Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 12 April 2014

Tempat Terbaik Untuk Mencari Makan Sebagai Pemandu Teksi.



Ini adalah pertanyaan2 lazim yang sering aku terima dari pemandu2 yang baru nak berjinak2 nak bawa teksi.

Nak cerita memang panjang, apetah lagi nak menaip kat hp. Korang patut sedar yang keje aku ni memandu, bukankah bahaya jika aku memandu sambil menaip ? Bile aku ajak jumpe tak nak pulak. Biler berjumpa face to face lagi mudah untuk aku explain segalanya. Tapi alhamdulillah .... ramai juga yang benar2 nak tuntut ilmu dan korek pengalaman datang jumpe aku.

Soklan yang di tanya ialah " kat mane tempat lepak yang bagus untuk carik duet ".

Bende ni sebenarnya berdasarkan pengalaman ... setiap orang berbeza, jadi ape yang boleh aku katakan di sini adelah melalui pengalaman aku. Tapi kalau tips yang aku bagi ni tak mendatangkan hasil pada korang, itu sendiri mau ingat ler.

Port terbaik bagi aku ialah DAMANSARA. Sebab kurang public transport kat sane menyebabkan pemandu teksi ni mudah untuk dapat pelanggan. Jangan plak korang tanya damansara mana. Adehhh.

Port kedua ialah Mont Kiara & Hartamas. Tempat ni memang ramai foreigner yang nakkan teksi, tapi persaingan pon hebat .... korang kena ler pandai carik tempat mane nak pacak. Tempat ni memang sesuai untuk beginner.

Tapi, tips yang paling berkesan sekali ialah ..... JANGAN MEMILIH PELANGGAN. Tak kesah kat mane korang lepak sekalipon, kalau korang tak memilih pelanggan, aku yakin yang korang bole buat duet.

Average Income .... ini aku dah explain kat posting yang sebelum nie. Pandai2 ler korang cari di posting yang sebelum ni okies. Ape yang aku nak sampaikan .... kalau memandu teksi ni tak masyuk, takkan ler aku masih nak teruskan ... btol tak ?

Soklan yang seterusnya ... mane lebih baik antara bawa teksi LCCT / teksi Budget ...

Saya rase sedara ni tak buat survey yang mana teksi LCCT ni akan di mansuhkan tak lama lagi. Tapi walau macam mana sekalipon, amat susah saya nak kata berkenaan income sape yang lebih tinggi sebab saya tak pernah bawa teksi LCCT nie. HEHE ....

Bawa teksi ni ibarat kita menjalankan perniagaan sendiri. Kalau kita rajin, banyak lah hasil yang kita dapat. Carilah rezeki yang halal, itu jer key point dia. Jangan asyik nak kaya cepat jerk okies.

No comments:

Post a Comment