Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 30 November 2012

Pelekat Baru Yang Perlu Ada Di Teksi

Salam,

Pada 12 Nov 2012, SPAD ( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ) telah keluarkan pekeliling untuk semua kenderaan awam untuk menampal pelekat aduan yang baru bagi menggantikan pelekat yang lama.

Kalau dulu, no aduan hanya di letakkan di belakang kenderaan, sekarang dengan dalaman skali kena tampal. Adoiii ...

Padahal memang dah ada no aduan kat dalam teksi, di bahagian tempat duduk belakang di lekatkan di cermin. Sekarang nak tambah lagi. HeHe ...

Ape kate, cadangan aku ler ... bile nak keluarkan teksi, color code teksi terus kena ade no aduan besar2 .. pastu spray skali terus. Baru puas hati. Keh Keh Keh ....

Nampak sangat ler pemandu teksi ni bermasalah, sampai nak kena letak no aduan banyak2 kat luar dalam keta supaya orang boleh buat aduan / SPAD keje relex sekarang ni sebab takde aduan ... so, dengan buat promosi camnie .. leh ler dapat tambahkan keje sket. HeHe.

Tapi kompeni pon hampeh gak, bile SPAD dah keluarkan pekeliling ... sampaikan ler kat pemandu ... ni tidak, hampeh kiteorg taktau ape.

Kat bawah ni contoh pelekat yang korang kena ade.



Saturday, 17 November 2012

Demonstrasi Aman Di Kedutaan Yahudi Amerika

Salam,

Semalam selepas solat Jumaat, ramai yang berpusu2 buat demonstrasi aman ke arah Kedutaan US di Jln Tun Razak sehingga menyebabkan kesesakkan yang melampau .. HuHuHu.

Sample Picture
Umat Islam di Malaysia menuntut agar US tidak masuk campur sekaligus menjadi tukang supply senjata kepada Israel Laknatullah untuk menjahanamkan bumi Plaestin.

Aku memang menyokong ape yang mereka lakukan walaupon aku tak dapat nak sertai disebabkan kena bertugas ... Aku ade pick up kat Double Tree Hotel jam 3pm.

Aku turun dari MEX Hway ke arah Jln Tun Razak dalam jam 210pm. Kesesakkan melampau sehingga aku terperangkap lebih 30 minit hanya untuk lari ke arah simpang masuk ke Bukit Bintang.

Kesesakkan di Jln Tun Razak Dari MEX Hway
Aku dah kelam kabut mase tuh, jam menunjukkan jam 240pm tapi aku baru sampai kat Pavilion. Aku cuba call Double Tree Hotel and mintak sambungkan ke bilik hotel yang kastemer bagi. Kastemer pulak takde no HP, so memang susah ler aku. Bole pulak no bilik salah ... adoiii, lagi nak menangis aku, rosak ler reputasi aku camni kalau aku tak sampai tepat jam yang di janjikan.

Aku tekad, walau macam mane sekali pun aku kena usaha hingga ke minit yang terakhir, Alhamdulillah ... lepas jer trafik light kat Menara Standard Chartered .. jalan dah clear dan aku sampai hotel tepat jam 3pm.

Mase aku masuk lobby, aku tengok kastemer aku dah ade situ duk menunggu kedatangan aku dengan sabarnya. 

Aku explained kat dia tentang kesesakkan yang berlaku, nasib baik dia boleh terima and lagipun aku tak lewat cuma buat dia risau jerk. HeHe.

Perjalanan berjalan lancar kerana tunjuk perasaan hanya berlaku selama 30 minit dan orang ramai dah abis bersurai cuma kesesakkan dari MEX Hway ke Jln Tun Razak jer masih belum selesai. Ntah ape punca pun aku tak pasti kerana lepas dari kedutaan Jepun aku tengok jalan dan clear.

Aku bersyukur kerana aku berjaya tunaikan tanggungjawab aku ... kalau tak, rosak ler reputasi aku nanti. HuHuHu.

