Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 21 November 2014

Cancell Job / Booking Unseen Effect - Renungan Semua


Salam Semua,

Myteksi memang serius dalam cancellation job. Sampai mesej ni di keluarkan pada penumpang.

Di sebabkan kensel job, ramai driver yang di buang, not fair kalau semua kesalahan di letak di bahu pemandu, bagaimana pula dengan penumpang yang sering main2 & kensel job bila driver dah dekat.

Kadang2 aku kesian tengok Myteksi yang terlalu mengikut telunjuk persatuan2 teksi yang ada. Seolah olah mereka di kawal sepenuhnya. Sampai nak buat keputusan pon nak kena mintak kebenaran.

Pihak persatuan ni pon 1 hal, give & take ler sket dalam sesuatu perkara. Jangan ler plak dah bagi betis nak peha plak.

Diaorg ni lupe agaknya yang Myteksi ni sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan, bukan syarikat kebajikan.

Keh keh keh ......

Walau apepon, u done a great job for us Myteksi bila u keluarkan mesej tersebut. 

Kami amat menghargainya ..... tiada syarikat lain yang boleh & buat macam tuh.

Thanks..

SaiNizam
CED @ www.taxi4u.my 


Monday, 17 November 2014

Bila Membantu Orang Adelah 1 Kesalahan .... ??



Salam,

Ramai yang tanya baru2 ni kenapa KLTDC JV dengan Myteksi.

Dulu bukan main lantang bersuara kata nak boikot myteksi bagai, mane tau sekarang boleh partner dengan Myteksi pulak.

Aku sebenarnya tak payah nak explain bende2 ni semua, sebab ini adelah hak individu. betol tak ??

Tapi itulah sikap manusia yang ingin tahu .... bila tak tau, memfitnah orang pula.

Macam aku dulu ... keh3

ISU Grabcar

Terus terang aku katekan, aku takde masalah dengan grabcar & uber. Selagi mereka menggunakan kenderaan yang mempunyai lesen, mereka berhak untuk berniaga. Ini adelah persaingan perniagaan yang sehat.

Kenapa aku boikot Myteksi ?

Aku tak bersetuju bila Grabcar di satukan dalam apps pengguna dan sampai sekarang aku masih bantah tentang itu. Ini adelah pendapat peribadi aku.

Dan jika korang nak sokongan aku dalam memboikot, aku on jerk. Aku menyokong usaha murni korang agar apps grabcar di keluarkan dari apps pengguna Myteksi.


Tapi jika korang tanya pendapat KLTDC. 

Jawapan Aku Ialah :

KLTDC tiada kena mengena dengan hal ehwal kebajikan pemandu teksi.

MOTTO KLTDC :
1- Membantu driver baru atau lama dalam menambahkan pendapatan.
2- Menyalurkan info2 kepada semua driver
3- Beriadah, Bersosial & Melakukan aktiviti2 sehat bagi melepaskan tekanan bekerja.

Jadi, KLTDC tidak akan sama sekali masuk campur dalam hal2 memboikot grabcar nie.

Ada juga yang bertanya ...

Kenapa JV dengan Myteksi, kenapa bukan dengan kompeni lain ??

Korang raselah ... KLTDC bole JV dengan siapa ??

Siapa KLTDC ni sampai ade kompeni lain yang sanggup nak JV dengan kita ?

Berapa pulak modal KLTDC boleh bayar pada kompeni tersebut ??

Jangan anggap sesuatu tuh dengan mudah, korang patut rase bersyukor kerna Myteksi nak bagi peluang pada KLTDC pakai apps dia supaya Job Distribution yang sebelum ni kami gunakan Whatsapp menjadi lebih mudah jika menggunakan Apps Myteksi.

Sebab: semasa memandu, bukan semua yang pandang whatsapp sehingga alamat banyak yang terbuang. Bila guna apps, akan jadi lebih mudah sebab semasa memandu, driver akan pandang pada teksi apps.

