Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 19 October 2012

Siapa Kaki Sembelih Pelancong Sebenarnya ??

Salam,

Hari ni aku nak cerita pasal kaki sembelih pelancong asing ke Malaysia. 

Aku tergerak nak bercerita pasal bende ni sebab ramai yang post kat FB aku tentang keburukkan teksi yang aku sedia maklum. Aku tau korang just nak share, tapi tuh semua aku dah tau .... kenape keburukkan sahaja yang korang share, kebaikkan ?? Masalahnya, ade ke media paparkan kebaikkan pemandu teksi Malaysia ??

Kementerian Perlancongan pon boleh tahan gak. Memang betol korang buat kempen macam2 suruh pemandu teksi buat itu ini dengan bagi elaun untuk Duta Teksi ler ... tapi korang biarkan jugak media melaporkan bende2 buruk yang menyebabkan Malaysia di pandang buruk di mata dunia. Tak ke sengal namenye tuh ... korangkan bijak pandai, carik ler care lain untuk solve bende2 ni .. enforcement kan ade .. Adoiii ...

Korang kate pemandu teksi kaki pancung, sembelih dan macam2 lagi ... tapi, adekah anda sedar kaki sembelih pelancong ni bukan sahaja pemandu teksi ... itu yang korang nampak, tapi ni kaki sembelih care halus. 

Kat bawah ni aku paparkan 3 tempat yang same2 menyembelih pelancong untuk tatapan korang. Actually banyak lagi ... tapi aku tak boleh nak bongkarkan semua takut nanti effect pada pendapatan pemandu gak.

A Famosa Resort

Aquaria KLCC

KL Bird Park

Ni Baru 3 tempat, ade tempat lain yang mereka ni berpakat dengan pemandu teksi untuk sembelih pelancong ... di mana pemandu teksi akan earn a lot kalau kite bawak pelancong ke tempat mereka untuk di sembelih.

Lagi ape yang aku nak katekan ... pihak2 media / kementerian perlancongan sedar atau tidak .. di sebabkan tempat2 macam ni ler .. pemandu teksi akan jadi peramah dan menghidupkan industri perlancongan negara. Kami sering promote and menawarkan harga2 yang menarik untuk bawa pelancong2 ni tour Malaysia. Ade ke kami dapat bayaran untuk iklan percuma tuh ???

Memang betol, aku tak sokong benar dengan segelintir pemandu di Bukit Bintang yang sembelih pengguna dengan harga yang merepek ... tapi dah banyak kali aku katekan, pilihan di tangan anda. Kenapa korang tetap nak pilih mereka yang kaki sembelih ni kalau yang bukan kaki sembelih tuh ade. Ade lebih 36000 teksi di Lembah Klang, takkan ler korang tak bole dapat teksi yang jujur.

Dan 1 lagi aku nak katekan ... korang post2 macam2 link pasal komplen teksi kat aku buat ape ?? aku bukan penguatkuasa ... aku tak bole buat ape2. Adoiiii ...

No comments:

Post a Comment