Thursday, 15 November 2012

Tido Mati Dalam Kereta

SAMPLE PICTURE

Salam,

Pernahkah anak anda tido tanpa sedarkan diri dalam kereta ?? 

Pernahkan anda tinggalkan dia sendirian tido mati dalam kereta dan berkunci ??

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku yang agak mencemaskan ...

Kite sering mendengar cerita tentang car hijack ... di mana bile kite tinggalkan kereta sekejap tanpa berkunci, orang akan curi kereta kita dan secara tidak lansung akan menculik anak kita jika mereka berada di dalam semasa kita meninggalkan kenderaan yang tidak berkunci.

Di sebabkan banyak kes macam itulah aku mengajar anak aku untuk kunci & buka kereta. Memang memberansangkan ler bile anak aku memang pandai  ... malah terlebih pandai bab kunci & bukak pintu keta aku nie.

1 hari, aku tinggalkan anak aku berseorangan dalam kereta sebab aku nak pegi buat kunci pendua. Waktu tuh hujan renyai dan aku memang tak nak aku turun dari kereta, jarak antara kedai kunci dan kereta pon tak sampai beberapa meter.

Aku dengan yakin menyuruh anak aku kunci pintu dan tinggalkan dia sendirian dalam kereta dengan enjin yang masih hidup dan berhawa dingin ..

Dari jauh aku perhatikan juga kereta tuh takut kalau2 ade orang yang berniat jahat terhadap anak & kereta aku.

Bila aku dah selesai, aku pegi ke kereta dan mendapati anak aku tengah baik punya syiok tido ... sejuk ler katekan. Aku lupe yang anak aku ni jenis tido tak sedar diri. Aku ketuk tingkap, aku jerit, aku goyangkan kereta ... Hampeh, dia langsung tak sedar.... Adoiiii ...

Malu siot, tak pasal2 aku di kerumi oleh orang yang suke menyaksikan drama melayu live ... HeHeHe. Polis dan orang ramai datang membantu ... begitu juga tukang kunci yang begitu gigih untuk membantu bukak kunci keta aku.

Di sebabkan keta aku menggunakan side lock, agak sukar ler untuk di buka sehingga perlu umpil pintu keta dan jolok dawai masuk ... Abis calar balar pintu keta aku, tapi Alhamdulillah ... pintu dapat di buka dan anak aku dapat di selamatkan.

So, peringatan aku ialah ... kalau korang ade anak yang jenis tido tak sedar diri, jangan ler tinggalkan dia keseorangan ... jadikan pengalaman yang aku kongsikan ini sebagai sempadan. Aku harap perkara ini takkan berulang lagi. HeHeHe ....

Tuesday, 6 November 2012

Pemandu Teksi Mati Di Kelar


Sumber : Sinar Harian

Salam,

Lagi 1 kes bunuh yang membabitkan pemandu teksi berlaku di ibu negara semalam. 

Dari analysis aku, kebanyakkan kes rompak & bunuh yang melibatkan pemandu teksi berlaku pada sebelah malam. Maybe waktu ni amat mudah bagi mereka beroperasi ...

Aku tak pasti sama ada kes ni bermotifkan dendam atau tidak, tapi ape yang aku lihat ... berbaloikan perbuatan anda " MEMBUNUH " hanya semata mata untuk mendapatkan duet yang tak seberapa yang ada pada si pemandu. Paling tinggi pon RM200 .... Berbaloi ke ??? Hukum Gantung tuh ....

Di sebabkan terlalu banyak kes macam ni ler aku jarang memandu malam. Kalau aku jalan malam sekalipon, aku hanya amik radio kol sahaja ... lebih selamat kerana semua detail akan di rekod.

Ade setengah penumpang .. mereka takut untuk naik teksi pada sebelah malam ... Actually .. sama juga dengan kami pemandu teksi, aku takut nak amik penumpang tepi jalan pada sebelah malam ... semua tuh untuk elakkan perkara macam ni berlaku.

Inilah dunia ... apabila manusia tuh dah terdesak sangat dengan tekanan hidup di bandar yang memerlukan kos kehidupan yang tinggi .. keje2 jalan mudah ni yang di pertimbangkan.

