Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Wednesday, 28 May 2014

Taxi Apps Yang Ada Di Lembah Klang - Driver Version

Salam ..

Malam ni aku just nak sharing sedikit berkenaan dengan Apps2 yang terdapat di Lembah Klang, khas untuk pemandu2 teksi yang baru nak bawa / baru nak berjinak2 dengan Taxi Apps nie.

Pemandu2 otai yang nak sharing pendapat, boleh lah membuat post comment di bawah agar kite same2 dapat membantu rakan2 seperjuangan yang baru nak bertapak nie.

Ilmu kalau di kongsi tak luak mane pon ... malah, dapat pahala lagik. HeHe.

Di Bawah ialah driver apps yang aku nak kongsikan malam nie :

Unicablink
Unicablink :
Apps ni dari Sunlight Taxi. Apps yang aku paparkan ni boleh di katakan Apps Anak Tiri. Sebab ape ?? sape yang gunakan apps ni akan dapat alamat second hand / alamat yang telah di reject oleh driver sunlight yang menggunakan sistem GPS.

Walaupon alamat reject, apps ni masih banyak membantu aku di kala tengah sesak. Ape yang menarik pasal apps ni ialah, alamat booking RM10. Sunlight ni yang best nya dia akan mintak xtra RM10 jika pax nak booking masa. So, kalau bernasib baik ... anak tiri ni akan dapat juga ler.

Kekuatan Sunlight ialah di kawasan Puchong, Sunway, Subang, Cyberjaya, Serdang ... senang cite, belah2 sane ler. keh3. So, kalau korang memang mengayuh area sane, memang sesuai sangat pakai apps ni atau register untuk menjadi driver GPS Sunlight.

Kos untuk daftar Unicablink adelah percuma & akan di berikan RM30 kredit.

GrabTaxi = Myteksi

GrabTaxi a.k.a Myteksi :
Apps ni dulu / lebih di kenali sebagai Myteksi. Maybe sebab nak masuk pasaran antarabangsa, dia tukar name ke GrabTaxi supaya x nampak keMalaysianan ... HeHe. Malu ler tuh .... Brengsekkk

Alhamdulillah ... myteksi banyak membantu driver dari segi penambahan pendapatan. Memang amat rugi jika seorang driver itu tidak ada apps myteksi nie. Tapi, bile apps ni dah maju ... mula ler diaorg ni anggap kite ni cam terdesak sangat ... HuHuu ... suka hati kite ler nak promote apps mane pon, setiap alamat aku amik, aku bayar per. KEH3.

Myteksi ni universal .... ko lepak mane pon in sha Allah ade alamat ... tapi, driver ramai nak mampos ... kah3. Susah gak nak survive kalau hanya bergantung padanya.

Nak register adelah percuma, tapi korang kena bayar untuk setiap kredit. Korang boleh register di Office Myteksi di Jln Kemajuan / cari staf2 myteksi yang bertugas di mana2 stesen ngv di sekitar lembah klang. Nak top up pon senang sebab sekarang korang boleh dapatkan topup myteksi di mana2 stesen ngv yang terpilih, tak payah ke office lagi.

Ezcab
EzCab
Ni apps hampeh ... tapi banyak alamat. Apps ni di buat di bina oleh Publiccab. Salah satu kompeni radio taxi yang terbesar di lembah klang.

Aku cakap apps ni hampeh sebab, driver tak dapat no hp pax & sekaligus menyusahkan pemandu sendiri bila xde orang. Operator respon pula lembab, nak kensel alamat pon susah. Walau macam manepon, bagi driver2 yg dah serasi dengan kompeni ni memang dah lali dengan semua ni. So, pemandu baru di harap banyak bersabar okies.

Kekuatan apps ni di sekitar Damansara, Hartamas, Mont Kiara, Kepong dan belah2 sane ler. Kalau korang selalu kat area sane, boleh ler pakai apps nie.

