Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 3 November 2012

Campro Engine Cylinder Head

Salam,

Hari ni aku nak cite pasal pengalaman aku menukar Cylinder Head Engine Campro. 

Sekarang semua teksi baru menggunakan enjin campro yang mana cylinder head nya di perbuat dari aloy and mudah bengkok manakala valves nye yang sangat halus membuatkannya mudah terbakar apabila enjin tersebut menggunakan sistem NGV.

Semua pemandu teksi yang memandu kereta menggunakan enjin campro ni memang sedia maklum berkenaan masalah ni, boleh di katakan mereka semua ni pernah mengalaminya sekurang2nya sekali, ada juga yang tak bernasib baik lebih dari itu pon ada.

Aku boleh di kategorikan bernasib baik kerana hampir 3 tahun pakai, inilah kali pertama aku kena .... so, aku redha walaupon poket aku dah koyak rabak .. KEH3.

Kenali Masalah

Mula2 aku perasan bile aku menggunakan gas, enjin aku sering mati2, aku ingatkan setting gas problem sebab sebelum ni pon aku mengalami masalah gas yang serius.

Jadi, aku amik keputusan untuk menggunakan minyak ... biasanya bile gas bermasalah, running minyak memang takde kesan ape2, tapi sebaliknya yang berlaku ... di mana pick up kereta aku takde. Kereta aku hanya boleh berjalan 50 - 60km/j sahaja. Seksa Giler ......

So, aku amik keputusan untuk hantar ke bengkel kereta sahaja sebelum aku pegi ke PATCO, sebab aku rase ni masalah enjin.

Macam2 pomen tuh check, untuk kenal pasti masalah kereta aku.

1- check plug
2- check throttle body
3- check paddle minyak

Lepas dah check semua tuh baru dia check kuasa pembakaran plug aku dengan 1 alat ntah ape pun aku tak pasti. Dari situ baru dia cakap head ade problem, ade valves yang dah terbakar.

Dia kata, pada mulanya dia tak syak head sebab, kalau head problem susah nak start, tapi keta aku senang jer nak start ... sebab tuh ler, Hampeh kan ??

Kos yang pomen bagi aku :

RM1000 - siap semua Atau

RM1250 + RM800 - Beli Head 2nd hand ( trade in ) + Siap semua

Mula2 aku pilih RM1000, sebab bagi aku boleh jimat kos sikit, mane tau lepas dia bukak head aku .... dia kata tak boleh buat balik and kena beli head. So, aku decide untuk cari sendiri barang tuh sebab aku rase harga yang dia letak ade sedikit yang tak memuaskan sebab RM1250 untuk 2nd hand head, aku rase cam tak berbaloi.

So, aku mulakan pencarian di internet .... akhirnya aku berjaya dapatkan deal yang cukop baik dari seorang seller ni AZLANSA AUTOPARTS - 0123946518. Head baru full set sealed dalam kotak dengan harga RM1500. Terbaik kan ?? sebab kedai spare part sendiri cakap dia amik dengan dealer pon tak dapat harga tuh. Camner dia leh bagi murah ?? Mane dia dapat ? Baik kite jangan amik tau ... HEHE

Campro IAFM Cylinder Head Set

Campro IAFM Cylinder Head Set

Barang baik kan ?? Dia kate dia boleh dapatkan spare parts proton dengan murah, lebih murah dari kedai spare parts ... Dia juga kate, dia ler orang yang supply untuk teksi KLIA. Terbaik Bro.

Lepas aku dah complete semua barang and pass kat pomen, aku cume tunggu siap jerk. 

Bile dah siap, Enjin memang sedap... xde gegar and lebih ringan. Pomen tuh puji enjin aku bersih sebab aku jage minyak hitam ( Semi Synthetic ) Shell. 

Harga yang pomen tuh mintak untuk upah pasang aku rase cam agak melampau .. RM350. Aku tak pasti ler harge market brape sebab aku takde pilihan untuk buat survey. Ape yang aku paneh hati ... check enjin aku menyala ... bile check komputer dia detect speed sensor aku ade problem. 

