Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 17 November 2012

Demonstrasi Aman Di Kedutaan Yahudi Amerika

Salam,

Semalam selepas solat Jumaat, ramai yang berpusu2 buat demonstrasi aman ke arah Kedutaan US di Jln Tun Razak sehingga menyebabkan kesesakkan yang melampau .. HuHuHu.

Sample Picture
Umat Islam di Malaysia menuntut agar US tidak masuk campur sekaligus menjadi tukang supply senjata kepada Israel Laknatullah untuk menjahanamkan bumi Plaestin.

Aku memang menyokong ape yang mereka lakukan walaupon aku tak dapat nak sertai disebabkan kena bertugas ... Aku ade pick up kat Double Tree Hotel jam 3pm.

Aku turun dari MEX Hway ke arah Jln Tun Razak dalam jam 210pm. Kesesakkan melampau sehingga aku terperangkap lebih 30 minit hanya untuk lari ke arah simpang masuk ke Bukit Bintang.

Kesesakkan di Jln Tun Razak Dari MEX Hway
Aku dah kelam kabut mase tuh, jam menunjukkan jam 240pm tapi aku baru sampai kat Pavilion. Aku cuba call Double Tree Hotel and mintak sambungkan ke bilik hotel yang kastemer bagi. Kastemer pulak takde no HP, so memang susah ler aku. Bole pulak no bilik salah ... adoiii, lagi nak menangis aku, rosak ler reputasi aku camni kalau aku tak sampai tepat jam yang di janjikan.

Aku tekad, walau macam mane sekali pun aku kena usaha hingga ke minit yang terakhir, Alhamdulillah ... lepas jer trafik light kat Menara Standard Chartered .. jalan dah clear dan aku sampai hotel tepat jam 3pm.

Mase aku masuk lobby, aku tengok kastemer aku dah ade situ duk menunggu kedatangan aku dengan sabarnya. 

Aku explained kat dia tentang kesesakkan yang berlaku, nasib baik dia boleh terima and lagipun aku tak lewat cuma buat dia risau jerk. HeHe.

Perjalanan berjalan lancar kerana tunjuk perasaan hanya berlaku selama 30 minit dan orang ramai dah abis bersurai cuma kesesakkan dari MEX Hway ke Jln Tun Razak jer masih belum selesai. Ntah ape punca pun aku tak pasti kerana lepas dari kedutaan Jepun aku tengok jalan dan clear.

Aku bersyukur kerana aku berjaya tunaikan tanggungjawab aku ... kalau tak, rosak ler reputasi aku nanti. HuHuHu.

No comments:

Post a Comment