Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Wednesday, 30 May 2012

INFO : Berkenaan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )

Salam,


Aku just nak share pengalaman aku ke SPAD office putrajaya isnin lepas mase nak renew kad pemandu.


Mase aku nak tunggu giliran, aku ade terbaca notis berkenaan saman. Dia tulis hanya saman PDRM di ambil kira. Adehhh .... Aku dah ler ade saman yang belum setel. Bila giliran aku dia cek IC No dan dapati ade 4 saman atas name aku. Dia mintak aku selesaikan 3 saman tahun lepas dulu baru boleh renew. Nasib baik ler 2 saman tuh kawan aku punya, saman tuh atas name aku sebab teksi yang dia bawak masih atas name aku. Aku cume kena selesaikan 1 saman RM150 jer dan nasib baik ler ade diskaun ... kalau tak melayang gak RM300.


Lepas aku selesai renew kad pemandu, aku sempat bertanya kat khidmat pelanggan dia berkenaan dengan cawangan SPAD kat KL Sentral & Persada PLUS. Katanya, KL Sentral adelah Head Office dan Persada PLUS plak unit penguatkuasaan .... so, urusan renew kad pemandu hanya boleh di buat kat Office Putrajaya sahaja. Temu siasat pulak lepas ni boleh ke cawangan Persada Plus.


So, aku harap info yang aku bagi ni boleh membantu rakan2 yang tak tahu kay. Selamat berkhidmat untuk negara. hehe. Ah ... lagi 1, permit individu untuk teksi budget & kereta sewa masih di bekukan dan hanya permit untuk teksi eksekutif sahaja boleh pohon. Harap maaf. heh.

Sunday, 20 May 2012

Tourism Malaysia : Trip To Cameron Highlands

Cameron Highlands is one of tourist destination in Malaysia. CH is located at Banjaran Titiwangsa, Pahang. From Kuala Lumpur may take average 2 hours 30 minutes if using a route from Tapah and 3 hours if using the Simpang Pulai route. Difference in distance between the junction Tapah & Simpang Pulai in approximately 50 KM. Many use Simpang Pulai route as the way a broader and more secure than Tapah.


There are several place in the CH, but here I just want to wrote about the two places I am satisfied and you should visit. It is Tanah Rata & Brinchang.


Tanah Rata


Its like a city in CH. Food and accommodation is easy. But you are not recommended to shop here because the price is slightly expensive.


Brinchang


It is the best location for you to stay. It has a lot of shop and places you can visit, such as Strawberry Farm, Bee Farm, Butterfly Park, Night Market, Vegetables & Fruits Market. Most strategic hotel is Equatorial Hotel.


Many have said shopping at night markets are the best, but for me its quite expensive at CH night market if you want to buy souvenirs and etc. If you want to buy food for dinner is no problem because it is worth it.


Halal food is not difficult to find here, fast food like KFC & Marrybrown are here. The most popular food at night is a steamboat. There are many stores that offer that kind of food.


Bharat tea house is also available for you to taste the pleasures of fresh tea, but the price is quite excessive. Imagine a glass of ice tea is priced at RM4.50, super crazy expensive.


Dont eat at Orchid Food Corner because the food are super damm simple and you are going to waste your money in here.


Poor Food To Eat


Overall, CH is an interesting place to buy strawberry & vegetable because it is cheap and fresh that you will not get in KL.



View From Heritage Hotel CH

Strawberry Park

Strawberry Chocolate Time

Bee Farm

Butterfly Park

Heritage Hotel Car Park

Strawberry Heaven 

Bharat Tea House

Thursday, 17 May 2012

Biar Jujur Semasa Bekerja

Salam ....


Hari ni aku nak cite sket pasal 1 kes yang terjadi baru2 ni.....


Ade sorang amoii ni aku amik tepi jalan .... dalam teksi memang peramah, aku pon hepi ler bawak dia, siap bagi xtra rm1 buat minum teh ... hehe, aku xde hal semua tuh.


