Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Friday, 31 August 2012

Kedai Tayar Ambil Kesempatan Ke Atas Pemandu Teksi

Salam,

Dalam post aku sebelum ni, aku dah tulis yang aku menjangkakan penipuan bakal berlaku antara Kedai Tayar dan Pemandu Teksi yang datang untuk menukar baucar TR1Ma.

Keluhan dari sahabat2 aku akan aku paparkan beserta bukti dalam posting ni. Aku amat berharap akan pihak berkuasa dapat ambil tindakkan ke atas kedai tayar yang mengambil kesempatan ke atas pemandu yang tidak tahu menahu mengenai ape yang telah di tetapkan oleh SPAD. Jika sebelum ni SPAD mengeluarkan kenyataan di mana pemandu teksi akan di kenakan tindakkan jika di dapati bersalah menukarkan baucar kepada tunai ... bagaimana pula jika kedai tayar menukar dari jenis tayar yang telah di tetapkan kepada jenis tayar yang lain ??


Di atas ni adelah senarai harge yang telah di keluarkan oleh SPAD kepada pembekal tayar yang telah di pilih. Anda perhatikan bulatan merah di atas. Harga tayar untuk GY Duraplus ialah RM145 untuk jenis tayar 13".


Walaupon berharga RM145 untuk Duraplus aku dah rase mahal sebab aku boleh dapat dengan harga RM135 kat Danau Kota, tapi aku terima sebab kedai ni mematuhi ape yang telah di tetapkan oleh SPAD.

Cuba korang tengok pula resit kedai & gambar tayar di bawah :


Alamat Kedai Penipu : TOP Speed Auto Care Sdn Bhd. No 1 Jalan SS5B/6, Kelana Jaya


Ducaro GA ??? bukan ke SPAD dah kuarkan arahan bayaran RM145 adelah untuk tayar Duraplus nape plak di ganti dengan Ducaro ?? Alasan kedai di atas katenya takde stok untuk Duraplus. Tapi kenape harga tayar Duraplus yang di kenakan kepada pemandu ??

Korang pasti akan cakap " alaa.... tayar jer kot, same jer ". Sori kay, jenis2 tayar semua tak sama. Duraplus ketahanan dia boleh sampai ke 100k KM dan Ducaro GA boleh sampai ke 80k KM. Pengendalian tayar pun berbeza, so kenape harga tidak berbeza ??

Aku boleh terima kalau kedai bagi alasan takde stok untuk tayar Duraplus tapi harga tak boleh lah sama macam Duraplus, ianya patut lebih murah dari itu.

Kalau sebelum ni SPAD keluarkan kenyataan akan mengabil tindakkan terhadap pemandu yang menukarkan baucar kepada tunai ... bagaimana pula jika pembekal menukarkan tayar dari Duraplus ke Ducaro GA ?? Takkan takde ape2 tindakkan kot ??

Perkara ni bukan terjadi kat 1 kedai jer, Ade sorang lagi pemandu pun mengadu perkara yang sama di kedai tayar Shah Alam ... nanti aku cube dapatkan resit pembelian.

Masalah sekarang ialah pemandu tidak mempunyai pilihan untuk menukar kedai mana yang patut di pilih sebab ianya telah di tetapkan di baucar yang telah di beri


Kod pembekal telah di tandakan di baucar dan tidak boleh di tukar ... kalau kod pembekal tidak di nyatakan, pasti pemandu mempunyai pilihan untuk memilih pembekal yang mematuhi perjanjian yang telah di tetapkan.

Aku amat berharap akan pihak berwajib dapat menjelaskan dan mengambil tindakkan ke atas pembekal yang melanggar perjanjian yang telah di tetapkan.

Thursday, 9 August 2012

Senarai Lokasi Kamera AES Yang Telah Di Pasang

Salam,

List kat bawah ni aku dapat dari member2 di FB, sekadar nak berkongsi dengan sahabat semua tempat2 yang telah di pasang kamera AES yang mane boleh mengesan had laju kenderaan anda secara automatik.


PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

Boleh tahan banyak jugak kan ... adehh. Boleh ke nak ingat semua lokasi nie ?? adoiii. Kalau korang speeding dari KL ke Ipoh untuk balik raye nanti ... rase2 ler, brape banyak surat saman yang korang akan trime ?? Hehee ... Siap sedia ler kay. Kerajaan dah bersedia nak mintak duet raye kat korang semua.

Aku benar2 tak berpuas hati dengan ape yang kerajaan lakukan, kerana ianya bukan menimbulkan kesedaran buat pemandu tetapi akan membuat semua pemandu menjadi papa kedana hanya untuk membayar saman.

Bukan BN / PR yang aku nak salahkan .... tapi kerajaan yang meluluskan sistem nie. Sekarang ni BN yang meluluskan sistem yang menjahanamkan rakyat ... andai kata PR menang PRU 13 nanti dan ianya masih di teruskan ... aku akan menyalahkan juga PR jika ianya tidak di hentikan serta merta. 

Aku harap sahabat2 sekalian memandu lah dengan lebih berhati hati .... kalau tergadai nyawa takper sebab terlepas segala seksa dunia ... kalau terkena saman ... hehe, terima ler azab nak membayar nanti. Keh3.

Wednesday, 8 August 2012

Ujian Di Bulan Puasa

Salam Semua,

Hari ni aku nak bercerita pasal ujian di bulan Ramadhan.

Seperti tahun2 sebelum nie, bulan puasa adelah yang paling menguji kesabaran pemandu teksi kerana pada waktu ni penumpang memang kurang dengan cuaca yang panas ... nak dapat RM100 pon bukan senang. Hehe.

Tapi alhamdulillah, tahun ni ujian aku tak ler seperti tahun2 sebelum ni kerana kestabilan aku sebagai pemandu teksi yang berjaya .. ecehh .. ade ler booking yang masuk di beri oleh regular customer aku .. di tambah pula rezeki tahun ni tak ler seperti tahun lepas yang susah nak amik 1 kol pon.

Tapi bile dah nak dekat raye ni mula ler pikir macam2, banyak benda yang tak beli lagi ... bil2 yang nak kena bayar dengan keadaan teksi yang bunyik2 .. adoiiii, kusut pale aku.

Tahun lepas ... mase aku hadapi waktu2 camnie, Allah menguji aku bile ade penumpang yang berbangsa India  yang aku amik tepi jalan tertinggal beg tangan dia.

Pada mulanya memang aku tak perasan, bile aku dah turunkan dia dengan family dia kat kl sentral .. aku amik 1 kol dari Sri Putramas ke Subang Jaya. Bile dah sampai Subang baru penumpang aku tuh bagitau ade beg kat blakang ... adehhh .. panik kejap aku.

Aku park kereta jauh sedikit and aku selongkar beg tangan tuh. Ade handphone, camera tunai lebih dari RM500 dan macam2 lagi ler. Mase tuh macam2 bermain dalam pale otak aku, aku kol kengkawan ... ade yang kate suruh amik / ade gak yang suruh pulangkan ... dan akhirnya, aku bergegas ke KL Sentral untuk carik penumpang tuh.

Sampai kat sane, dia tengah menangis sebab ade pasport lam beg tuh ... camner dia nak terbang balik India kalau takde pasport. Bile aku datang serahkan beg tuh, punya ler gembira dia sambil kate aku ler tuhan penyelamat dia ... keh3, lawak dowh ... pastu dia bagi aku RM50 tanda saguhati. Alhamdulillah, aku berjaya melawan godaan nafsu aku waktu tuh walaupon aku dalam keadaan amat memerlukan duet. Bile dia sampai India pon dia kol aku lagi ucap terima kasih ... hehe .. bes kan bile kite berbuat baik. Ahaks.

Tahun nie ... bile aku tengah duk mengeluh pasal duet. Tetiba bini aku BBM bagitau yang En Naza ade bank in RM1000 baki duet komisyen yang masih lagi tinggal RM2500 sebelum nie. Alhamdulillah, sekurang2 nya dapat ler jugak duet tuh membantu kami sekeluarga beraya tahun nie. 

Itulah ... di saat kite susah dan mengeluh .. Allah sentiasa prihatin dan mendengar dan akan sentiasa membantu hambaNya.... ape yang perlu kite lakukan hanyalah berusaha. InsyaAllah .. pasti ada jalan.

Saturday, 4 August 2012

Kesan AES ( Automated Enforcement System ) Kepada Pemandu

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju akan mula dilaksanakan di seluruh negara 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES kini dalam proses percubaan dan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti, sistem tersebut akan digunakan sepenuhnya sebagai langkah penguatkuasaan.
Jelasnya, AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bukan sahaja bagi mengesan pemandu laju, tetapi juga bagi mengesan pemandu yang melanggar lampu isyarat.
"Sebanyak 831 kamera akan dipasang bagi memantau keadaan trafik dengan 566 dipasang bagi tujuan mengesan pemanduan laju dan 265 kamera dipasang di lampu-lampu isyarat bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah.
"Kamera ini dipasang di 831 lokasi kemalangan maut di sepanjang lebuh raya, jalan negeri dan Persekutuan yang telah dikenal pasti," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-14 2012 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, di sini hari ini.
Jelasnya, AES merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem penguatkuasaan secara manual.
Menurutnya, kira-kira 24,000 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak mampu menjalankan penguatkuasaan terhadap lebih 22 juta kenderaan yang terdapat di negara ini ketika ini.
Dalam pada itu, menurut Abdul Rahim, 60 peratus daripada kadar kemalangan maut pada tahun lalu adalah melibatkan penunggang motosikal.
"Sebanyak 6,877 kematian jalan raya dicatatkan pada tahun lepas dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari dengan 11 daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya.
Malah, jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 2,779 kematian dicatatkan melibatkan golongan itu. - Utusan Online



Pada 12/8/2012 kerajaan akan melaksanakan sistem AES ni untuk mengesan pemandu yang memandu dengan laju, memotong barisan, langgar lampu merah dan sebagainya.


Dulu saman ekor telah pon di mansuhkan, jadi bagaimana pula dengan AES ?? bukan ke ianya same dengan saman ekor ??


Tapi tuh tak penting, dengan perlaksanaan sistem ni dengan menyeluruh, apekah kesan yang akan di lalui oleh pemandu ?? Lebih2 lagi pemandu teksi yang kerjanya sepenuh masa di atas jalan raya.


Setiap pekerja pasti akan melakukan kesilapan ... bile diaorg buat silap, bos mereka akan menegur. Tapi lain pula buat pemandu teksi selepas ni ... jika mereka buat silap bukan nye dapat teguran tapi dapat saman. Kalau 1 saman RM300 ... rase2 dalam sebulan berapa saman bagi seorang pemandu teksi akan dapat ???


Kite cerita pula 1 minggu akan dapat 1 saman. Dalam sebulan bersamaan dengan 4 saman. 4 x RM300 = RM1200. Pendapatan yang biasa aku buat tiap2 bulan RM4500.


Sewa Teksi = RM1500
Saman = RM1200
Baki = RM1800


RM1800 = Perbelanjaan
1- Baik pulih kenderaan
2- Bil Api, Air, Telefon, Internet
3- Rumah
4- Makan Minum Keluarga
5- Kelengkapan Anak2


Adehh .. cukop ke nih ?? adoiiyaii.


Pasti kerajaan akan kata, kalau tak nak kena saman ... jangan lakukan kesalahan. Kami ni manusia, pasti akan sering lakukan kesilapan. Bende yang aku tak penah lakukan pon aku kena saman sampai RM600 oleh JPJ, inikan pula saman ekor camnie. adehhh.


Makin lame, makin susah ler nak carik makan. Keadaan sekarang pon dah sesak2, bile dah laksanakan sistem ni, makin sesak ler. Diaorang ni tak penah pikir ker yang kiteorg ni carik duet bukan senang. Adehhh.


Nampak gayanya ... kerjaya bawak teksi ni bukanlah lagi satu kerjaya yang menjamin lepas nie. Kalau dah semua duet poket akan di salurkan ke kerajaan semata2 untuk bayar saman. Memang kopak & sengkek ler pemandu teksi lepas nie.