Puas gak pomen tuh delete data and install balik .. tak gak menjadi, akhirnya dia kate esok datang .. dia cube pakai proton punya komputer plak.

Bile aku datang esoknya .. komputer proton memang mantap .. xde wayar tuh ... HEHE ...

Proton gak yang selesaikan, yang aku hangin, aku plak kena bayar RM40 tuk servis tuh .... dia yang tak bole nak selesaikan masalah enjin aku, aku dah bayar RM350 and aku still kena bayar lagi kat proton ?? Cilakak tol. Hangin aku ....

FYI .. gas aku masih problem, so, isnin aku nak kena hantar PACTO plak checking .. adehh. Banyak tol duet aku kena keluarkan .. Sedey siot. Duet tuh simpan ingat nak gi melancong bulan 2, abis gak akhirnya tuk repair keta.

Selingan :

Cylinder Head Lama

Bulatan Merah - Valves seal terbakar

According dari pomen sorang lagi, sebenarnya head ni boleh buat balik cume kos dia mahal, di jangka dalam RM500 - RM600. Nak kena buat balik valves seal dalam tuh. Tapi mase dia kol aku tak cakap camtuh.

Rupenye harge pakej RM1000 yang dia bagi aku tuh tuk buat ape jer sebenarnya ?? Adehhh.

Ni ler lumrah dunia, bile kite tengah susah ... orang akan amik kesempatan ke atas diri kite.

Kos Repair :

New Cylinder Head Campro IAFM - RM1500
Top Overhaul Set - RM260
Timing Belt Gates - RM130
Shell Semi Synthetic - RM93
Oil Filter - RM8
Air Filter - RM12
Upah - RM350
Setting Komputer - RM40

Pengalaman aku kat atas ni adelah untuk aku kongsi dengan rakan seperjuangan di luar sana, Kos yang aku paparkan sebagai panduan untuk korang bile menghadapi situasi yang sama. Aku harap korang boleh dapatkan lebih murah dari yang aku kena.

Head lame jangan lupe amik balik sebab korang masih boleh hantar repair and jual balik head tuh untuk dapatkan pulangan. Jangan bagi kat pomen, rugi korang nanti.

Kalau korang perlukan sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi aku dengan segala method yang ade. InsyaAllah, ilmu dan pengalaman adelah untuk di kongsi ... dan aku pasti akan bantu korang dengan sedaya mungkin. 



26 comments:

  1. Sgt berguna untik rujukan pemandu teksi

    ReplyDelete
  2. aku dah kena proton blm.. baru pakai 1tahun 6 bulan kedebuk gedebak 2000 itupun buat balik silinder tu bukan baru nasib,, dah la seminggu kat bengkel..nak bayar teksi, lagi tanya comfort teksi dia kata tanggung sendiri, sewa ttp jalan ... nasib 2 sedih rasa nya kena macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nasib driver teksi camnie bro. Kawan sy br pakai blm 6 bln dh kena.

      Tp buat blk head tuh memang sy x rekemen ler bro, sbb kawan sy dh 3 kali buat blk head. Dlm jangka masa 2 ke 3 bln kena lg.

      Skrg dia tukar head baru dah.

      Sy harap nasib bro x same ler ngan kawan sy tuh.

      Delete
    2. Head baru rm1500 tersgt murah. Original ke tu. Byk tmpt sy cari plg murah lau baru n ori 2400

      Delete
  3. Salam...hingga sekarang head tu masih ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam....
      Buat mase ni masih xde ape2 lg kat Head.

      Delete
  4. Salam,
    Masalah seperti yang dikongsikan di atas berlaku pada semua kenderaan teksi Proton ke?
    Ataupun berbeza-beza mengikut model sprt Saga, Waja, Exora?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan.

      Asalkan enjin campro, pasti akan terjadi.

      Baru2 ni sy ade berkongsi pendapat dengan seorang driver.
      Kenyataan beliau ialah, problem macam ni akan terjadi bila ngv kite bermasalah atau x dapat menyalurkan bahan api yg mencukupi sehingga menyebabkan valves tersebut terbakar atau bengkok.