Tiba2 office kol aku kate ade orang tertinggal payung la teksi aku, bile cek ... adoiiii memang ade kat tempat duduk blakang. Aku memang cukop lemah bab biler tinggal2 barang ni, nak memulang tuh letih, tapi kalau ikut law kompeni aku leh charge trip aku untuk pulangkan payung tuh.


Rupa2nya orang yang tinggal payung tuh adelah amoii yang aku amik tepi jalan SS2. Baru aku teringat yang aku ade bagi no kompeni and dia ade resit tulis no keta aku .. tuh pasal dia leh trace aku. Office bagi no aku kat dia and dia kol aku mintak pulangkan payung tuh tapi dia tak kisah biler2 aku lalu SS2 nanti aku leh singgah. Itu yang aku suke orang camnie sebab dia tak memaksa aku.


Dekat seminggu jugak aku simpan payung tuh sebab 3 hari aku demam tak keje .... dia pon tak kol aku tanya pasal payung tuh, tapi dalam hati aku selagi tak pulangkan ... selagi tuh ler hati aku tak senang. Akhirnya semalam aku lalu SS2 and dapat gak ler aku jumpa dia ... dia pon dengan senang hati bile dia dapat kol aku, siap bagi aku aku 1 botol potato chips & cawan cenderamata dari bank dia keje.


Moralnya ialah ... aku tak mengharap ape2 pon actually asalkan dia tak memaksa aku so dengan ikhlas aku akan pulangkan payung tuh. Buat penumpang pulak ... cubalah jadi penumpang yang terbaik & tidak sombong sebab orang yang tak sombong ... bile2 mase pon kite akan menolong. Ringan2 ler bagi xtra kat pemandu teksi .. tak payah banyak, walaupon tak amik belen sen2 .... tuh dah mencukupi, insyaAllah ... driver teksi akan ingat barang anda.



Thursday, 10 May 2012

Belting Luar Waja Campro

Salam,


Semalam memang ujian buat aku. Aku mula bekerja dalam jam 10:30am, alhamdulillah rezeki aku memang memuaskan. Alamat yang aku dapat sambung menyambung. Booking pulak ada 2.


Dalam jam 5pm dalam poket dan ada RM150, dapat pulak alamat dari sunway giza ke cyberjaya ... masyuk beb, kurang2 leh dapat RM50. Dalam perjalanan dapat plak aku kompom alamat dari cyberjaya ke Bandar Utama, perghhh ..... lagi RM50. Masyukkk siot.


Ujian aku bermula dalam jam 5:30pm kat lebuhraya Elite berdekatan dengan simpang Saujana Putra. Tiba2 aku dengar ade bunyi sesuatu dari enjin aku. Aku cepat2 perlahankan kenderaan dan berhenti di laluan kecemasan. Memang kebetulan mase tuh ade sebiji lagi teksi waja Sunlight yang tengah park kat tepi sebab dia tengah bercakap dalam fon.


Aku bukak bonet kereta aku dan dapati belting luar aku putus dan aku terus gi jumpe driver sunlight tuh untuk mintak dia bawak customer aku gi cyberjaya. Aku kol office cakap aku breakdown dan terpaksa cancell alamat dari cyberjaya ke bandar utama.


Aku kol Nazri & Ali untuk mintak tolong panggilkan pomen datang baiki keta aku. Kebetulan Nazri dalam perjalanan balik dan dia kate akan cube dapatkan pomen kat area rumah dia ke tempat aku breakdown. Tengah duk menunggu pomen datang, berhenti plak PLUS tunda kat blakang aku untuk tunda aku keluar highway. Alhamdulillah, dengan bantuan PLUS tunda aku selamat keluar kat plaza tol saujana putra. Masalah aku blom selesai, bile dia tengok belting aku dia kate keta aku masih boleh jalan untuk aku carik pomen berdekatan.


Aku pon jalan pelan2 untuk carik pomen kat kawasan situ, Alhamdulillah ... tak sampai 2km ade bengkel yang masih bukak dan harga pun berpatutan. Selesai masalah aku .....