Sebab: Aku nak membantu semua driver meraih pendapatan yang lebih dari sebelum ni. 

Tak payah nak tunggu kenaikkan tambang.

Tak payah nak komen2 pax tak nak bagi xtra

Tak payah pakai meter roket kalau nak tambang lebih.

Biar hotline kami yang selesaikan untuk mendapatkan tambang xtra bagi pihak korang semua.

Sekarang aku nak tanya korang ... salah ke aku buat keputusan untuk JV dengan myteksi demi kebaikkan semua driver KLTDC ??

Korang ingat JV dengan myteksi ni, myteksi bayar aku tiap2 bulan ke ? Kita yang kena bayar servis mereka kay ... 

tapi Alhamdulillah ..... bayarannya tak melampau dan masih mampu kami bayar.

Ape kepentingan Admin ?

Ini perniagaan sedara sekalian, kami Admin tak buat keje percuma.

Bila nama perniagaan, kami admin akan keluarkan modal dahulu untuk buat perlaburan, sebab tuh kami bagi anda trial 3 bulan.

Selama 3 bulan kami Admin akan tanggung segala kos marketing & masa kami.

Jika berjaya, baru kami ada untung ... jika tidak ??? ade korang peduli ?? 

Tentulah tidak  .....

Kami pun tak kesah benda tuh ... sebab niat kami ialah ingin melakukan perubahan dalam industri teksi.

Banyak syarikat2 besar taknak keluarkan modal bagi menambahkan job untuk pemandu teksi, sebab tu semakin lama semakin kurang job yang ada.

Jadi, KLTDC mengambil inisiatif ini untuk membantu ahli2 nya supaya dapat job yang lebih banyak dan lumayan.

Aku same sekali tak kesah korang nak kate ape pon ...

Ape yang aku lakukan untuk kelab adelah untuk kebaikkan semua.

Kalau ade ape2 yang korang nak katakan, boleh luangkan mase dalam meeting dan kita berbincang bersama.

Ini tidak, bila panggil meeting, korang tak nak datang ... lepas bila dah buat keputusan, korang bantai cukop2 .... 

Tak payah ler aku mention siapa ... siapa yang makan cili, dia akan rase pedas.

Bab rasuah ....

Aku rase ... orang yang kate aku makan rasuah tuh lebih banyak makan dari aku ... keh3

Bila orang panggil meeting, tak datang .... bila time makan, dia pulak boleh sampai. keh3

Kata boikot bagai ... tapi bila myteksi buat event ... dia antara orang terdahulu & tergedik gedik dengan staff myteksi ...

So, korang pikirkan lah .....

Setiap yang aku dapat, aku kongsi bersama ... 

Tak payah ler aku nak cite ape yang aku buat, korang bersama dalam group ... korang boleh lihat sendiri.

Ape yang aku nak katekan pada Haters & Batu Api dalam KLTDC, hak korang nak kate ape pon, aku tetap dengan perjuangan aku. Sekiranya aku gagal sekali pon, aku tak pernah menyusahkan korang.

Untuk Batu Api dalam KLTDC khasnya, korang patut malu bile korang masih dalam group, menikmati semua kelebihan ahli, mungkin pakai baju KLTDC yang di beri secara percuma oleh sponsor KLTDC ... sape yang cari ? ade aku mintak bayaran atas servis aku ?

So, korang patut malu dengan diri sendiri bila korang mula melagakan aku dengan orang lain.

Ahlamdulillah ... Aku bersyukor pada Allah kerna aku masih mempunyai team yang kuat dan memberi sokongan pada aku untuk aku terus melalui liku2 kehidupan.

Aku juga bertuah kerna masih ada ahli2 yang support aku.

TERIMA KASIH .....

Tuesday, 11 November 2014

Malam Pendaftaran Online Taxi Booking - Driver




Alhamdulillah 

Proses pendaftaran untuk project taxi4u.my berjalan dengan lancar semalam.

Walaupon tak ramai, tapi ramai sahabat2 baru yang sebelum ni belum pernah berjumpa muncol.

