Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Wednesday, 16 April 2014

Apekah Kesan Jika Tambang Teksi Di Naikkan ?

Salam,

Baru2 ni heboh pasal persatuan2 pemandu teksi yang tengah berusaha untuk mendapatkan kenaikkan tambang teksi dari SPAD.

Ade juga rumors yang mengatakan yang SPAD telah merangka beberapa plan tindakkan susulan di atas permintaan2 persatuan tersebut.

Aku sebenarnya tak paham akan pemikiran pengerusi2 persatuan ni yang mahukan kenaikkan tambang teksi. Dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang ni, kenaikkan tambang teksi akan membebankan lagi pengguna teksi sekitar lembah klang.

Bukan aku x bersetuju di kala harga barangan keperluan semua naik pada tahun 2014 nie. Tapi, adekah NGV naik harga ? takde kan ..... adekah dengan kenaikkan tambang teksi nanti akan memberi peluang untuk Petronas menaikkan harga NGV seluruh Malaysia ??

Kenapa persatuan2 ni taknak perjuangkan Permit Persendirian ?( Lom pernah dengar ade persatuan perjuangkan perkara ni ) Dengan adanya permit sendiri, pemandu teksi akan memiliki pendapatan yang lebih lumayan ... itu kebaikkannya. Keburukkan ?? mesti ada punya. Pemandu akan jadi malas ... keh3. Sebab ape yang aku perasan, kebanyakkan pemandu yang ade permit sendiri ni lebih banyak tido kat rumah berbanding kerja. Masalah lain ?? ade banyak lagi ... boleh baca post2 aku yang sebelum ni kay.

Kenapa kita taknak letak diri kita sebagai pengguna teksi ... adekah kite akan mengamuk juga ? gaji x naik, barangan dan macam2 lagi dah naik. Sekarang ni tambang teksi pulak nak naik. Akan datang .... GST pulak. Adoiii ... kopak siot.

Sejak kenaikan tambang pada Aug 2008, aku lihat banyak orang telah beralih dari bekerja dengan orang ke pemandu teksi. Ini kerana pekerjaan memandu teksi lebih menjamin dari bekerja dengan syarikat. Tambang teksi yang sedia ada sudah mencukupi ... tapi jika nak naik juga, ape kata naik surcharge lain yang tidak membebankan semua ...

1- Airport Charge
2- On Call Charge
3- Boot

Sekurang2nya tidak membebankan semua pengguna ...

Maybe ade pemandu yang tak berpuas hati dengan pendapat aku, tapi ... aku pedulik ape, masing2 ade hak untuk bersuara .... aku cumalah seorang pemandu yang mempunyai pendapat sendiri. Suara aku hanya diluahkan pada pembaca sahaja.


Ni adelah perbualan dalam salah satu whatsapp group teksi yang aku join.

Mereka yang berbual di atas ni bukanlah semuanya kaya raya / orang2 muda / baru bawak teksi / guna permit sendiri.

Mereka ni semua orang lama yang dah berpuluh tahun memandu teksi, dan mereka takde pon komplen pasal tak naik tambang teksi. Mereka menggunakan segala teknologi moden yang ade untuk memastikan pendapatan mereka lumayan ... Jadi, alasan jika anda orang tua dan xtau camner gunekan smartphone adelah alasan lapok ...

Nak seribu daya, taknak seribu dalih.... orang macam korang hanya nak duet jatuh dari langit jerk. Kalau dah rase memandu teksi tak boleh jana pendapatan .... jangan bawak teksi, gi keje kilang ( tiru percakapan mentri ).

Kurangkan melepak, jauhi Judi & Arak, tinggalkan Skandal .... In Sha Allah, anda pasti akan menjadi pemandu teksi yang kaya & berjaya.

Monday, 14 April 2014

Evolusi Teksi Lembah Klang



Salam,

Hari ni aku nak cerita pasal evolusi yang dah lama melanda Teksi Lembah Klang.

Dahulu untuk semua yang bawa teksi lembah klang, kebanyakkan hanya mendapatkan pelanggan dari tepi jalan & radio call. Tapi kini, dengan kemajuan yang ada .... pelanggan begitu mudah untuk mendapatkan teksi dan pemandu teksi mudah menjana pendapatan seharian.

Aplikasi Teksi di dalam smartphone semakin popular di kalangan penduduk lembah klang. Ianya amat mudah dan pantas untuk mendapatkan teksi. Penumpang boleh melihat teksi yang berada di sekitar & ada juga aplikasi yang boleh melihat pergerakkan teksi secara live melalui GPS.



