Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 22 December 2012

Kedai Aksesori Kereta Penipu

Salam,

Aku nak cerita sket pengalaman yang menyakitkan hati aku ari ni.

Aku dah lame nak pakai Absober Adjustable, sebab dah tak tahan dengan kemendappan yang berlaku bile aku bawak "muatan" lebih.

Aku dah lame survey kat Mudah Dot My. Ade 1 kompeni ni advertise barang memang murah giler, HUGO Kajang. Korang try search kat Mudah.

Hari ni, setelah sekian lame aku duk survey harge .... aku gi kedai dia kat cawangan Kajang. Aku bukan nak beli absober jerk ... macam2 lagi barang aku nak beli, murah ler katekan.

Sampai kat sane, bende pertama yang aku tanya " Absober waja GAB adjustable bape ?". Sorang lelaki cina jawab " RM950" .. 

Erkkk .......... Aku terkedu japs, sebab aku tengok lam Mudah dia tulis RM800. Aku tanya dia balik, "Nape dalam mudah u tulis RM800" , dengan selambe dia jawab " RM800 punya .. depan saje boleh adjust, blakang x bole " ... Adehhh, terkoner den ...

Aku tanya brand MINES plak, coz lam Mudah dia tulis RM580, pon same gak ... harga dia bukak kat aku RM750.

Aku masih tak puas hati, aku tanya plak lampu blakang waja M5 design .. dalam mudah dia tulis RM160, dia jawab ngan aku RM200 x termasuk pemasangan.

Adehh .. aku dah jem, dengan hampa aku berlalu keluar, KENCING KUAT punya kedai. Elok2 aku nak spend macam2 kat kedai tuh ... hamik ko ... 1 sen pon aku tak bagi kat ko.

So, aku nasihatkan kat korang yang berniat nak menjadi pelanggan kedai ni ... lupekan jer laa okiess, buang mase korang jerk.

KEDAI PENIPU

RM100 Untuk Perjalanan Tak Sampai 3KM

Salam,

Hari ni aku nak cerita sedikit pasal rezeki yang tak di duga terjadi pada diri aku hari ni.

Hari ni aku aku Airport booking dari regular customer aku kat Gardens Residense pada jam 2:50pm. Jam 2pm aku dah standby and masuk area bangsar.

Waktu tuh perot aku memang lapar & gas pulak tinggal 2 bar, aku duk pikir ... mane satu aku nak buat dulu, waktu tuh orang baru abis solat jumaat ... so, aku rase baik aku isi gas dulu ... takut nanti beratur panjang plak, makan kemudian pun boleh.

Alhamdulillah ... teksi tak Q panjang kat stesen NGV bangsar, tapi laluan nak ke sane sesak teruk. Akhirnya aku selesai gak isi gas dan pada waktu tuh aku masih ade dalam 30 minit lagi sebelum jam 2:50pm. 

Aku pun masuk Jalan Maarof and nak menuju ke mekdi untuk tapau makan, lepas dari traffic light simpang empat yang dekat masjid tuh .. ade sorang mamat smart tahan teksi aku. Aku geleng kepala tanda tak nak angkat penumpang and terus berlalu.

Dia terus berlari2 anak ke arah teksi aku, dan kebetulan mase tuh lampu merah and aku terpaksa berhenti. Aku ingatkan dia paham aku geleng kepala tanda tak nak terima penumpang, mane tahu dia datang kat keta aku and ketuk cermin keta aku .... dengan isyarat tangan aku menolak kate tak nak amik penumpang. Dia ketuk gak lagi ... Aku dah semak pale ... mamat ni tak paham bahasa ker ? Aku pun bukak tingkap keta aku dengan berharap aku dapat tahu ape masalah dia ... maybe dia nak tanya arah ke  ....

" Bang, saya bayar RM50 ... tolong hantar saya ke Jalan Semanthan " Kate lelaki tuh. Terkejut jap aku ... giler kentang siot ... sape nak bagi RM50 untuk jarak tak sampai 3km. Tapi di sebabkan aku dah ade booking and aku tak nak amik risiko lambat sampai nanti .. aku tolak tawaran tuh dengan berkata " Maaf encik, saya ade on call " sambil aku hulur kad no office public cab.

