Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Thursday, 15 November 2012

Tido Mati Dalam Kereta

SAMPLE PICTURE

Salam,

Pernahkah anak anda tido tanpa sedarkan diri dalam kereta ?? 

Pernahkan anda tinggalkan dia sendirian tido mati dalam kereta dan berkunci ??

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku yang agak mencemaskan ...

Kite sering mendengar cerita tentang car hijack ... di mana bile kite tinggalkan kereta sekejap tanpa berkunci, orang akan curi kereta kita dan secara tidak lansung akan menculik anak kita jika mereka berada di dalam semasa kita meninggalkan kenderaan yang tidak berkunci.

Di sebabkan banyak kes macam itulah aku mengajar anak aku untuk kunci & buka kereta. Memang memberansangkan ler bile anak aku memang pandai  ... malah terlebih pandai bab kunci & bukak pintu keta aku nie.

1 hari, aku tinggalkan anak aku berseorangan dalam kereta sebab aku nak pegi buat kunci pendua. Waktu tuh hujan renyai dan aku memang tak nak aku turun dari kereta, jarak antara kedai kunci dan kereta pon tak sampai beberapa meter.

Aku dengan yakin menyuruh anak aku kunci pintu dan tinggalkan dia sendirian dalam kereta dengan enjin yang masih hidup dan berhawa dingin ..

Dari jauh aku perhatikan juga kereta tuh takut kalau2 ade orang yang berniat jahat terhadap anak & kereta aku.

Bila aku dah selesai, aku pegi ke kereta dan mendapati anak aku tengah baik punya syiok tido ... sejuk ler katekan. Aku lupe yang anak aku ni jenis tido tak sedar diri. Aku ketuk tingkap, aku jerit, aku goyangkan kereta ... Hampeh, dia langsung tak sedar.... Adoiiii ...

Malu siot, tak pasal2 aku di kerumi oleh orang yang suke menyaksikan drama melayu live ... HeHeHe. Polis dan orang ramai datang membantu ... begitu juga tukang kunci yang begitu gigih untuk membantu bukak kunci keta aku.

Di sebabkan keta aku menggunakan side lock, agak sukar ler untuk di buka sehingga perlu umpil pintu keta dan jolok dawai masuk ... Abis calar balar pintu keta aku, tapi Alhamdulillah ... pintu dapat di buka dan anak aku dapat di selamatkan.

So, peringatan aku ialah ... kalau korang ade anak yang jenis tido tak sedar diri, jangan ler tinggalkan dia keseorangan ... jadikan pengalaman yang aku kongsikan ini sebagai sempadan. Aku harap perkara ini takkan berulang lagi. HeHeHe ....

No comments:

Post a Comment