Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Monday, 25 March 2013

1000 Permit Teksi Individu Di Keluarkan Pada 24 Mac 2013

Salam,

Pada 24 March 2013 lepas PM, DS Najib telah melancarkan & mengeluarkan 1000 permit teksi individu kepada pemandu2 yang berkelayakkan.

Majlis tersebut telah di sempurnakan di PICC Putrajaya.

Yang Menarik berkenaan dengan cerita ni ialah ... PM keluarkan 1000 permit, Tapi 200 telah di beri siap2 pada hari tersebut .. manakala baki 800 boleh memohon selepas tamat majlis.

Aku tak tau mane datang 200 orang tuh. Ade yang kate semua dari Sunlight. Tapi mase aku pegi sane .. aku ade tgk kompeni lain juga dapat seperti Supercab, Marlis & KUSPA.

Bile diaorg dapat pon aku tak tau ... Aku tahu berita ni pon pada malam 23 March bila kawan aku bagitau. Publiccab cam hampeh ... langsung tak bagitau kat driver pasal event nie.

Bengang gak aku bile takde berita ape2 pon pasal majlis ni akan di adakan.

Jam 1015am aku sampai PICC, aku ingatkan majlis dah bermula sebab kat website dia kate di galakan datang awal and bole dapat "something".

Kat luar PICC tuh ... melambak teksi parking .. PERGHH !!! ... Giler kentang siot. Ade yang sampai bawak family... Adehhh. Ade plak yang datang dari Johor. Keh3.

Sampai kat dalam PICC, aku tengok ramai driver yang masih berlegar2 di dalam PICC. 

Aikk .... dah abis majlis ke ?? rupa2nya .. PM belum sampai... Adoiii.


Suasana Di Ruang Legar

Suasana Di Ruang Legar


Suasana Di Ruang Legar


Aku ronda2 dulu and tengok booth2 yang di buka di ruang legar PICC.

Sampai Jam 11am, aku dah panas bontot .... majlis masih belum bermula. Ada pegawai SPAD kat situ mengatakan yang PM mungkin akan sampai pada jam 1230 Tgh ari.

Adehh ... aku dah hangin ... camner aku nak tunggu nie. Aku ade booking kol 1pm nak pegi F1 Sepang. Kalau aku tau awal pasal event ni, mesti aku dah reject booking tuh. Booking tuh plak xleh nak pass kat orang lain sebab Paul dia nak aku jer bawak dia. Adoiiii.

Terpaksa ler aku beredar dari situ ... musnah ler 1 lagi harapan untuk memiliki permit teksi individu.

Tapi ... yang sedey nye ... 800 baki permit tinggal, yang datang beribu orang ... Keh3.

Dari Atas PICC

Di Perkarangan PICC
Parking Hingga Ke Pullman Hotel

Kedekut tol ler Gov. ni, nak bagi macam tak ikhlas .... cube tak payah limitkan berapa banyak. Tapi hanya beri 1 orang 1 permit. Bagi yang x mampu / x layak .. boleh pakai permit kompeni. Senang kan ?? Semua orang hepii ... HuHuu

Aku ade dengar maklumat mengatakan yang PM nak bagi 8000 permit, tapi SPAD yang xnak keluarkan sekaligus ... Hmm ... Sape yang paling besar nie ??

Bagi orang yang x tau .. diaorg tak salahkan SPAD ... Mesti diaorg akan kate PM yang x ikhlas nak bagi. yang buruk name sape ?? PM jugak ... so, sia2 ler usaha PM untuk memikat hati pemandu teksi. HeHe.

"SOMETHING FREE"

Bakal TEKSI ??

Surat Tawaran

Surat Tawaran

Surat Tawaran
Yang menarik pasal permit kali ni sebab di benarkan mengambil penumpang di KLIA & KLIA 2. Terbaikk.

Taniah ler bagi yang dah dapat yer. 

Sunday, 10 March 2013

Teksi Iswara Untuk Di Jual

Original Picture

Original Picture

TEKSI ISWARA UNTUK DI JUAL!
Harga : Rm7000 - Nego
No : Hwc 89xx
Tahun : 21 April 2008
Warna : Merah Putih
Kompeni : xxxxx
Alasan : Tunggu kereta baru keluar dalam bulan 3

T&C : Sambung bayar dalam 3-4 bulan, lepas tu keta jadi hak milik.
Boleh pakai untuk teksi lagi 4-5 tahun.

Nak info lebih sila hubungi saya di 012 2222 421.