Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 30 May 2014

Pergolakkan Industri Teksi Semenanjung

TEKSI METER VS TEKSI KUPON

Salam,

Hari ni aku nak berkongsi pendapat dengan korang semua tentang ape yang berlaku di sekeliling.

Seperti yang semua maklum yang sekarang ni teksi lembah klang (teksi meter) dah boleh masuk Q di airport. Dan sebagai ganti ruginya adelah dengan penarikkan kembali RM12 yang di kenakan pada penumpang suatu ketika dahulu untuk ke airport.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan kehilangan RM12 tersebut termasuk ler aku sendiri. Sebab ? Aku x masuk and x kebulor nak Q kat airport tuh. Tapi masalahnya, teksi meter yang masuk Q airport pon x berpuas hati ..... aikkK, dah bagi betis nak peha plak ? Keh3. 

Korang patut faham kenapa RM12 di beri dahulu. Dan kini korang dah boleh masuk Q, korang demand plak nak RM12 tuh.... jangan tamak sangat bro.

Itu satu hal, teksi2 airport pon x senang duduk dengan kehadiran teksi meter di airport. Ianya betol2 memberi impact yg besar kepada pendapatan mereka. Katekanlah, dahulu senang2 boleh dapat 4-5 kupon sehari, sekarang nak dapat 3 kupon pon payah.

Ape rasenya perasaan korang ler sebagai pemandu teksi bermeter bile orang kacau tempat korang ? Mesti hangin 1 badan kan ? Mane x hangin bile pemandu limo / lcct bukak harga merepek bile diaorg amik pax dr lembah klang ke airport. Memang betol2 bunuh harga. Tapi, lembah klang tuh teramat besar kalau nak compare dengan airport. Hehe. 

Kite di benarkan untuk beroperasi di lembah klang tanpa had, airport taxi ? Mane lg yang diaorg boleh pegi selain kembali ke pengkalan ? Tak kesian ke kat diaorg bile kite tabur pasir kat periuk nasik diaorg selamanya ..... sedangkan diaorg / hanya segelintir yg menabur pasir kat periuk nasi kita kadang2. 

Ade persatuan yang mengaku membela pemandu teksi (tapi mereka lupa yg airport taxi tuh pon pemandu teksi) dengan mudah melaungkan agar convert teksi lcct ke teksi bermeter. 

Tapi sedarkah mereka akan kemahuan pemandu2 teksi lcct tuh ? 
Pernahkah mereka bertanya ape sebenarnya yg pemandu teksi lcct ni mahukan ? 

Senang2 jer buat keputusan untuk mase depan diaorg nie ? 

Adekah mereka dah dapat persetujuan sekurang2nya 51% dari pemandu teksi lcct ?

Memang betol2 koboi diaorg nie..... hehehe.

Inilah yang terjadi bila ahli x sampai 10% dari pemandu teksi tapi bersuara ibarat mewakili semua.

Macam ade 1 parti ni (ni belah2 parsi sane) yg mengaku rangka setiap undang2 untuk kebaikkan semua, padahal undi sokongan x sampai 50% pon.... Adehhh. 

Jalan penyelesaian memang kabur antara mereka ni. Aku ? X amik pot sangat dengan mereka semua ni.

Cume aku bau sesuatu agenda yang x betul sedang berlaku yang mempengaruhi rakan2 di sekeliling aku.

Aku akan cuba dedahkan satu persatu dalam blog nie. Bukti? Xde.... hehe, aku hanya nak korang pakai akal fikiran korang sendiri dan menilai sama ada pendapat aku bole pakai atau tak.

Kalau x boleh pakai, sila abaikan. Jika anda bersetuju, sila share dengan rakan2 FB anda. 

Nantikan sambungannya ................

No comments:

Post a Comment