Aku amat bersyukor kerna team2 admin bersungguh sungguh untuk memberi penerangan pada semua driver. 

Aku harap project ni akan berjaya dan mencapai sasaran yang di impikan.

Niat aku adelah untuk membantu driver2 di luar sana untuk meraih pendapatan yang lebih tanpa bergantung harap dengan kenaikkan tambang yang tak pasti.

Dengan skill dan ilmu yang aku ada, aku akan curahkan segalanya untuk kita semua kaya & berjaya. Of coz, tanpa bantuan admin2 lain dan juga pemandu2, project ni takkan berjalan dengan lancar.

Aku sendiri adelah pemandu teksi, kami admin semua juga supir jalanan. Kami faham ape yang anda semua lalui. Jika pihak syarikat kedekut untuk keluarkan modal untuk advertisment, kita sama2 bole keluar modal untuk semua itu demi kebaikkan kita bersama.

Semoga www.taxi4u.my akan menjadi pesaing yang hebat di dalam industri teksi negara.

In sha Allah. ....

Sunday, 9 November 2014

Cilok Sistem Orang - Tapi Tak Tahu Guna

Salam,

Kat sini aku nak ceritakan pasal penambahbaikkan sistem Ezcab yang kononnya mampu menyelamatkan kompeni.

Hehehe ......

PublicCab ni memang sengal sentiasa, aku xtau mane idea dia cilok, tapi implementation gagal.

PERTAMA : ESTIMATED FARE

Ape ler punya dengki and bodow nak letak estimate fare ni. 
Kalau sistem ko dh cukop mantap xper ar .... tapi ssitem cam hampeh, nak buat gak.

Idea di ciplak dari Myteksi. Konon nak mudah kan pengguna apps Ezcab.

Bagus idea tuh .....

Tapi ntah mane programmer dia cilok maps sampai calculation byk yg salah.

Kat bawah ade 2 contoh.

Itu satu hal, kalau dah nmae estimate, letak ler 2 amount anggaran.

Contoh : RM17 - RM23

Ko kena amik kira traffik jem dan segala kemungkinan kelewatan yg bakal berlaku. Kalau ko letak 1 angka camnie, pax yg bijak pandai akan anggap itu adelah harga tetap & tiba2 plak jem berlaku dan total meter melebihi Estimated Fare, pax akan argue and bertekak dengan driver.

Puiiii ......

Bikin susah olang saja.




KEDUA : SISTEM POINT


Pon cilok idea Myteksi. 

Konon ramai yg join Ezcab hanya utk amik alamat airport, so ... dengan bangganya PublicCab memperkenalkan sistem point.

Idea ni bagus .... skali lagi, perlaksanaannya salah.

Driver yang ade 4 point baru boleh amik alamat airport booking.

So, driver kena amik alamat kecik dulu baru berpeluang untuk amik alamat airport booking.

Ape yang driver lakukan ialah, cukopkan 4 point dah memadai. Adehhh....

Cube ko lakukan, minimum 4 point. Pastu mase bid, driver yang ade point paling tinggi baru dapat job tuh.

Aku berani jamin, kompom driver lain akan berebut untuk kejar alamat kecik supaya dia boleh menang bid alamat airport.

Ini tak ..... hampeh kromok.

Ade driver yang ade lebih 100 point tapi bile bid alamat apot jer kalah.

Keh keh keh ......

Sedey aku tengok kompeni yabg idop segan mati lambat lagi nie. Huhuuu

Len kali, kalau nak cilok sistem orang ... pahamkan ler dulu, then baru implement. 

Ini tak, main blasah jerk.

Huhuui

Friday, 7 November 2014

Management TAXI4U.MY - 1ST MEETING

TAXI4U.MY Team

Salam,

Alhamdulillah. ......

Selesai sudah briefing terakhir group management TAXI4U.MY di Safiz Corner semalam.

Ini adelah team terbaik yang aku kumpul untuk menjayakan project online booking & call centre.

