Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 1 December 2012

Leptospirosis Symptoms ( Virus Kencing Tikus ) Di Wet World Shah Alam

Salam,

Hari ni aku nak share sedikit berkenaan dengan isu Virus Kencing Tikus yang telah meragut beberapa nyawa kanak2 yang telah seronok bermandi manda di Wet World Shah Alam.

Beberapa mesej telah di sebarkan di internet melalui Facebook dan aku cuba menjejaki kebenaran sehingga aku terjumpa sendiri dengan FB & Blog keluarga mangsa.

Aku amat bersimpati atas ape yang telah terjadi kerana aku sebagai seorang bapa juga amat menyayangi anak2 dan sentiasa berharap yang terbaik untuk mereka. Tapi ini semua ketentuan Allah, apa yang aku mampu lakukan di sini adelah menyampaikan berita ini agar sesiapa yang berniat untuk ke tempat tersebut bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang ada.

Di bawah ni adelah keratan yang aku terima di FB



Korang boleh search Liza Masrina di FB untuk berbicara dengan salah seorang keluarga mangsa / boleh cari beliau di BLOG.

Aku juga buat beberapa search dan mendapati ade syarikat yang sedang mempromosi tempat tersebut dengan harga yang murah untuk masuk ke tempat tersebut.




Dan yang lebih menyedihkan, lebih dari 600 orang telah membeli voucher tersebut. Cuba anda fikirkan, adelah nyawa & keselamatan keluarga anda bernilai RM7 ??

Setelah anda membaca posting ini, adekah anda masih mahu pergi ?? 

Adekah anda rase saya menyebarkan berita ini mendapat apa2 keuntungan ?

Adekah anda hanya akan berdiam diri sahaja dan biarkan orang lain tanpa mengetahui tentang berita ini ?

Tidakkan anda takut jika salah seorang itu adelah ahli keluarga terdekat / sahabat anda sendiri ??

Renung2kan lah ... Kita manusia di kurniakan akal fikiran untuk berfikir, jadi anda buatlah keputusan. Saya hanya mampu menyampaikan berita ini dan tidak mampu untuk menghalang anda dari terus menikmati keseronokkan di sana.

Semoga Allah melindungi anda sekeluarga. In Shaa Allah.

3 comments:

  1. ntah lah betol atau tak.. papepun doakan untuk mangsa :)

    ReplyDelete
  2. adui dah booked Morib Gold Coast cane ni?Amin semoga Allah melindungi kami sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. HeHe ...
      Rasenye Morib Gold Coast xde kot
      Ianya terjadi kat Wet World Shah Alam jerk
      Ape pon, mintak pertolongan Allah semoga di jauhi segala musibah yang x di ingini.

      Delete