Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Monday, 19 May 2014

Pentingnya Insuran Nyawa Kepada Pemandu Teksi

Salam ..

Malam ni aku nak highlight sket pasal insuran nyawa ...
Maaf, aku bukan agen insuran yer ... Huhuuu . Cuma ambil berat dengan sesetengah pemandu teksi yang tidak memiliki insuran perlindungan nyawa.

Saya Sudah !! Anda Bila Lagi ??

Hari2 kita bertaruh nyawa memandu di jalan raya, tidakkah korang terfikir yang insuran nyawa ni penting ?

Memang betul, korang akan pikir yang hospital kerajaan ada ... tapi, macam mana pula jika nyawa korang melayang ??? mati katak ... tiada pampasan.

Tahukah korang yang Islam menuntut agar suami bekerja keras mengumpulkan harta agar bila suami tiada nanti, Isteri & Anak2 yang di tinggalkan mempunyai harta yang mencukupi untuk meneruskan hidup.

Bile korang ade insuran nyawa ... sekurangnya 20 - 30 ribu pasti ada untuk balu anda supaya dia mampu untuk meneruskan hidup.

Bayangkan jika isteri anda seorang suri rumah ... anak pula ada 10 orang. Ape akan jadi jika anda tiada ?? Nak harapkan persatuan ?? sampai bila .... 

Dah ler korang mati katak ... korang biarkan pula anak bini korang mengemis dengan persatuan untuk minta bantuan .... ape punya manusia ler korang nie. huhuuu

Insuran tak mahal sekarang. Amik Takaful Ikhlas ... tak payah amik yang saving punya, mengarut jer tuh. Pastikan korang tanya betul2 dahulu sebelum beli okies. Sebab, insuran ni pon banyak agenda tersembunyinya. HuHuuu.....

Aku cerita pasal bende ni sebab, aku penah kena admitted kat Pantai Hospital sebab sakit urat belakang. Kos rawatan RM2+++ .... korang rase ler, aku mampu ker nak bayar tuh semua kalau aku takde medical kad nie ??

So, nasihat aku pada sahabat semua .... beli ler insuran nyawa okies. Pikirkanlah orang yang anda sayangi. Jangan terlalu mengharap pada orang lain ... lebih baik kite usaha dari meminta. 

No comments:

Post a Comment