Aku harap dengan bantuan semua yang terlibat secara langsung dan x langsung akan menjayakan projek ni.

In sha Allah, ianya akan memberi manfaat kepada seluruh warga pemandu teksi yang telah memberi kepercayaan pada kami.

Ianya akan menjadi detik sejarah di masa akan datang.

Sunday, 2 November 2014

Sape Kate Taik Judi Tak Boleh Berubah

Gambar Hiasan
Salam ....

Ari ni aku nak cite pasal jiran aku.

Sedikit intro pasal dia ....

Dia ni dulu taik judi ..... macam2 tergadai, sampai hutang Along.

Pastu nasib dia berubah bila dia join 1 travel tour bawah sorang tuan haji ni. Kebetulan dia memang belajar sekolah agama, so ... banyak ler trip dia ke Arab Saudi untuk Haji & Umrah.

Yang best nyer, sampai ade sorang imam masjid terkenal di sekitar kuala lumpur mahu jadikan dia sebagai menantu.

Alhamdulillah. ... dapat jodoh dengan anak imam yang cantek.

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari.

Dia di uji bila tuan haji meninggal dan syarikat travel & tours terpaksa di tutup.

Hilang punca dia ....

Dia mula bertapak sebagai pemandu peribadi dan akhirnya pak mertua sponsor deposit untuk keluarkan Saga BLM Teksi.

Bermula lah jalan hidop dia sebagai pemandu teksi.... tapi malangnya, maybe di sebabkan pergaulan dengan rakan2 yg x betol, dia terjebak kembali dengan judi.

Habis tergadai semuanya sampai teksi pon kena tarik. Hutang Along bagai ....

Tak tau mane dia dapat modal, dia keluarkan sebiji iswara buruk untuk di kayuh.

Mungkin di sebabkan tekanan hidup, akhirnya isteri minta cerai. Sedey sangat.

Maybe dia dah tersedar dengan keperitan hidup dan ujian yang menimpa, dia berusaha keras.

Memang bersungguh dia keje. Memang hebat.... dia berusaha sehingga lah dia mampu keluarkan sebiji Persona Teksi yang baru.

Bukan itu sahaja, hari ni dia melansungkan perkahwinan keduanya .... Tahniah.

Akhirnya dia bangkit dan berjaya.

Moral cerita ni ialah, di mana ade kemahuan, di situ ade jalan.

Kita yang mencorak hidup kita ..... jadi, corakkanlah dengan warna kehidupan yang cantek menarik.

Sape kate taik judi xleh nak berubah ?? Kalau korang taik judi sekarang, tak mustahil korang akan jadi insan yang berjaya di kemudian hari.

Langkah pertama untuk berubah tu penting, jangan ragu2.

In sha Allah. .....

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.

Friday, 24 October 2014

Tunda Tarikh Puspakom

Surat Tunda Puspakom

Salam ...

Kadang2 kejadian yang tak di ingini berlaku di saat kite perlu lakukan sesuatu.

Contoh :

Bila kite dah set appointment untuk masuk puspakom, tiba2 berlaku kemalangan dan teksi kita perlu berada di bengkel.

Jika teksi sedara boleh keluar sebelum tamat tarikh yang sepatutnya anda masuk puspakom, tak menjadi masalah.

Tapi jika teksi anda akan keluar selepas tamat tarikh puspakom, sedara perlu dapatkan surat penangguhan dari JPJ.

Pergi jer ke mana2 cawangan JPJ dan dapatkan surat seperti di atas.

Bagi ler reason kenapa .....

Jika anda tidak membuat / dapatkan surat dari JPJ, anda berkemungkinan akan di denda dari RM200 - RM300.

So, untuk mengelakkan dari denda ... luangkan ler sedikit masa kay...

Tuesday, 7 October 2014

Tour Agen Kencing Pemandu Teksi


Al-kisah ....

Perkara ni terjadi kat kawan aku. Ini bukan copy paste yer.