Lelaki tuh pun berlalu dalam beberapa langkah ... dia datang balik sambil berkata " Saya bayar RM100, tolong hantar saya ke Jalan Semanthan. Saya terdesak ni ". GILER KENTANG GORENG ...... dalam pale otak aku .. sah mamat ni dah giler. Sanggop dia bayar RM100 untuk jarak tak sampai 3km.

Kepala otak aku bergerak pantas ... terus aku panggil dia naik. Sebenarnya ... mase dia offer aku RM50 tadi aku dah berfikir ... nape dia sanggop bayar camtuh nye banyak untuk jarak yang dekat. Bile dia offer RM100, aku dah nampak dia macam terdesak sangat and aku kesian plak tengok dia. 

Sebab pertama aku panggil dia naik ialah, aku tengok dia macam terdesak sangat and aku rase cam tak sampai hati kalau tak tolong. Sebab kedua, tawaran dia terlalu lumayan ...

Dalam perjalanan aku kol customer aku and inform dia aku lewat sket. Alhamdulillah ... bile sampai kat CIMB jalan semanthan ... mamat tuh nampak lega, katenya nak jumpe BOS. Ntah ler ... maybe terlalu penting kot sampai dia sanggup bayar RM100.

Dan aku pun .. sempat sampai Gardens residense sebelum jam 2:50pm. 

Inilah ujian & rezeki yang Allah nak bagi ... segalanya mungkin terjadi kalau niat kita baik.

Mase mamat tuh keluar dari keta aku, sempat lagi aku tanya dia " Encik .. Halal Yer " ... sambil tersenyum dia jawab " Ya " .. Alhamdulillah ... aku harap pengorbanan RM100 dia tuh berbaloi and sempat untuk dia jumpa BOS.

In Sha Allah ....

Gambar Hiasan
Kalau dia terbaca posting ni ... dia bole kol aku untuk Airport Transfer Service dengan potongan harga 50% dari total meter.

Tuesday, 18 December 2012

AES Mungkin Akan Di Bekukan Sementara


Sumber Di SINI

Salam,

Tadi aku bace di laman fb KASE ( Kami Anti Saman Ekor ) mengatakan yang OKS ( Orang Kena Saman ) tidak mengaku bersalah dan minta di bicarakan telah di lepaskan. Dan aku juga baca mengatakan AES akan di hentikan buat sementara. Bagi orang yang kena saman AES tidak perlu bayar saman tersebut. 

Rugi ler bagi orang yang ngaku bersalah & bayar saman tersebut. Keh3 ...

Sumber di atas ada menyatakan yang AES mungkin di bekukan sebab bertindih dengan saman PDRM. Dari sumber di atas, ini menunjukkan PDRM pun dah mula nak main guna sistem automatik. Adehh .. abis ler, JPJ & PDRM masing2 pakai camera automatik, makin banyak ler orang kena saman lepas nie.

Sumber ade menyatakan yang PDRM akan pasang camera automatik mereka bersebelahan dengan AES, Perghh ... ini menunjukkan yang pesalahan akan mendapat saman berganda ... KaH3 ... Koyaks Rabaks.

Aku rase ler, PDRM hati panas ler ... selama ni mereka yang bertungkus lumus buat operasi had laju untuk memastikan pengguna jalan raya patuh pada undang2. Tiba2 sekarang JPJ senang2 jer pasang AES untuk collect duet. So, PDRM pun buat keputusan untuk pasang kamera automatik .... PerghhH ...

Lepas ni malaysia akan menjadi negara terkaya memungut hasil saman. HeHeHe

Monday, 17 December 2012

Pemandu Teksi Jumpa Wang Berjumlah AS$900k



Sumber Kosmo Di SINI

Korang tengok muke unkel ni ... senyum jer dia.

Tuh ler orang tua2 kate, " Buat baik di balas baik " tak payah nak tunggu akhirat, kat dunia pun Allah dah bagi. Tengok unkel tuh, dia takmo bagitau ler bape habuan yang dia dapat, tapi dari gaya senyuman dia tuh .. banyak gak. HeHeHe .....

