Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Tuesday, 6 November 2012

Pemandu Teksi Mati Di Kelar


Sumber : Sinar Harian

Salam,

Lagi 1 kes bunuh yang membabitkan pemandu teksi berlaku di ibu negara semalam. 

Dari analysis aku, kebanyakkan kes rompak & bunuh yang melibatkan pemandu teksi berlaku pada sebelah malam. Maybe waktu ni amat mudah bagi mereka beroperasi ...

Aku tak pasti sama ada kes ni bermotifkan dendam atau tidak, tapi ape yang aku lihat ... berbaloikan perbuatan anda " MEMBUNUH " hanya semata mata untuk mendapatkan duet yang tak seberapa yang ada pada si pemandu. Paling tinggi pon RM200 .... Berbaloi ke ??? Hukum Gantung tuh ....

Di sebabkan terlalu banyak kes macam ni ler aku jarang memandu malam. Kalau aku jalan malam sekalipon, aku hanya amik radio kol sahaja ... lebih selamat kerana semua detail akan di rekod.

Ade setengah penumpang .. mereka takut untuk naik teksi pada sebelah malam ... Actually .. sama juga dengan kami pemandu teksi, aku takut nak amik penumpang tepi jalan pada sebelah malam ... semua tuh untuk elakkan perkara macam ni berlaku.

Inilah dunia ... apabila manusia tuh dah terdesak sangat dengan tekanan hidup di bandar yang memerlukan kos kehidupan yang tinggi .. keje2 jalan mudah ni yang di pertimbangkan.

Aku amat berharap pihak PDRM dapat selesaikan kes ni dengan segara. Supaya kejadian yang sama tidak akan berulang kembali.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment