Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Monday, 30 July 2012

Radio Teksi & GPS ( Global Positioning System )

Salam ...


Malam ni aku nak cerita betapa pentingnya GPS ( Global Positioning System ) nie kat korang yang memandu kenderaan.


Kebanyakkan pemandu teksi sekarang telah melengkapkan kenderaan mereka dengan GPS. Ianya dapat membantu pemandu untuk mencari destinasi tempat yang hendak di tuju dengan lebih tepat. Walaupon GPS bukan 100% tepat / update semua jalan yang ada, tetapi ianya dapat membantu anda untuk mencari tempat yang  sebelum ni anda sendiri tak pernah sampai.


Kebaikkan GPS ... ianya dapat membawa anda ke lokasi tepat  ... contoh : Bangsar.


Saya yakin anda semua tahu kat mana terletaknya bangsar, tapi kalau penumpang suruh anda cari alamat Jalan Limau Kasturi ?? anda tahu kat mane ? macam mane pula kalau penumpang sendiri pun tak pernah sampai kat sane ?? mesti korang akan berpusing carik seluruh bangsar. Penumpang mesti gelisah sebab korang sesat arah tuju dan meter semakin meningkat ... Hehehe.


Baru2 ni aku keluar malam dalam jam 11pm. Operator Public Cab melaporkan alamat Lorong Taman Pantai 7 ke KLIA.


Aku berada jauh pada ketika itu, dan aku yakin mesti ada teksi yang berdekatan. Tapi bila aku dah sampai ke Kerinchi, alamat tersebut masih belum sampai .... aku pun cuba kejar. Bila aku dah lalu pondok pengawal Lorong Taman Pantai, aku nampak ade 1 teksi dari arah hadapan ... aku perlahankan dan bertanya " Dah ade orang sampai ke ?" Pemandu teksi tersebut jawab "Tak Jumpe Alamat". Aku dah jadi pelik sebab GPS aku menunjukkan ke arah di mana pemandu tuh datang tadi. Aku pon teruskan perjalanan dan nampak 1 lagi teksi pun tak jumpa cari alamat tuh. Bila GPS aku kata "Turn Left To Lorong Taman Pantai 7" aku senyum jerk. 


Rupa2nya .. Tanda jalan untuk Lorong Taman Pantai 7 telah di halang oleh sebuah van yang parking kat situ. Tuh pasal 2 orang pemandu tadi tak jumpe. Malam pulak tuh ... hehe. Maybe diaorg tak carik menggunakan GPS .. tuh pasal berpusing2 kat dalam kawasan tuh.


So, GPS telah membantu aku malam tuh untuk mencari alamat dengan tepat dan tanpa susah payah.


Kat dalam sesebuah GPS, korang boleh set untuk pilih laluan paling pendek / cepat / tanpa tol / tanpa lampu isyarat ... so, pilihan korang ler nak cepat atau dekat. 


Memang betol, kadang2 GPS akan tunjuk jalan yang jauh, tapi kalau korang tau kawasan tuh ... tak payah ler nak ikut ape yang GPS tunjukkan, hanya gunekan bile kawasan tuh langsung korang tak tau / tak penah pegi.


So, aku nak nasihatkan buat semua pemandu teksi, tak payah ler korang nak perasan diri dan expert kerna tau semua kawasan dan jalan ... GPS bukan mahal sangat, lagipon baik untuk korang semua. Lebih2 lagi buat pemandu teksi yang selalu amik radio call, kite kena carik alamat yang di lapor .. tanpa GPS, terkontang kanting ler korang kena tinggal kat belakang. Hehe ...


Contoh Garmin Nuvi 255w yang aku gunekan









Memang memuaskan hati... TERBAIKKKK !!!!!

No comments:

Post a Comment