Pendaftaran untuk driver luar ialah RM100 untuk 100 kredit setiap bulan. Pakai ke tak, tetap kena bayar RM100. Tapi untuk driver Publiccab, anda akan di beri 60 kredit percuma ... HeHe.


Taxi Monger
Taxi Monger
Apps yang paling slow sekali. Maybe disebabkan kekurangan Marketing. Dulu ianya sama2 bersaing dengan Myteksi, sama2 mula di perkenalkan .... ntah ler, maybe di sebabkan orang melayu yg tak pandai berniaga kot. HeHe ...

Aku tak pasti tentang pendaftarannya ... berapa kena bayar pon x pasti sebab aku x install apps nie. Kalau korang rajin, boleh ler install. Kadang2 waktu tengah2 sesak, boleh juga ianya membantu kita. 
Easytaxi
Easytaxi
Ni kompeni yang baru bertapak. Pencapaiannya baru2 ni semakin memberangsangkan setelah lebih setahun bergelut dalam bisnes nie. Modal kompeni ni memang kasar giler. Terlalu banyak duet yang dia laburkan untuk majukan apps ni untuk dapatkan sokongan dari driver dan pengguna.

Easytaxi banyak bai insentif pada driver, walaupon alamat x sebanyak Myteksi, tapi aku boleh lihat yang ianya semakin berkembang.

Apps ni menggunakan sistem siapa bid paling cepat, sama macam unicablink. Alamat pula di buka jika anda berada di dalam kawasan tertentu. Tak pasti berapa KM.

====================================================================

Sebagai pemandu, aku nasihatkan install ler seberapa banyak apps yang korang mampu. Jika anda mahu masukkan semua apps ke dalam 1 phone, pastikan phone anda memang betol2 cukop power sebab ianya akan memakan RAM yang tinggi. Seeloknya 2 phone.

Apps macam Unicablink, Myteksi, Taxi Monger & Easytaxi bukanlah apps yang perlukan bayaran bulanan. Ianya lebih kepada top up style. Berapa banyak yang pakai, itu yang anda bayar.

Apps seperti Myteksi Comfort, Ezcab & Sunlight GPS memerlukan anda bayar setiap bulan. Pakai atau tidak, anda tetap kena bayar 1 amount yang telah di tetapkan.

So, sebelum anda install / gunakan service yang memerlukan bayaran bulanan ... anda kena ketahui kekuatan setiap apps itu dahulu, adekah ianya sesuai dengan kawasan yang anda selalu Kayuh atau tidak. Aku takut nanti x berbaloi pulak.

Dapatkan nasihat dari rakan2 terdekat anda .... in sha Allah, lagi banyak apps .... lagi banyak peluang kita untuk menambahkan rezeki yang Halal.

Selamat bertugas....

7 comments:

  1. Alhmadulillah...info yg mantop....

    ReplyDelete
  2. Tq bro info terbaik.
    Nanti ajar pratik plak ok...

    ReplyDelete
  3. ada sesiapa yg tahu mcm mana nak dpt kan permit teksi persendirian?

    ReplyDelete
  4. ezcab memang hampeh.. sampah.. 5min x sampai operator asik call je.. alamat x tepat.. operator x mesra..mmg betul ape yg tuan tanah bgtau.. lau org baru nak bawak teksi pakai ezcab jadi tension dengan tekanan operator.. bila malam plak set 10km jarak yg masuk 30km punya alamat.. aptb..

    ReplyDelete
  5. ezcab memang hampeh.. sampah.. 5min x sampai operator asik call je.. alamat x tepat.. operator x mesra..mmg betul ape yg tuan tanah bgtau.. lau org baru nak bawak teksi pakai ezcab jadi tension dengan tekanan operator.. bila malam plak set 10km jarak yg masuk 30km punya alamat.. aptb..

    ReplyDelete
  6. salam.. camne nak dapatkan apps unicablink tu? kena pergi ofis dia untuk download apps tu kah?

    ReplyDelete