      Masuk akal juga kerana sbelum kena, ngv sistem sy selalu ade masalah di injector. Maybe bole di jadikan punca.

      So, ape kata kite same2 pastikan yg ngv kita dalam keadaan yg baik dan injector tidak tersumbat agar ia dapat menyalurkan gas yg mencukupi pada enjin.

      Thanks

      Delete
  5. Salam,
    cylinder head rm1500 tu sekali dgn valve ke?

    ReplyDelete
  6. nak tukar cylinder head baru waja campro..agak2 kos skarang bape..?Dan boleh boss suggest skit tak?pastu lampu enjin tu asyik nyala jer..tu sensor yg Kat ekzos tu ker?

    ReplyDelete
  7. Boleh bantu saya ke mengalami masalah yg sama kena tukar cylender head pomen bagi harga rm6000 gilee wehhh

    ReplyDelete
  8. Boleh tau tak mana nak dapat benda tu aaya guna gent2 ingen campro auto dah masuk 2 bln keta dah trrsadai kat rmh coz pomen ambik kesempatan atas kesusahan kita yg letak harga gilerr utk baik pulih

    ReplyDelete
  9. Boleh tau tak mana nak dapat benda tu aaya guna gent2 ingen campro auto dah masuk 2 bln keta dah trrsadai kat rmh coz pomen ambik kesempatan atas kesusahan kita yg letak harga gilerr utk baik pulih

    ReplyDelete
  10. Boleh bantu saya ke mengalami masalah yg sama kena tukar cylender head pomen bagi harga rm6000 gilee wehhh

    ReplyDelete
  11. Boleh bantu saya ke mengalami masalah yg sama kena tukar cylender head pomen bagi harga rm6000 gilee wehhh

    ReplyDelete
  12. Boleh bantu saya ke mengalami masalah yg sama kena tukar cylender head pomen bagi harga rm6000 gilee wehhh

    ReplyDelete
  13. Thn lepas sy dah tukar head exora cps sy. Koyak rabak poket. Head yg lama masih dlm simpanan. So igt nk jual jew head lama tuh. Ada sesapa berminat x. Call/msg/whatsapp 019-3255 633

    ReplyDelete
  14. Saya baru mengalami masalah cylinder head utk gen2 cps saya. Perlu ditukar akibat timing belt terputus cuma dlm 40,000km. Akibatnye sampai ke piston takleh pkai.. Atas cadangan pomen yg merangkap sepupu dia mencadangkan cylinder head tu ditukar baru. Dan dia akan overhoul terus enjin tu.. Bukan ape.. kadang2 cylinder head 2nd yg kita dapat belum tentu elok walaupun jauh berbeza harganya dgn yg baru. Kos utk baik pulih termasuk tukar head,ganti timing belt dan tukar cluch plat baru dan minyak2 yg terapat di ruang enjin tu dah mencecah Rm4.3k. Mmg agak berdarah hidung dgn harga tu memandangkan saya cukup2 makan je.. tp utk memastikan enjin saya jadi sempurna saya terpaksa relakan jugak utk harga tu. Dan takyah risau kalau nak buat perjalanan jauh.

    ReplyDelete
  15. kat mana nak beli head baru,boleh bg no contact tak?email sy...fred5181@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Area johor maner boleh dapat head bru yew .. krte kwn head bengkok ni ... adoii

    ReplyDelete
  17. Area johor maner boleh dapat head bru yew .. krte kwn head bengkok ni ... adoii

    ReplyDelete
  18. Kos untuk o erhaul keta 3k,, baru nak bt ni,, mahal ke mcm mana,,sbb dia ckp semua pth kat dlm enjin sebab org yg guna tak cek mnyak hitam masa jalan,,,apa pendapat kawan2,,,urgent please,,, proton gen2 auto 2006,,,,pleaseee

    ReplyDelete
  19. Bulatan merah tu bukan valve seal bang..sabar la bang

    ReplyDelete
  20. Salam admin.. nak tanya block campro 1.6 dan block campro cps 1.6 sama kah??
    Cps tu system dari block kaa system dari head mintak pencerahan..

    ReplyDelete
  21. Head campro boleh potong ke

    ReplyDelete