Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 19 October 2012

Siapa Kaki Sembelih Pelancong Sebenarnya ??

Salam,

Hari ni aku nak cerita pasal kaki sembelih pelancong asing ke Malaysia. 

Aku tergerak nak bercerita pasal bende ni sebab ramai yang post kat FB aku tentang keburukkan teksi yang aku sedia maklum. Aku tau korang just nak share, tapi tuh semua aku dah tau .... kenape keburukkan sahaja yang korang share, kebaikkan ?? Masalahnya, ade ke media paparkan kebaikkan pemandu teksi Malaysia ??

Kementerian Perlancongan pon boleh tahan gak. Memang betol korang buat kempen macam2 suruh pemandu teksi buat itu ini dengan bagi elaun untuk Duta Teksi ler ... tapi korang biarkan jugak media melaporkan bende2 buruk yang menyebabkan Malaysia di pandang buruk di mata dunia. Tak ke sengal namenye tuh ... korangkan bijak pandai, carik ler care lain untuk solve bende2 ni .. enforcement kan ade .. Adoiii ...

Korang kate pemandu teksi kaki pancung, sembelih dan macam2 lagi ... tapi, adekah anda sedar kaki sembelih pelancong ni bukan sahaja pemandu teksi ... itu yang korang nampak, tapi ni kaki sembelih care halus. 

Kat bawah ni aku paparkan 3 tempat yang same2 menyembelih pelancong untuk tatapan korang. Actually banyak lagi ... tapi aku tak boleh nak bongkarkan semua takut nanti effect pada pendapatan pemandu gak.

A Famosa Resort

Aquaria KLCC

KL Bird Park

Ni Baru 3 tempat, ade tempat lain yang mereka ni berpakat dengan pemandu teksi untuk sembelih pelancong ... di mana pemandu teksi akan earn a lot kalau kite bawak pelancong ke tempat mereka untuk di sembelih.

Lagi ape yang aku nak katekan ... pihak2 media / kementerian perlancongan sedar atau tidak .. di sebabkan tempat2 macam ni ler .. pemandu teksi akan jadi peramah dan menghidupkan industri perlancongan negara. Kami sering promote and menawarkan harga2 yang menarik untuk bawa pelancong2 ni tour Malaysia. Ade ke kami dapat bayaran untuk iklan percuma tuh ???

Memang betol, aku tak sokong benar dengan segelintir pemandu di Bukit Bintang yang sembelih pengguna dengan harga yang merepek ... tapi dah banyak kali aku katekan, pilihan di tangan anda. Kenapa korang tetap nak pilih mereka yang kaki sembelih ni kalau yang bukan kaki sembelih tuh ade. Ade lebih 36000 teksi di Lembah Klang, takkan ler korang tak bole dapat teksi yang jujur.

Dan 1 lagi aku nak katekan ... korang post2 macam2 link pasal komplen teksi kat aku buat ape ?? aku bukan penguatkuasa ... aku tak bole buat ape2. Adoiiii ...

Saturday, 13 October 2012

Malaysian Motor GP 19 Oct - 21 Oct 2012


BOOK YOUR TAXI WITH US
1 Way - RM80 nett
2 Way - RM150 nett
Terms & Conditions : 
  • U need to confirm time to pick up ( Go & Return )
  • Charges included tol and booking
  • Waiting charges rm30 per hour.

Salam,

Bila setiap kali Litar Sepang buat function, ianya adalah salah satu cara kita pemandu teksi nak tambahkan pendapatan. INGAT .. tambah pendapatan, bukan AMBIL kesempatan.

Tumpuan utama pastilah di sekitar bukit bintang. Pasti ramai orang akan tinggal di hotel2 sekitar Kuala Lumpur sebagai pilihan untuk penginapan dan aktiviti lain selepas ke litar sepang. So, pemandu2 teksi di sekitar Kuala Lumpur kena lah pandai untuk promote diri untuk bawa penumpang ke sana.

Aku cuma berharap agar pemandu2 teksi di sekitar Kuala Lumpur tidak akan ambil kesempatan yang melampau sehingga mencemarkan name baik pemandu teksi Malaysia sudah ler.

Pendapat aku ler, Tourism Malaysia kan dah form Duta Teksi, kenape pihak Tourism Malaysia tak nak amik job ni sebagai official partner pada Motor GP kali ni dan beri keutamaan kepada ahli2 Duta Teksi. So, baru ler ahli2 yang register sebagai Duta Teksi ni rase di hargai. Hehe ...

Kalau Tourism Malaysia buat camnie, Sape yang untung ?? Duta Teksi. Sape yang dapat name ?? Tourism Malaysia. So, lepas ni orang akan label pemandu teksi negara mana ?? MALAYSIA ...