Aku amat berharap pihak PDRM dapat selesaikan kes ni dengan segara. Supaya kejadian yang sama tidak akan berulang kembali.

InsyaAllah.

Saturday, 3 November 2012

Campro Engine Cylinder Head

Salam,

Hari ni aku nak cite pasal pengalaman aku menukar Cylinder Head Engine Campro. 

Sekarang semua teksi baru menggunakan enjin campro yang mana cylinder head nya di perbuat dari aloy and mudah bengkok manakala valves nye yang sangat halus membuatkannya mudah terbakar apabila enjin tersebut menggunakan sistem NGV.

Semua pemandu teksi yang memandu kereta menggunakan enjin campro ni memang sedia maklum berkenaan masalah ni, boleh di katakan mereka semua ni pernah mengalaminya sekurang2nya sekali, ada juga yang tak bernasib baik lebih dari itu pon ada.

Aku boleh di kategorikan bernasib baik kerana hampir 3 tahun pakai, inilah kali pertama aku kena .... so, aku redha walaupon poket aku dah koyak rabak .. KEH3.

Kenali Masalah

Mula2 aku perasan bile aku menggunakan gas, enjin aku sering mati2, aku ingatkan setting gas problem sebab sebelum ni pon aku mengalami masalah gas yang serius.

Jadi, aku amik keputusan untuk menggunakan minyak ... biasanya bile gas bermasalah, running minyak memang takde kesan ape2, tapi sebaliknya yang berlaku ... di mana pick up kereta aku takde. Kereta aku hanya boleh berjalan 50 - 60km/j sahaja. Seksa Giler ......

So, aku amik keputusan untuk hantar ke bengkel kereta sahaja sebelum aku pegi ke PATCO, sebab aku rase ni masalah enjin.

Macam2 pomen tuh check, untuk kenal pasti masalah kereta aku.

1- check plug
2- check throttle body
3- check paddle minyak

Lepas dah check semua tuh baru dia check kuasa pembakaran plug aku dengan 1 alat ntah ape pun aku tak pasti. Dari situ baru dia cakap head ade problem, ade valves yang dah terbakar.

Dia kata, pada mulanya dia tak syak head sebab, kalau head problem susah nak start, tapi keta aku senang jer nak start ... sebab tuh ler, Hampeh kan ??

Kos yang pomen bagi aku :

RM1000 - siap semua Atau

RM1250 + RM800 - Beli Head 2nd hand ( trade in ) + Siap semua

Mula2 aku pilih RM1000, sebab bagi aku boleh jimat kos sikit, mane tau lepas dia bukak head aku .... dia kata tak boleh buat balik and kena beli head. So, aku decide untuk cari sendiri barang tuh sebab aku rase harga yang dia letak ade sedikit yang tak memuaskan sebab RM1250 untuk 2nd hand head, aku rase cam tak berbaloi.

So, aku mulakan pencarian di internet .... akhirnya aku berjaya dapatkan deal yang cukop baik dari seorang seller ni AZLANSA AUTOPARTS - 0123946518. Head baru full set sealed dalam kotak dengan harga RM1500. Terbaik kan ?? sebab kedai spare part sendiri cakap dia amik dengan dealer pon tak dapat harga tuh. Camner dia leh bagi murah ?? Mane dia dapat ? Baik kite jangan amik tau ... HEHE

Campro IAFM Cylinder Head Set

Campro IAFM Cylinder Head Set

Barang baik kan ?? Dia kate dia boleh dapatkan spare parts proton dengan murah, lebih murah dari kedai spare parts ... Dia juga kate, dia ler orang yang supply untuk teksi KLIA. Terbaik Bro.

Lepas aku dah complete semua barang and pass kat pomen, aku cume tunggu siap jerk. 

Bile dah siap, Enjin memang sedap... xde gegar and lebih ringan. Pomen tuh puji enjin aku bersih sebab aku jage minyak hitam ( Semi Synthetic ) Shell. 

