Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 4 August 2012

Kesan AES ( Automated Enforcement System ) Kepada Pemandu

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju akan mula dilaksanakan di seluruh negara 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES kini dalam proses percubaan dan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti, sistem tersebut akan digunakan sepenuhnya sebagai langkah penguatkuasaan.
Jelasnya, AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bukan sahaja bagi mengesan pemandu laju, tetapi juga bagi mengesan pemandu yang melanggar lampu isyarat.
"Sebanyak 831 kamera akan dipasang bagi memantau keadaan trafik dengan 566 dipasang bagi tujuan mengesan pemanduan laju dan 265 kamera dipasang di lampu-lampu isyarat bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah.
"Kamera ini dipasang di 831 lokasi kemalangan maut di sepanjang lebuh raya, jalan negeri dan Persekutuan yang telah dikenal pasti," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-14 2012 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, di sini hari ini.
Jelasnya, AES merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem penguatkuasaan secara manual.
Menurutnya, kira-kira 24,000 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak mampu menjalankan penguatkuasaan terhadap lebih 22 juta kenderaan yang terdapat di negara ini ketika ini.
Dalam pada itu, menurut Abdul Rahim, 60 peratus daripada kadar kemalangan maut pada tahun lalu adalah melibatkan penunggang motosikal.
"Sebanyak 6,877 kematian jalan raya dicatatkan pada tahun lepas dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari dengan 11 daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya.
Malah, jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 2,779 kematian dicatatkan melibatkan golongan itu. - Utusan Online



Pada 12/8/2012 kerajaan akan melaksanakan sistem AES ni untuk mengesan pemandu yang memandu dengan laju, memotong barisan, langgar lampu merah dan sebagainya.


Dulu saman ekor telah pon di mansuhkan, jadi bagaimana pula dengan AES ?? bukan ke ianya same dengan saman ekor ??


Tapi tuh tak penting, dengan perlaksanaan sistem ni dengan menyeluruh, apekah kesan yang akan di lalui oleh pemandu ?? Lebih2 lagi pemandu teksi yang kerjanya sepenuh masa di atas jalan raya.


Setiap pekerja pasti akan melakukan kesilapan ... bile diaorg buat silap, bos mereka akan menegur. Tapi lain pula buat pemandu teksi selepas ni ... jika mereka buat silap bukan nye dapat teguran tapi dapat saman. Kalau 1 saman RM300 ... rase2 dalam sebulan berapa saman bagi seorang pemandu teksi akan dapat ???


Kite cerita pula 1 minggu akan dapat 1 saman. Dalam sebulan bersamaan dengan 4 saman. 4 x RM300 = RM1200. Pendapatan yang biasa aku buat tiap2 bulan RM4500.


Sewa Teksi = RM1500
Saman = RM1200
Baki = RM1800


RM1800 = Perbelanjaan
1- Baik pulih kenderaan
2- Bil Api, Air, Telefon, Internet
3- Rumah
4- Makan Minum Keluarga
5- Kelengkapan Anak2


Adehh .. cukop ke nih ?? adoiiyaii.


Pasti kerajaan akan kata, kalau tak nak kena saman ... jangan lakukan kesalahan. Kami ni manusia, pasti akan sering lakukan kesilapan. Bende yang aku tak penah lakukan pon aku kena saman sampai RM600 oleh JPJ, inikan pula saman ekor camnie. adehhh.


Makin lame, makin susah ler nak carik makan. Keadaan sekarang pon dah sesak2, bile dah laksanakan sistem ni, makin sesak ler. Diaorang ni tak penah pikir ker yang kiteorg ni carik duet bukan senang. Adehhh.


Nampak gayanya ... kerjaya bawak teksi ni bukanlah lagi satu kerjaya yang menjamin lepas nie. Kalau dah semua duet poket akan di salurkan ke kerajaan semata2 untuk bayar saman. Memang kopak & sengkek ler pemandu teksi lepas nie.

No comments:

Post a Comment