HeheHe.


Wednesday, 10 October 2012

7 Agensi Melakukan Penguatkuasaan Bersama

Salam,

Berita hari ni memang mengejutkan aku .. 7 agensi nak buat sekatan jalan bersama. Hehe, brape banyak agaknya anggota yang akan di letakkan mase sekatan jalan tuh nanti ekk ??

Mesti ramai giler, tapi aku nampak sekatan jalan kali ni macam lebih kepada pengangkutan awam. Huhuu .... Asyik2 pengangkutan awam, jahat sangat ke kiteorg ni ?? sampai nak kena 7 agensi skali datang untuk buat sekatan jalan. Keh3.

Bile pemandu teksi buat salah, bagai nak giler pihak media war2 kan dalam tv & surat khabar. Tapi biler pemandu teksi kena bunuh baru2 ni, artikel kecik jerk. Bile pemandu teksi kena tipu dengan kedai tayar, langsung takde berita atau tindakkan. Bile pemandu teksi tukar voucher pada cash ... bagai nak giler media pong pang sane sini.

Aku tak kesah ler berape banyak sekali pun agensi nak terlibat, tapi jalankan ler tanggungjawab anda sebaiknya. Jangan korang buat sekatan jalan pada tempat yang tak sepatutnya sehingga menimbulkan kesesakkan yang melampau sudah ler. Hehehe

Keratan Berita Dari MStar Online :


Saturday, 6 October 2012

63,558 Kenderaan Masuk Perangkap AES

Salam,

Perghh ... Lebih 60 ribu kebderaan masuk perangkap AES sejak 23 September 2012 bile sistem ni mula di kuatkuasakan. 

Giler kentang siot, siapa lah yang bernasib baik sangat tuh ... adekah kite tergolong dalam jumlah yang tertera tuh ?? Keh3, koyak rabak ler poket korang lepas nie. Haha.

Contoh gambar camera AES ade kat bawah, besar gak camera tuh ... takde ler terserok, Hehe. Kalau dah nampak, ape lagi ... pecut ler laju2 lagi. Huhuuuu

Sekarang pihak JPJ tengah semak semula kesalahan2 yang telah di rakam sebelum menghantar "surat cinta" pada korang semua yang bernasib baik. So, banyak2 ler kite berdoa agar kite tak tergolong dalam angka yang tertera.

Berita penuh dari KOSMO Online :



Laluan Baru Ke Putrajaya & Shah Alam Melalui LDP

Salam,

Akhirnya, laluan baru menuju ke putrajaya & shah alam akan di buka, penantian pengguna LDP selama ni akan berakhir.

Laluan tuh akan di buka hari ni, tak tau ler macam mana nanti, adekah laluan tuh dapat mengatasi kesesakkan melampau selama ni di waktu puncak atau tidak. Marilah kite sama2 gunakannya nanti dan beri komen okies.

Tapi aku rase macam tak banyak berubah cuma plaza tol di bahagi kepada 2, dan ape yang aku tau sebelum ni diaorg ade buat flyover baru, tapi aku belum penah lalu lagi ler, Keh3 ... dah name pon bukak ari ni. Adehh

Berita penuh dari KOSMO online :



Belok Kiri Tak Salah Jika Langgar Lampu Merah


Salam,

 "Belok kiri walaupon lampu merah", Undang2 baru yang telah di laksanakan di ibukota Kuala Lumpur. DBKL juga telah memasang beberapa papan tanda tertulis "Belok kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki". 1 inisiatif yang bagus di lakukan oleh pihak berkuasa.

Tapi korang kena ingat, bukan semua tempat okies, hanya untuk beberapa jalan utama di sekitar kuala lumpur sahaja. Keh3. Jangan pulak semua laluan korang blasah belok ke kiri tanpa rasa bersalah. Hehe.

Papan tanda ni biasanya korang boleh jumpe kat Putrajaya, tapi yang berbeza ialah, papan tanda di putrajaya tertulis "Belok kiri jika tiada kenderaan" itu sahaja, kalau ade pejalan kaki korang boleh sondol jer, nanti dapat point boleh redeem kat JPJ. Keh3.

Soklan bodow aku ialah, ianya undang2 yang di tetapkan oleh DBKL, jika JPJ / PDRM nampak korang belok kiri mase lampu merah, korang tetap akan di saman ke ?? 

Jawapan aku : Ikut nasib ler bro. Keh3.

Sebab dalam petikan berita penuh di bawah tidak pulak menyatakan bahawa pihak berkuasa lain seperti PDRM & JPJ bersetuju dengan peraturan itu. Haha.

Sori kay, ni cume andaian aku ... 