Kawan aku kenal agen ni dari sorang driver dari group whatsapp Easytaxi. Driver tu offer job dari agen ni sebab dia x boleh nak buat.

Lepas selesai job, agen terus bank in duet bayar pada kawan aku ni. 

Alhamdulillah, lepas tuh .... bertubi tubi job agen tuh bagi kat kawan aku untuk bawak arab.

Mula2 payment on the spot lepas abis job.

Dah lame sket, mula hold 2-3 job punya payment. Kawan aku pon ok jerk. Job masyuk ler katekan.

Sampai ler 1 tahap .... sampai RM2k ... rasenyer dekat 2 minggu dah payment tuh x masuk. Keta nak bayar .... modal nak rolling .... adehhh.

Nasib baik tak gantung duet kengkawan .... kalau tak, mau bergaduh gak bile ko ade job lebey dari agen and pass kat kawan.

Sampai saat aku tulis ni, aku x pasti ler dia dah dapat payment belum, malas aku nak kusutkan pale otak dia dengan pertanyaan tuh.

Ini ler sebabnya aku xnak amik job yang mahukan hutang. Lebey2 lagi dari agen. Dia dah ngap kaw2 .... pastu xnak bayar kite plak. Kalau agen luar negara ? Lagi mampos.

Takat ni .... ade 2 agen yang nak koloberasi dengan KLTDC,  semua nak mintak 2 weeks atau 1 month terms of payment. 

Puiiiii ......

Korang kutip duet pax ... nak on the spot. Bile nak bayar orang yang buat keje, nak lambat2 plak.

Dari aku mengundang masalah..... baik aku x buat, lagi senang. Sekurangnya aku selamat dari penipuan dan tak mengundang kengkawan aku di tipu bersama.

Nasihat aku ialah, janganlah terlalu ghairah dengan job2 yang agen lemparkan. Sentiasa amalkan.....

Cash Only ..... hehe





Monday, 6 October 2014

ADS : Meter Sunlight Untuk Di Jual

Salam,

Sahabat kita ada 1 Set Meter Sunlight ( Meter Kuda ) untuk di jual dengan murah.

Harga asal RM700 ... rasenyer sekarang dah up lagi kot.

Sekarang nak jual 2nd hand dengan harga RM400 sahaja.

Bagi sesiapa yang menggunakan Meter Ah Soh jalan ipoh batu 5 memang sesuai untuk beralih ke meter nie.

Di jamin puas hati ....

Meter Teksi - Sunlight
RM400
Warranty : Lepas pasang kalau x berfungsi, 100% refund kembali.

Berminat? ? Sila direct call owner.

Sazali 
+60182632321
Sms | call 



Tuesday, 30 September 2014

KLTDC Family Day on 27 & 28 Sept 2014

Salam ...

Pertama sekali ribuan terima kasih buat MYTEKSI kerana memberi sumbangan di dalam majlis BBQ KLTDC yang di anjurkan di Glory Beach Resorts baru2 nie.

Thanks You So Much !!!


Memang banyak pengalaman & pengajaran yang aku dapat semasa menguruskan majlis tersebut.

Bukan senang nak jadi event planner. Macam2 lagi yang nk di kira sehingga budget x cukop.... adoiiii.

Pengajaran yang aku dapat ialah, manusia cume nak sedap jer .... tapi modal x nak keluar.

Nak minta untuk ikut arahan atau beri kerjasama pon susah. Haishhh.....

Kadang2 aku rase cam x berbaloi jer bile kite bagi FULL dalam 1 perkara, tapi yang lain buat sambil lewa jerk.

Tapi .... Alhamdulillah,  kerna masih ramai yang membantu dan beri kerjasama yang baik sehingga majlis dapat di sempurnakan sehingga jayanya.

Terima kasih pada Mir yang membantu uruskan bahagian makanan.

Terima kasih pada Abg Zali & Shahrul yang sanggop spend mase untuk buat survey bersama. 