Aku pon menuju ke Subang Jaya untuk amik booking terakhir ... ngam2 aku sampai rumah kastemer aku, boleh plak aircond buat hal. Adoiiyaii ..... ape punya nasib daaa..... Kesian kastemer aku terpaksa naik keta aku gi KLIA dalam keadaan panas, nasib baik ler malam .... kalau tak mau berpeluh kastemer aku sampai airport. Hehe .... sori byk2 bro.


Pengajarannya ... kalau nak tukar barang, jangan pandang pada harga tawaran yang murah sahaja ... belting tuh aku baru pakai dalam 40k KM, tapi aku di tipu oleh kedai di kota damansara sebab nak harga yang murah punya pasal .... aku trime akibat camnie.



Sistem teksi berkupon

Salam,


Baru2 ni aku ade bace blog & beberape site lagi yang memaparkan tentang bantahan persatuan2 pemandu teksi berkenaan dengan sistem teksi berkupon yang beroperasi di sekitar ibu negara.Aku tak paham ape pemikiran diaorg ni sehingga nak bantah sistem ni ... tak bole ke korang tengok brape punya bagus sistem ni untuk kite semua selaku pemandu teksi ???


Setiap 1 sistem mesti ade baik dan buruknya ... itu tidak di nafikan, kite bukan Allah untuk buat sesuatu tuh dengan sempurna so, trime jer laa dengan seadanya. Pemandu2 yang menggunakan sistem ni pon takde masalah, nape korang nak sebuk2 plak ?? kalau tak suke jangan ler beratur amik kupon kat situ.


Sistem berkupon memang agak mahal sedikit tambangnya kalau di bandingkan dengan menggunakan meter & setiap kupon pihak pengurusan akan amik 10% dari jumlah tambang untuk kos pengurusan. Bukan semua penumpang yang beli kupon ni nak pegi jauh2 ... ade pemandu teksi yang beratur selama 1 jam untuk dapatkan 1 kupon, tapi jaraknya tak sampai pon 3km ( RM7). Korang bayangkan ler betapa seksanya nye ... kalau nasib baik kite leh gi jauh seperti Melaka ( RM190 ) dll. Semua tuh diaorg dah pasrah.


Baiknya sistem ni, pemandu yang beratur tidak akan memilih penumpang & tidak akan tawar menawar harga untuk menerima sesuatu tugas, bile sampai giliran mereka .... penumpang hanya beri kupon pada pemandu & pemandu terus bawa ke destinasi yang nak di tuju.


Buruknya sistem ni ialah bile mase kesesakkan .... kalau menggunakan meter, meter duet tuh akan bergerak jika teksi terperangkap di dalam kesesakkan, so penumpang akan makin gelisah bile meter teksi bergerak .... tapi teksi tak gak jalan2 ... keh3. Bile pakai kupon ... tambang telah di tetapkan, tak kire lah trafik sesak atau pemandu ikut jalan jauh, tambang tetap same.


So, kat sini masing2 dapat win & win situation ... yang mane pemandu akan untung kalau jalan tak sesak & penumpang akan untung jika jalan sesak. Jadi ... tak payah ler korang nak bantah2 bikin panas kat SPAD pasal sistem ni ok ?? kalau korang bantah gak, nanti yang untungnya "Teksi Biru" gak .... korang boleh tengok kat KLCC tuh.

Friday, 4 May 2012

Jenis & Kategori Teksi Di Malaysia

Salam Semua,


Kat sini aku nak ceritakan tentang jenis2 teksi yang ade kat malaysia nie. Yang biasa korang dengar & lihat adelah teksi budget kat kuala lumpur, tapi tuh hanya salah 1 dari pelbagai jenis teksi yang ada di malaysia. Aku akan terangkan 1 persatu kat sini agar korang paham fungsi, bayaran & permit kawasan.