Berita penuh dari KOMSO bertarikh 5 Oct 2012 :



Thursday, 4 October 2012

Mogok Teksi Di Bukit Bintang

Salam,

Baru2 ni aku ade bace petikan dari Bernama yang bertarikh 3 Oct 2012 yag mengatakan persatuan pemandu teksi yang menggelarkan mereka Bestari Taxi Drivers menganjurkan mogok teksi di bukit bintang bagi mengemukakan beberapa tuntutan seperti :

  • Memansuhkan sistem teksi berkupon di KLCC & Pavillion
  • Membina perhentian teksi di bukit bintang
Aku respek abis dengan pengerusi persatuan ni sebab berani melakukan sesuatu yang jarang persatuan lain lakukan. Tapi ade juga beberape perkara yang aku tak bersependapat dengan mereka.

1- Memansuhkan sistem teksi berkupon

Sistem ni memang mantap dan aku rase ianya dalam Win & Win situation. Di mana pemandu dan penumpang memperoleh kebaikkan bersama dan aku tak rasa ianya patut di hapuskan lebih2 lagi di sekitar bukit bintang.

Sistem ini dapatkan menggelakkan penumpang di perdaya atau terpaksa menaiki teksi2 kaki pancung yang berada di sekitar bukit bintang, lebih2 lagi pelancong.

Adekah persatuan Bestari Taxi Drivers boleh memberi jaminan yang selepas sistem teksi berkupon ini di mansuhkan, teksi2 yang berada di bukit bintang akan menggunakan meter ??

Kalau sekarang pon mereka yang selalu melepak di hadapan Grand Millenium Hotel tuh keje memancung pelanggan, apetah lagi bile sistem kupon di mansuhkan ... pelanggan langsung tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa di sembelih hidup2. Hehe.

Tapi mungkin ianya boleh di elakkan jika pengerusi Bestari Taxi Drivers yang mengawal sendiri anak2 buahnya dan memastikan anak2 buahnya beratur ikut Q dan menggunakan meter.

2- Membina perhentian teksi di bukit bintang

Aku yakin ape yang di maksudkan ialah di laluan antara Pavillion & Westin Hotel. 

Aku amat bersetuju dengan permintaan ini kerana laluan itu adelah main road di mana pelanggan dengan mudah boleh di dapati.

Memang betol pihak Pavillion ade menyediakan beberapa hentian teksi tetapi tempat nya tersorok dan susah untuk mendapatkan pelanggan.

Aku rase banyak pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan usaha ini kerana permintaan ini akan melibatkan banyak pihak, sebab nak strukturkan balik laluan utama di bukit bintang tuh bukan mudah. Hehe.

Walau apepun, aku amat2 bersetuju jika hentian teksi di sediakan di laluan tersebut dan semua teksi boleh Q masuk untuk ambil penumpang. Tugaskan seorang pegawai SPAD untuk sentiasa melakukan pemantauan.

Begitu juga dengan KLCC, aku harap SPAD boleh memantau teksi2 pancung yang berada di KLCC. Dan aku yakin selagi sistem teksi KLCC yang teruk itu tidak berubah, teksi2 pancung itu tetap akan berleluasa.

Berita penuh di bawah adelah dari Bernama :


Wednesday, 3 October 2012

Stesen LRT Kelana Jaya Lewat Beroperasi

Salam,

Aku dapat berita agak lewat yang menyatakan Kelana Jaya LRT station akan mula beroperasi pada ja 8am dan tutup pada jam 11pm bermula dari 6 Oct 2012 sehingga 9 Dec 2012 bagi memberi laluan kerja2 penambahbaikkan station tersebut.

Aku rase bende ni macam good news gak ler untuk semua pemandu teksi sebab, kalau LRT bermasalah, tinggal Bas & Teksi sahaja ler pilihan pengguna di Kelana Jaya untuk ke pusat bandaraya. So, pemandu2 teksi jangan pulak ambil kesempatan ni dengan meletakkan syarat / harga yang bukan2 pulak. Hehe.

Tapi ade juga bende yang bermain dalam pikiran aku. Kalau mase LRT ade sekalipon tak ramai teksi yang nak ke pusat bandar waktu pagi2 yang mane tengah sesak teruk kat LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong ) tuh, inikan pula kalau permintaan ramai sempena LRT kelana jaya beroperasi lewat. Cume yang aku risaukan kaki sembelih ni akan lebih tersenyum ler. Huhuu.

Aku amat berharap agar pihak berkuasa dapat memantau keadaan ni, walaupon pada mase sekarang ni kaki2 sembelih ni memang beroperasi kat Kelana Jaya Station tanpa di ganggu oleh pihak berkuasa. Pelik kan, adekah SPAD tak menjalankan tugas atau takde orang yang buat aduan ???

Berita penuh di petik dari Mstar Online.