Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 29 September 2012

Panduan Membeli Teksi Budget Lembah Klang

Salam,

Hari ni aku tergerak hati untuk berkongsi pengalaman bagaimana nak membeli teksi budget lembah klang dengan korang semua. Ramai juga yang menghubungi aku dan mintak panduan, kadang2 dalam phone susah sikit nak bercakap sebab aku tengah bawak orang ... so, hari ni aku sediakan semua panduan berdasarkan pengalaman aku untuk tatapan korang semua.

Sebelum membeli teksi, aku anggap korang semua dah lengkap dengan lesen memandu semua.

Soalan lazim :


  • Kompeni mane yang bagus ?
  • Kereta ape yang bagus ?
  • Bole ke gunekan bantuan Baitumal ?


Kompeni mane yang bagus ?

Kalau korang tanye aku soklan ni, aku pon susah nak jawab coz bagi aku semua kompeni HAMPEH !!! Korang sepatutnya listkan mane kompeni yang bermain dalam pemikiran korang and aku boleh tolong korang choose.

Kat sini aku nak cerita serba sedikit tentang kompeni teksi. Ade banyak kompeni teksi dalam lembah klang nie. Aku cadangkan korang pilih betol2 dan dapatkan harga kereta bagi setiap kompeni dulu sebelum buat keputusan.

Setiap kompeni biasanya akan bagi harga yang berbeza, ade setengah kompeni korang boleh hutang dulu deposit dan ade setengah kompeni memang straight abis dan mahal giler. Kat bawah ni aku ceritakan serba sedikit beberape kompeni.

Publiccab
Kompeni ni memang straight, kebajikan teruk, harge keta mahal cume yang bagus tentang kompeni ni ialah warna keta dia cantik and radio service dia banyak alamat walaupon service radio dia selalu masalah & rosak. Kalau eksiden lagi teruk, korang kena langgar pon masalah sebab ... nak dapat bayaran balik untuk pampasan tuh makan bertahun. Memang aku tak rekemen walaupon aku sendiri dah terlajak membeli kereta di sini.

Sunlight
Aku tak berape tahu sangat tentang kompeni ni, tapi dari ape yang aku dengar kompeni ni bagus dari segi kebajikan pemandu. Radio service ok, cume sekarang diaorg gune sistem GPS. Antara pesaing terdekat Publiccab

Uptownace
JANGAN amik kereta dengan kompeni ni kalau korang nak main radio kol. Sebab kalau korang beli kereta dengan kompeni ni, korang tak bole masuk radio kol publiccab / sunlight. Tapi aku dengar harga teksi yang di tawarkan memang murah.

Marlis Corp
Kompeni melayu. Macam biasa .. slow sikit, baik untuk orang yang suke lambat bayar sebab, kalau korang tangguh 2 bulan punya bayaran pon diaorg tak tarik. Cuti pon lebih dari kompeni lain, 1 hari jer kot. Keh3.

Kat atas ni beberape syarikat teksi yang aku listkan ... masih ade banyak lagi syarikat di luar sane yang bagus, cume korang kena pandai pilih.

Pastikan sebelum korang beli, korang ade kawan yang dah beli teksi kat syarikat tersebut sebab jika kawan anda rekemen, nanti dia boleh amik komisyen RM500 setiap biji ( bergantung pada syarat ), so korang bole lah bahagi duet tuh. Ade juga duet sket.

Aku rekemen korang amik syarikat yang takde radio service sebab korang boleh masuk mane2 radio service dari syarikat lain kat teksi korang nanti. So, korang ade banyak pilihan.

Sebelum amik teksi, tanye dulu kompeni tersebut memasang METER teksi dari kompeni mane. JANGAN sesekali amik kereta yang memasang meter teksi di kompeni yang beroperasi di Jalan Ipoh Batu 5. Orang biasa panggil Ah So Jln Ipoh. Kalau korang amik juga, jawapannya tiap2 tahun korang kena sediakan RM300 untuk repair meter tuh. Sebab Ah So tuh dah set kat meter tuh, setiap kali nak Puspakom meter akan jadi giler dan korang kena bayar dia untuk service. So, JANGAN sesekali okies.

Kereta ape yang bagus ?

Kalau ni soklan korang, Jawapan aku adelah ISWARA. Kereta ni memang tahan lasak and spare part murah. Sayang sekali dah tak keluar untuk buat teksi.

Sekarang korang ade pilihan 

  • Saga BLM
  • Waja
  • Pesona
  • Exora
Saga BLM adelah pilihan paling murah sebab menggunakan tayar bersaiz 13". Jimat sikit ler. Tapi kecik .... Hmmm, korang pikir ler sendiri kay.

Pesona dengan Waja same harge, pelik kan. Tapi aku lebih rekemen korang amik waja dari pesona sebab Waja interior lebih cantik dari pesona.

Exora memang besar tapi harge sewaan mahal.

Kalau korang nak beli, pastikan kemampuan korang dulu. Jangan beli kereta yang sewanya lebih dari RM50 ke atas sebab ianya agak membebankan. Memang kadang2 korang ingat bayar lebih, hutang lebih cepat habis tapi ianya akan membebankan korang bile tiba mase korang nak bercuti / sakit nanti. So, kalau bole belilah kereta yang bayaran dia rendah supaya korang tak rase beban untuk membayar nanti.

Bole ke gune bantuan Bailtumal ?

Dah name Baitumal, mesti ler kena beli dengan kompeni melayu Islam. Contoh kompeni melayu ialah Marlis Corp & Inovasi Timur.

Korang boleh deal dengan kompeni tuh kalau korang nak mohon bantuan Baitumal.

Kalau korang dah bace and masih tak paham atau masih perlukan jawapan bagi setiap persoalan yang masih tak terjawab, korang bole kol aku / email ape2 sahaja ler janji JANGAN SMS. Hehe.

Kalau Bos Publiccab bace statement aku kat atas, ko kena terima ler hakikat yang kompeni korang memang berkebajikan TERUK. Tak puas hati ? kol aku. Aku leh cerita A - Z. Aku menyesal beli kereta kat kompeni ko.

No comments:

Post a Comment