Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Thursday, 4 October 2012

Mogok Teksi Di Bukit Bintang

Salam,

Baru2 ni aku ade bace petikan dari Bernama yang bertarikh 3 Oct 2012 yag mengatakan persatuan pemandu teksi yang menggelarkan mereka Bestari Taxi Drivers menganjurkan mogok teksi di bukit bintang bagi mengemukakan beberapa tuntutan seperti :

  • Memansuhkan sistem teksi berkupon di KLCC & Pavillion
  • Membina perhentian teksi di bukit bintang
Aku respek abis dengan pengerusi persatuan ni sebab berani melakukan sesuatu yang jarang persatuan lain lakukan. Tapi ade juga beberape perkara yang aku tak bersependapat dengan mereka.

1- Memansuhkan sistem teksi berkupon

Sistem ni memang mantap dan aku rase ianya dalam Win & Win situation. Di mana pemandu dan penumpang memperoleh kebaikkan bersama dan aku tak rasa ianya patut di hapuskan lebih2 lagi di sekitar bukit bintang.

Sistem ini dapatkan menggelakkan penumpang di perdaya atau terpaksa menaiki teksi2 kaki pancung yang berada di sekitar bukit bintang, lebih2 lagi pelancong.

Adekah persatuan Bestari Taxi Drivers boleh memberi jaminan yang selepas sistem teksi berkupon ini di mansuhkan, teksi2 yang berada di bukit bintang akan menggunakan meter ??

Kalau sekarang pon mereka yang selalu melepak di hadapan Grand Millenium Hotel tuh keje memancung pelanggan, apetah lagi bile sistem kupon di mansuhkan ... pelanggan langsung tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa di sembelih hidup2. Hehe.

Tapi mungkin ianya boleh di elakkan jika pengerusi Bestari Taxi Drivers yang mengawal sendiri anak2 buahnya dan memastikan anak2 buahnya beratur ikut Q dan menggunakan meter.

2- Membina perhentian teksi di bukit bintang

Aku yakin ape yang di maksudkan ialah di laluan antara Pavillion & Westin Hotel. 

Aku amat bersetuju dengan permintaan ini kerana laluan itu adelah main road di mana pelanggan dengan mudah boleh di dapati.

Memang betol pihak Pavillion ade menyediakan beberapa hentian teksi tetapi tempat nya tersorok dan susah untuk mendapatkan pelanggan.

Aku rase banyak pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan usaha ini kerana permintaan ini akan melibatkan banyak pihak, sebab nak strukturkan balik laluan utama di bukit bintang tuh bukan mudah. Hehe.

Walau apepun, aku amat2 bersetuju jika hentian teksi di sediakan di laluan tersebut dan semua teksi boleh Q masuk untuk ambil penumpang. Tugaskan seorang pegawai SPAD untuk sentiasa melakukan pemantauan.

Begitu juga dengan KLCC, aku harap SPAD boleh memantau teksi2 pancung yang berada di KLCC. Dan aku yakin selagi sistem teksi KLCC yang teruk itu tidak berubah, teksi2 pancung itu tetap akan berleluasa.

Berita penuh di bawah adelah dari Bernama :


No comments:

Post a Comment