Jika anda ingin menjadi penumpang yang bijak, tolong abaikan pemandu yang sering mencekik darah di sekitar lembah klang. Amat mudah untuk anda dapatkan teksi bermeter di kawasan berhampiran anda. Anda cuma perlu pilih aplikasi yang anda rasa sesuai di smartphone anda.

Saturday, 12 April 2014

Tempat Terbaik Untuk Mencari Makan Sebagai Pemandu Teksi.



Ini adalah pertanyaan2 lazim yang sering aku terima dari pemandu2 yang baru nak berjinak2 nak bawa teksi.

Nak cerita memang panjang, apetah lagi nak menaip kat hp. Korang patut sedar yang keje aku ni memandu, bukankah bahaya jika aku memandu sambil menaip ? Bile aku ajak jumpe tak nak pulak. Biler berjumpa face to face lagi mudah untuk aku explain segalanya. Tapi alhamdulillah .... ramai juga yang benar2 nak tuntut ilmu dan korek pengalaman datang jumpe aku.

Soklan yang di tanya ialah " kat mane tempat lepak yang bagus untuk carik duet ".

Bende ni sebenarnya berdasarkan pengalaman ... setiap orang berbeza, jadi ape yang boleh aku katakan di sini adelah melalui pengalaman aku. Tapi kalau tips yang aku bagi ni tak mendatangkan hasil pada korang, itu sendiri mau ingat ler.

Port terbaik bagi aku ialah DAMANSARA. Sebab kurang public transport kat sane menyebabkan pemandu teksi ni mudah untuk dapat pelanggan. Jangan plak korang tanya damansara mana. Adehhh.

Port kedua ialah Mont Kiara & Hartamas. Tempat ni memang ramai foreigner yang nakkan teksi, tapi persaingan pon hebat .... korang kena ler pandai carik tempat mane nak pacak. Tempat ni memang sesuai untuk beginner.

Tapi, tips yang paling berkesan sekali ialah ..... JANGAN MEMILIH PELANGGAN. Tak kesah kat mane korang lepak sekalipon, kalau korang tak memilih pelanggan, aku yakin yang korang bole buat duet.

Average Income .... ini aku dah explain kat posting yang sebelum nie. Pandai2 ler korang cari di posting yang sebelum ni okies. Ape yang aku nak sampaikan .... kalau memandu teksi ni tak masyuk, takkan ler aku masih nak teruskan ... btol tak ?

Soklan yang seterusnya ... mane lebih baik antara bawa teksi LCCT / teksi Budget ...

Saya rase sedara ni tak buat survey yang mana teksi LCCT ni akan di mansuhkan tak lama lagi. Tapi walau macam mana sekalipon, amat susah saya nak kata berkenaan income sape yang lebih tinggi sebab saya tak pernah bawa teksi LCCT nie. HEHE ....

Bawa teksi ni ibarat kita menjalankan perniagaan sendiri. Kalau kita rajin, banyak lah hasil yang kita dapat. Carilah rezeki yang halal, itu jer key point dia. Jangan asyik nak kaya cepat jerk okies.

Thursday, 3 April 2014

Siapa Pembela Pemandu Teksi ? Persatuan ? MP ? SPAD ?

Salam ...

Dah lame saya menyepikan .... 

Maaf, sebab sebuk menguruskan perniagaan yang lain. Tapi di sebabkan masih ramai yang duk talipon untuk dapatkan info teksi, ianya membuatkan aku nak berkongsi info2 terbaru yang aku terima.

Sekarang, memang tengah hangat bercerita berkenaan dengan xtra RM12 yang telah di mansuhkan oleh SPAD. 

Ade orang amik peduli, ade yang tak .... tapi kebanyakkan pemandu yang saye kenal, tak ambik pusing pon pasal arahan SPAD ni sebab mereka hanya pandai buat sesuatu tanpa mendapatkan persetujuan semua Persatuan Pemandu Teksi.

Apa yang saya cuba nak kongsikan hari ni ialah Tokoh Persatuan Pemandu Teksi yang patut kita cari.


Maaf, saya tak kenal pun siapa Amran Bbptb ni, dan dari apa yang saya periksa ... BBPTB ialah Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter. Tak tahu ler persatuan dari mana nie.

Tapi apa yang saya nak puji ialah ... Gentlemen beliau bile menjawab soklan dan pertahankan kenyataannya.
Bila orang minta no fon, tanpa berlengah atau PM ... dia terus post no hp beliau di Public. Ini yang kita mahukan.

Ape yang kite nak tengok adelah keikhlasan beliau dahulu .... mampu atau tidak beliau mengotakan ape yang di kata .... tunggu selepas anda serahkan saman spad pada beliau ... hehehe. Tapi harap2 jangan ler. Keh3.