Dan juga sahabat2 KLTDC yang turut memberi kerjasama.

Kerana koranglah aku masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan nie.

Thank You So Much !!!!

Next Party On December. .......

Nantikan pengumuman nya .....

FOTO MAJLIS :







Amacam ??? Seronok kan kiteorg ??

Berminat nak join KLTDC ??

Whatsapp Saya di 012 2222 421.


Tuesday, 23 September 2014

Tayar Murah Dan Kualiti Di Jamin Terbaik

Salam ...

Hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku dengan korang dalam pembelian tayar.

Sejak bawak teksi ni, aku dah survey banyak kedai untuk beli tayar yang terbaik dengan harga paling murah.

Sebelum ni aku memang dah attach dengan 1 kedai kat ******, selama 4 tahun. Bagi aku tayar dia memang murah dari kedai2 lain. Tayar sahaja kay. Allignment aku x rekemen.

Tapi, baru2 ni ade sorang brader name Wan promote bisnes tayar online dekat aku. Dalam kepala otak aku, takkan ler harga dia boleh lawan harga kedai yang selama ni aku attached. So, aku pon macam endah x endah jer.

Tapi ... bila dia tunjukkan harga tayar 195|55|15 yang biasa aku beli dengan harga RM165 all in ......

WOW ........ Giler Punya Murah.

(Dalam kepala otak aku ...... biar betul brader nie.)

Aku pon terus surf website dia www.mytayar.com 

Memang betul harga yang dia bagi dan dia ade banyak kedai yang attached dengan dia supaya boleh bagi harga & kualiti servis yang memuaskan.

Dia juga offer nak attach dengan KLTDC dan boleh beri diskaun khas untuk Ahli KLTDC. 

PergH ...... dah murah, nak bagi diskaun lagi.

Okies.... xper, biar aku cuba dulu. Betul ke tak brader ni.

Jom Kite Terjah Laman Web www.mytayar.com





Mane2 website pon kena register & log in dulu bro. Hehe. Jangan lupe register dulu sebelum log in yer.



Pastu korang search jenis tayar yang korang perlukan. Macam aku pakai GoodYear 195 55 15.  Korang plak ? Tak tau jenis tayar keta korang ? Ape kate korang pegi kat tayar korang and tengok ape yang di tulis. Senang jer nak pakai web ni, memang user friendly.



Aku dah dapat jenis tayar yang aku nak. RM165. Perghh, memang murah giler bro. Mane nak dapat. Tak caye ? Gi survey kat kedai lain okies.
Kalau dah setuju jangan lupe klik Add Chart.








Ini tayar yang aku dah pilih, dah masuk lam chart.





Kat atas tuh korang boleh tengok berapa kos booking deposit yang korang kena letak untuk secure stock yang telah di book. 
RM8.25 jer kot, bukan mahal mane pon risiko yang korang nak ambil.
Kalau ok, korang proceed untuk checkout.


Fill up details korang untuk booking.



Pelbagai pilihan untuk pembayaran bagi memudahkan kerja korang. Pilih jer yang mane.

The best part .... kalau korang takde kredit kad / online banking, korang hubungi  ( +60 10 77 82927 ). Owner website akan bagi penyelesaian yang terbaik dan memudahkan untuk korang.

Selamat mencuba yer.

Jangan lupa untuk bookmark & share dengan kengkawan korang pasal www.mytayar.com 

HARGA DI JAMIN TERMURAH.






Monday, 15 September 2014

Ini Bukan Servis Yang Kami Tawarkan.





Pastikan bila anda membuat tempahan  teksi, anda sudah pastikan yang barang2 anda muat untuk di masukkan ke dalam teksi.

Pemandu teksi juga haruslah utamakan keselamatan agar tidak mengambil lebih muatan.

Wang ringgit boleh di cari, tapi nyawa hanya pinjaman sekali.

Kami di KLTDC tidak akan melayan permintaan anda seperti gambar di atas.
Kami tidak sesekali akan melanggar peraturan dan membahayakan keselamatan anda.