1- Teksi Budget ( Teksi Bandar )
2- Teksi Eksekutif
3- Teksi Premier
4- Kereta Sewa
5- Teksi LCCT
6- Limo KLIA


1- Teksi Budget ( Teksi Bandar )


Teksi jenis ni beroperasi di sekitar bandar seperti Lembah Klang, Melaka, Seremban, Johor Bharu, Penang. Teksi ini menggunakan meter, so anda tak perlu tawar menawar dengan driver teksi. Teksi bandar juga boleh di hubungi melalui telefon, anda cume perlu hubungi syarikat yang menawarkan servis radio teksi dan mereka akan cuba mendapatkan teksi untuk anda. Ada 3 syarikat yang paling aktif di Lembah Klang, PublicCab, Sunlight & Supercab.


Teksi bandar yang memakai permit Lembah Klang hanya di benarkan beroperasi di sekitar lembah klang sahaja dan beberapa tempat perlancongan yang di benarkan.
Bandar Melaka - Hantar & Ambil
Seremban - Hantar & Ambil
Port Dickson - Hantar & Ambil
Genting Highlands - Hantar & Ambil
Cameron Highlands - Hantar & Ambil
KLIA & LCCT - Hantar Sahaja


Gambar di bawah adelah contoh teksi budget di lembah klang, perhatikan di bumbung teksi tersebut tertulis "Teksi Bermeter". Warna Teksi budget adelah pelbagai di bawah adelah 1 contoh yang biasa anda temui.




2- Teksi Eksekutif


Teksi jenis ini biasanya beroperasi di Hotel2. Teksi ini menggunakan meter, boleh di katakan 2x meter teksi budget. Teksi ini hanya menggunakan warna biru dan biasanya kereta2 import / MPV. Teksi ini boleh beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia.


Gambar di bawah adelah contoh Teksi Eksekutif yang anda boleh temui di Malaysia. Di atas bahagian bumbungnya ada jambul tertera "Teksi Eksekutif".








3- Teksi Premier 


Teksi jenis ni hampir sama dengan Teksi Eksekutif, cuma tambangnya murah sedikit. Permit kawasannya adelah semenanjung malaysia. Teksi ni dah di hentikan pengeluaran permitnya di gantikan dengan teksi eksekutif. Teksi ni anda masih boleh jumpa di KL Sentral & beberapa hotel di KL.


Contoh Teksi Premier adelah seperti di bawah.







4- Kereta Sewa


Teksi ni adelah old skool dan aku rase pertama kali di perkenalkan. Teksi ni tak menggunakan meter, ianya beroperasi di pengkalan ke detinasi seluruh semenanjung malaysia. Teksi jenis ni banyak beroperasi di kawasan2 kampung / bandar2 kecil. Di KL juga masih ada teksi jenis ni yang beroperasi di pengkalan2 yang di sediakan seperti Stesen Pekeliling, Puduraya, Hentian Duta dll. Di Shah Alam & Klang juga masih menggunakan teksi jenis ini, so anda jangan salah faham pulak bila anda tahan teksi ni dan ianya terus buka harga tambang tanpa menggunakan meter.


Contoh Kereta Sewa adelah seperti di bawah :









5- Teksi LCCT


Teksi jenis ni hanya beroperasi dan di benarkan untuk mengambil penumpang dari LCCT ( Low Cost Carrier Terminal ) sahaja ke seluruh destinasi di semenanjung malaysia. Teksi ini tidak menggunakan meter, sebaliknya menggunakan kupon yang anda boleh beli di tiket kaunter di LCCT. Warna teksi ini sama sahaja macam teksi budget cuma bezanya tidak mempunya "jambul" di atas bumbung teksi.


6- LIMO KLIA


Teksi ini sama seperti teksi LCCT cuma bezanya ia beroperasi di KLIA ( Kuala Lumpur International Airport ) sahaja ke destinasi seluruh semenanjung malaysia. Ianya tidak menggunakan meter sebaliknya menggunakan kupon yang boleh anda beli di tiket kaunter di KLIA. Warna teksi ini telah di khaskan dengan warna hitam seperti di bawah.








So, aku harap penjelasan di atas dapat memberi anda selaku pengguna teksi serba sedikit info berkenaan perkhidmatan yang anda guna. Jika ada penjelasan di atas yang tidak benar, sila PM saya untuk membuat perubahan.