Harga yang pomen tuh mintak untuk upah pasang aku rase cam agak melampau .. RM350. Aku tak pasti ler harge market brape sebab aku takde pilihan untuk buat survey. Ape yang aku paneh hati ... check enjin aku menyala ... bile check komputer dia detect speed sensor aku ade problem. 

Puas gak pomen tuh delete data and install balik .. tak gak menjadi, akhirnya dia kate esok datang .. dia cube pakai proton punya komputer plak.

Bile aku datang esoknya .. komputer proton memang mantap .. xde wayar tuh ... HEHE ...

Proton gak yang selesaikan, yang aku hangin, aku plak kena bayar RM40 tuk servis tuh .... dia yang tak bole nak selesaikan masalah enjin aku, aku dah bayar RM350 and aku still kena bayar lagi kat proton ?? Cilakak tol. Hangin aku ....

FYI .. gas aku masih problem, so, isnin aku nak kena hantar PACTO plak checking .. adehh. Banyak tol duet aku kena keluarkan .. Sedey siot. Duet tuh simpan ingat nak gi melancong bulan 2, abis gak akhirnya tuk repair keta.

Selingan :

Cylinder Head Lama

Bulatan Merah - Valves seal terbakar

According dari pomen sorang lagi, sebenarnya head ni boleh buat balik cume kos dia mahal, di jangka dalam RM500 - RM600. Nak kena buat balik valves seal dalam tuh. Tapi mase dia kol aku tak cakap camtuh.

Rupenye harge pakej RM1000 yang dia bagi aku tuh tuk buat ape jer sebenarnya ?? Adehhh.

Ni ler lumrah dunia, bile kite tengah susah ... orang akan amik kesempatan ke atas diri kite.

Kos Repair :

New Cylinder Head Campro IAFM - RM1500
Top Overhaul Set - RM260
Timing Belt Gates - RM130
Shell Semi Synthetic - RM93
Oil Filter - RM8
Air Filter - RM12
Upah - RM350
Setting Komputer - RM40

Pengalaman aku kat atas ni adelah untuk aku kongsi dengan rakan seperjuangan di luar sana, Kos yang aku paparkan sebagai panduan untuk korang bile menghadapi situasi yang sama. Aku harap korang boleh dapatkan lebih murah dari yang aku kena.

Head lame jangan lupe amik balik sebab korang masih boleh hantar repair and jual balik head tuh untuk dapatkan pulangan. Jangan bagi kat pomen, rugi korang nanti.

Kalau korang perlukan sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi aku dengan segala method yang ade. InsyaAllah, ilmu dan pengalaman adelah untuk di kongsi ... dan aku pasti akan bantu korang dengan sedaya mungkin. 



Friday, 2 November 2012

AES Tangguh Perlaksanaan ??


Sumber : SINAR HARIAN

Salam,

AES tangguh ?? Perghh ... Semua hati pengguna jalan raya akan berasa lega bile bace tajuk berita ni, termasuk ler aku .. KEH3
Sape yang tak suke kalau AES di tangguhkan atau di batalkan terus, lepas ni boleh ler speeding balik ... HeHe.

Tapi korang jangan berangan dulu, AES cume di tangguhkan di 4 buah negeri sahaja yang berada di bawah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan & Kedah. So, bagi sesiapa yang menerima saman AES di 4 buah negeri tersebut tak payah ler bayar okies ... TERBAIK !!!


Info ni aku dapat dari FB, kalau betol ler info kat atas nie, baru ler betol care perlaksanaan AES yang sebenar. Ini tak, kat Malaysia ni tempat mengarut yang di pasang AES ibarat bertol2 punye nak buat duet dengan mengeluarkan saman.

Seperti yang aku penah tulis sebelum nie, AES memang 1 sistem yang benar2 akan menyusahkan kami pemandu teksi yang seharian di jalan raya ... tapi kalau AES di laksanakan seperti yang di lakukan di Amerika, aku masih boleh terima lagi.

Aku amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula perlaksanaan sistem ni yang hanya menguntungkan pihak tertentu dan bukan sebaliknya.