Wednesday, 10 September 2014

Always Complaint But Not Compliment

TEKSI KUALA LUMPUR 

Salam,

Hari ni aku di hubungi oleh seseorang yang minta pendapat bagaimana nak improve atau control driver yang bermasalah.

Kat sini aku nak share sedikit berkenaan pemandu teksi. Kenapa aku jadi pemandu teksi.

1- Tak nak di kongkong
2- Bebas waktu bekerja
3- Tidak terikat
4- Pendapatan lumayan

Kalau kita asyik nak pikir macam mana nak kontrol, pasti ler mereka ni memberontak, sebab kita halang mereka untuk bebas. Dan kami pemandu teksi bekerja sendiri, bukan dengan syarikat.

Masyarakat sering melihat keburukkan pemandu teksi, walau kesalahan sebesar zarah sekalipon.

Ade lebih 30000 pemandu teksi di KL, adekah mereka semuanya bermasalah ? Hanya segelintir kan ??

Kenapa kita sering membuat aduan ? Pernah tak korang buat pujian di atas kebaikkan yang pemandu teksi lakukan ?

Even SPAD sendiri, akaun twitter nya ialah @aduanspad, nape xde pujianspad ?

Di media pon sering promote, jika ada ape masalah, boleh adukan di sekian2 email atau no. Ade tak diaorg promote, jika ade sebarang pujian, sila hubungi sekian2 no ?

Ini memang sikap manusia, aduan mereka nak terima ... pujian tak nak.

Kalau kita nak improve industri teksi negara di mata masyarakat atau dunia, caranya amat mudah ... banyakkan pujian, tunjukkan setiap kebaikkan yang pemandu teksi lakukan. Hargai setiap effort yang mereka beri setiap hari. Janganlah asyik penghinaan sahaja yang di paparkan.

Walau sebesar zarah sekalipon kebaikan yang kami lakukan, ianya adelah satu langkah kejayaan yang kami tempa.

Ingat .... setiap kata itu adelah DOA.

CONTOH :

Kalau kita nak didik anak kita, hari2 kita marah dia 

"Ko ni jahat sangat, dah besar nak jadi ape ? Pencuri?

Tak ke jadi pencuri budak tuh kalau dah berbelas tahun mendoakannya begitu.

Same ler juga dengan pemandu teksi, kalau dah hari2 korang doakan yang pemandu teksi ni jahat, pencuri, penipu ... tak makbul ke doa tu ? Kalau seorang yang doakan tak per lagi, amik mase yang panjang. Kalau dah berjuta orang ?

Maybe masyarakat tak nampak ape kebaikkan yang kami lakukan.

Nak contoh ?? Amik Nie ....

Katekanlah minimum 1 hari seorang pemandu teksi mengambil 5 penumpang. 

Kelima lima mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

Tidakkah anda rasa yang kami ni dah menjaga keselamatan & nyawa anda yang tak ternilai tu ? Jika anda rasa YA ...

Pernahkah anda ajukan kepada @PujianSPAD this driver, saiful HWD 3271 drive me safely and hes a good driver.

Ape yang anda sering lakukan ialah, @aduanspad this fucking driver HBB597 drive like an ass hole. Please take his licence out.

Jika kita sering membuat pujian atau media sering memaparkan kebaikkan, driver2 yang lain juga akan berlumba2 untuk melakukan perkara yang sama supaya mereka akan di kenali.


Mari kita renung bersama kan bersama.

Seorang guru pernah berkata, "Jika kita inginkan perubahan, Kita sendiri perlu berubah dahulu"

Jika SPAD, inginkan perubahan dalam industri teksi, mulakan dengan SPAD sendiri. Cuba wujudkan talian PujianSPAD, promote di seluruh negara. In sha Allah, dunia akan kenali kita.

Sunday, 7 September 2014

Kalau SPAD tak nak bantu Industri Teksi, Jom Musnahkannya


Ape yang sedara Mzam Haron ke utarakan di FB nya adelah benar.