Kes macam ni banyak berlaku dalam dunia. Dalam malaysia pun banyak terjadi, cuma paper taknak cover cerita diaorg atau orang takmo heboh2. Korang cume boleh dengar cerita tuh dari mulot ke mulot sahaja.

Percaya atau tidak kalau aku katekan ade pemandu teksi malaysia terima sebuah kondo bernilai RM400k sebab selamatkan nyawa orang ??? Mesti korang x pecayekan .... sebab tak masuk paper.

Surat khabar kat malaysia ni tak suke cerita pasal kebaikkan pemandu teksi malaysia ... Kalau buruk, laju jer diaorg tulis .. siap Front Page lagik ... Ahaks. Tapi kalau pasal kebaikkan, hampeh ... ruang kecik pun blom tentu diaorg nak masukkan cerita tuh.

Tapi point aku sekarang ialah ... kite kena jujur dalam pekerjaan, tak kira ler ape skali pun. Jangan kita jadi tak amanah ... BERDOSA ....Hidup pon tak senang beb.

Buat unkel nie ... aku salute abis, kalau bende ni jadi kat aku ... ntah ler, sejauh mane iman aku pon susah aku nak kate sebab aku belum pernah uji sebegini. Tapi kalau ujian dalam RM1k aku dah lepas & selamat. Alhamdulillah ....

Sunday, 16 December 2012

Kereta Sapu Kena Cekup Kat LCCT


Sumber KOSMO DI SINI

Pagi kejadian, kawan aku sms kate "bace kosmo hari ni, kawan ko kena tangkap"

Terkejut jap aku, sape plak kawan aku yang kena tangkap sampai masuk paper nie ??

Skali aku tengok berita pasal keta sapu kena cekop... Ahaks.

Sebelum ni aku baru berniat nak "menyapu" kat airport gune MPV, tapi bukan ler cam diaorg ni, main langgar jer semua orang. Aku cume nak pick up penumpang yang booking jerk.

Tapi bile dah bace berita ni, risau gak aku ... kang tak pasal2 jer aku kena saman. 

KeH KeH KeH


Saturday, 1 December 2012

Leptospirosis Symptoms ( Virus Kencing Tikus ) Di Wet World Shah Alam

Salam,

Hari ni aku nak share sedikit berkenaan dengan isu Virus Kencing Tikus yang telah meragut beberapa nyawa kanak2 yang telah seronok bermandi manda di Wet World Shah Alam.

Beberapa mesej telah di sebarkan di internet melalui Facebook dan aku cuba menjejaki kebenaran sehingga aku terjumpa sendiri dengan FB & Blog keluarga mangsa.

Aku amat bersimpati atas ape yang telah terjadi kerana aku sebagai seorang bapa juga amat menyayangi anak2 dan sentiasa berharap yang terbaik untuk mereka. Tapi ini semua ketentuan Allah, apa yang aku mampu lakukan di sini adelah menyampaikan berita ini agar sesiapa yang berniat untuk ke tempat tersebut bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang ada.

Di bawah ni adelah keratan yang aku terima di FB



Korang boleh search Liza Masrina di FB untuk berbicara dengan salah seorang keluarga mangsa / boleh cari beliau di BLOG.

Aku juga buat beberapa search dan mendapati ade syarikat yang sedang mempromosi tempat tersebut dengan harga yang murah untuk masuk ke tempat tersebut.




Dan yang lebih menyedihkan, lebih dari 600 orang telah membeli voucher tersebut. Cuba anda fikirkan, adelah nyawa & keselamatan keluarga anda bernilai RM7 ??

Setelah anda membaca posting ini, adekah anda masih mahu pergi ?? 

Adekah anda rase saya menyebarkan berita ini mendapat apa2 keuntungan ?

Adekah anda hanya akan berdiam diri sahaja dan biarkan orang lain tanpa mengetahui tentang berita ini ?

Tidakkan anda takut jika salah seorang itu adelah ahli keluarga terdekat / sahabat anda sendiri ??

Renung2kan lah ... Kita manusia di kurniakan akal fikiran untuk berfikir, jadi anda buatlah keputusan. Saya hanya mampu menyampaikan berita ini dan tidak mampu untuk menghalang anda dari terus menikmati keseronokkan di sana.

Semoga Allah melindungi anda sekeluarga. In Shaa Allah.