ini sebelum terlambat.

Sila gunakan hashtag #boikotmyteksi sebagai tanda protes. Terima Kasih.

11 comments:

  1. Sial ! Mereka guna kan teksi buat kumpul database .Dan akhir guna utk promosi perkhidmatan mereka.
    Bro ada Page di FB ,tak? Saya nak ikut promo hal hal teksi d FB saya.

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk info berkenaan teksi, boleh join FB Group : teksi
      Byk maklumat di sane.

      Delete
  2. boikot taxi sbg tanda tak suka perkhidmatan taxi sedia ada sb kena sembelih..mahal nk mampus..bila naik taxi je cuak.cek poket cukup ke tidak duit.rata2 guna jalan yg jauh..cukup2 dh terkena

    ReplyDelete
  3. rumah aku dari jalan utama jauh..so mmg abg2 taxi x masuk.x penah ku nmpk pun masuk..dh tu baik aku guna grabcar/uber..dh maju,ada apps,tgu taxi smpi dpn rumah.bkn g kuar lambai2 tgn cari taxi..
    wujudkan apps la bg memudahkan kami..

    ReplyDelete
  4. rumah aku dari jalan utama jauh..so mmg abg2 taxi x masuk.x penah ku nmpk pun masuk..dh tu baik aku guna grabcar/uber..dh maju,ada apps,tgu taxi smpi dpn rumah.bkn g kuar lambai2 tgn cari taxi..
    wujudkan apps la bg memudahkan kami..

    ReplyDelete
  5. boikot taxi sbg tanda tak suka perkhidmatan taxi sedia ada sb kena sembelih..mahal nk mampus..bila naik taxi je cuak.cek poket cukup ke tidak duit.rata2 guna jalan yg jauh..cukup2 dh terkena

    ReplyDelete
  6. akan dtg MRT siap g buat perhimpunan plak k sb MRT curi penumpang he3 kena cm aku dpn rmh lrt mmg tak perlu taxi dh..kalau beratus2 org guna lrt mmg x naik taxi dh..aku tgk grabcar x smpi 4ketul di sesuatu kwsn.aku guna apps myteksi kot

    ReplyDelete
  7. akan dtg MRT siap g buat perhimpunan plak k sb MRT curi penumpang he3 kena cm aku dpn rmh lrt mmg tak perlu taxi dh..kalau beratus2 org guna lrt mmg x naik taxi dh..aku tgk grabcar x smpi 4ketul di sesuatu kwsn.aku guna apps myteksi kot

    ReplyDelete
  8. Sy curious maybe sbb kurang pengetahuan. Knp driver teksi tak berhenti je drive teksi and join grabcar. Instead of boikot myteksi why not boikot syarikat sewabeli teksi yg mencekik driver² teksi kita dan sebagainya. Sorry kalau salah cakap sbb sy mmg tak tau details/masalah sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl. apa susah2, cat teksi sedia ada jadi kereta awam lepas tu jadi grabcar.😂😁

      Delete