Kenapa kita susah2 nak panjat meeting dengan agensi2 kerajaan jika mereka tak nak membantu kita.

Kenapa kita nak fikirkan nasib pengusaha teksi jika mereka asyik menghentam pemandu teksi.

Kalau Uber di halalkan, baik kita panda kereta kita sendiri dan daftar jadi pemandu Uber. Banyak perkara yang kita x perlu patuhi lagi. Lagi memudahkan hidup. Tak payah pening2  nak buat segala yang sedara Mzam Haron senaraikan.

Mari kita sama2 lingkopkan pengusaha teksi dan jadikan mereka pengusaha kereta terpakai.

Lepas tuh agaknya baru mereka semua ni ade akal nak bantu kita. Tapi bila semua tuh dah terjadi, ianya dah terlambat.

Uber bukan sahaja menjahanamkan industri teksi malaysia, malah memperlekehkan undang2 yang terdapat di malaysia.

Ingatkan selepas 57 tahun merdeka kita akan bebas, x sangka kita terus terusan di jajah oleh bangsa asing.

Salam Merdeka ke-57.

Saturday, 6 September 2014

Pengusaha Teksi Yang Bongkak

Salam,

Selama ni aku ingatkan PublicCab adelah kompeni zionist, rupanya ade gak yg seangkatan dengannya. Hehe.

Walaupon PublicCab di kategorikan syarikat zionist, tapi dia x mengeluarkan kata2 yang menghina pemandu, tapi sebaliknya bagi seorang pengusaha tekai yang lupa daratan dan asal usulnya.

Dato Aslah adelah owner kepada kompeni Destination Transport / Comfort cab dan juga memiliki stand di KL Sentral. Dia lupa yang dia dahulunya adelah pemandu teksi juga. 

Orang tua ni dulu di beri amanah untuk memegang jawatan tinggi dalam persatuan pemandu teksi, sebelum dia jadi kaya ler, lepas di tawarkan permit syarikat. .... terus jadi kacang lupekan kulit.

Kami xde masalah anda nak jadi kaya atau makan rasuah, tapi jangan sampai pijak kami yang pernah menaikkan nama anda.

Lihat komen beliau :-

Sumber : Awani

Aku rase org tua ni bengap atau bodow. Kalau Uber menguasai industri teksi, sape yg nak beli teksi dengan dia lagi ? Mane kompeni dia nak pegi ? Ini ler yg terjadi bile orang tua nyanyuk berfikir menggunakan lutut.

Kami xde masalah, kalau Uber di luluskan, baik kami beli kenderaan persendirian and daftar sebagai Uber driver.

1- Insuran murah
2- Perjanjian sewa beli rendah
3- Tak payah pakai proton
4- Tak payah masuk puspakom

Banyak lagi kalau nak di senaraikan. So, sape agaknya yang akan rugi di masa akan datang ??

So, aku nasihatkan sahabat2 yang bakal nak beli teksi,  jauhi lah dari syarikat2 pengkianat pemandu teksi ni.



Wednesday, 3 September 2014

Akhirnya .. Teksi Budget Di Ayamkan Oleh Persatuan





Manusia ni memang pentingkan diri sendiri, kenapa mesti nak bantu & perjuangkan yg x berkenaan.

Memang sejak azali lagi benda ni dah terjadi.

CTH : KLCC - PAVILION - TIME SQUARE

Dulu stand sane boleh di masuki oleh teksi budget, sekarang ? Semua habis di monopoli oleh teksi eksekutif.

Hanya korang yang rabun dan buta jer percaya dengan perjuangan sesetengah pihak yang pentingkan diri nie.

Sekarang, terjadi pula di KLIA ...

Segalanya hanya untuk teksi biru. Nasib korang ? Jadi ayam sudah ler.... keh3.

Bangkit lah wahai saudara ku, bukalah mata dan minda anda. Sementara aku masih mampu menulis untuk teksi budget.

Sumber Dari :-