Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 31 August 2012

Kedai Tayar Ambil Kesempatan Ke Atas Pemandu Teksi

Salam,

Dalam post aku sebelum ni, aku dah tulis yang aku menjangkakan penipuan bakal berlaku antara Kedai Tayar dan Pemandu Teksi yang datang untuk menukar baucar TR1Ma.

Keluhan dari sahabat2 aku akan aku paparkan beserta bukti dalam posting ni. Aku amat berharap akan pihak berkuasa dapat ambil tindakkan ke atas kedai tayar yang mengambil kesempatan ke atas pemandu yang tidak tahu menahu mengenai ape yang telah di tetapkan oleh SPAD. Jika sebelum ni SPAD mengeluarkan kenyataan di mana pemandu teksi akan di kenakan tindakkan jika di dapati bersalah menukarkan baucar kepada tunai ... bagaimana pula jika kedai tayar menukar dari jenis tayar yang telah di tetapkan kepada jenis tayar yang lain ??


Di atas ni adelah senarai harge yang telah di keluarkan oleh SPAD kepada pembekal tayar yang telah di pilih. Anda perhatikan bulatan merah di atas. Harga tayar untuk GY Duraplus ialah RM145 untuk jenis tayar 13".


Walaupon berharga RM145 untuk Duraplus aku dah rase mahal sebab aku boleh dapat dengan harga RM135 kat Danau Kota, tapi aku terima sebab kedai ni mematuhi ape yang telah di tetapkan oleh SPAD.

Cuba korang tengok pula resit kedai & gambar tayar di bawah :


Alamat Kedai Penipu : TOP Speed Auto Care Sdn Bhd. No 1 Jalan SS5B/6, Kelana Jaya


Ducaro GA ??? bukan ke SPAD dah kuarkan arahan bayaran RM145 adelah untuk tayar Duraplus nape plak di ganti dengan Ducaro ?? Alasan kedai di atas katenya takde stok untuk Duraplus. Tapi kenape harga tayar Duraplus yang di kenakan kepada pemandu ??

Korang pasti akan cakap " alaa.... tayar jer kot, same jer ". Sori kay, jenis2 tayar semua tak sama. Duraplus ketahanan dia boleh sampai ke 100k KM dan Ducaro GA boleh sampai ke 80k KM. Pengendalian tayar pun berbeza, so kenape harga tidak berbeza ??

Aku boleh terima kalau kedai bagi alasan takde stok untuk tayar Duraplus tapi harga tak boleh lah sama macam Duraplus, ianya patut lebih murah dari itu.

Kalau sebelum ni SPAD keluarkan kenyataan akan mengabil tindakkan terhadap pemandu yang menukarkan baucar kepada tunai ... bagaimana pula jika pembekal menukarkan tayar dari Duraplus ke Ducaro GA ?? Takkan takde ape2 tindakkan kot ??

Perkara ni bukan terjadi kat 1 kedai jer, Ade sorang lagi pemandu pun mengadu perkara yang sama di kedai tayar Shah Alam ... nanti aku cube dapatkan resit pembelian.

Masalah sekarang ialah pemandu tidak mempunyai pilihan untuk menukar kedai mana yang patut di pilih sebab ianya telah di tetapkan di baucar yang telah di beri


Kod pembekal telah di tandakan di baucar dan tidak boleh di tukar ... kalau kod pembekal tidak di nyatakan, pasti pemandu mempunyai pilihan untuk memilih pembekal yang mematuhi perjanjian yang telah di tetapkan.

Aku amat berharap akan pihak berwajib dapat menjelaskan dan mengambil tindakkan ke atas pembekal yang melanggar perjanjian yang telah di tetapkan.

No comments:

Post a Comment