Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Tuesday, 10 July 2012

Kesan kewujudan MRT terhadap Pemandu Teksi

Salam,


Hari ni aku nak bercerita tentang perkara yang sering bermain dalam fikiran aku baru2 ni.


MRT ( Mass Rapid Transit ) yang dalam pembinaan sekarang. Pembinaan MRT memang menguntungkan dan dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam di lembah klang.


MRT mempunyai 31 buah station di sekitar lembah klang, bermula dari Sungai Buluh hingga ke Kajang. Klik sini untuk lebih info.






Tapi aku bukan nak cerita betapa hebatnya MRT ni, tapi aku nak cerita tentang kesan yang akan menimpa pemandu teksi di akan datang.


Dengan wujudnya MRT, aku yakin pengguna teksi akan berkurangan lebih dari 50%, dengan ekonomi yang teruk sekarang nie, aku yakin org akan memilih pengangkutan yang lebih murah dan cepat berbanding teksi. Kalau dulu pemandu teksi amat mudah nak carik makan kat kawasan damansara, kerana kos dari damansara nak ke stesen LRT terdekat juga akan di kenakan bayaran tidak kurang dari RM10, lepas ni susah ler sikit ... silap2 orang jalan kaki jer ke stesen MRT. Hehe ...


Ade juga kengkawan kate mungkin orang akan pilih teksi untuk keselesaan ... tapi bagi aku mudah, murah & pantas lebih menjadi pilihan ...


Agaknya .. ini ler salah satu sebab kenape ramai pemandu teksi sekarang ni sebuk mendesak kerajaan untuk mengeluarkan permit sendiri kerana bile dah ade permit sendiri ... pendapatan akan lebih stabil berbanding dengan menyewa dengan kompeni.


Aku amat berharap agar pihak kerajaan akan mempertimbangkan permintaan kami ini kerana kewujudan MRT di akan datang akan mendatangkan kesan yang amat mendalam terhadap kami pemandu teksi, mungkin lepas ni terpaksa kerja dengan MRT pulak kot ... Hehehe ...


Ape pon, aku menyokong segala usaha pemimpin2 yang sudi berjuang untuk kami dan juga pemandu2 teksi yang tak henti2 mengeluh untuk mendapatkan permit, insyaAllah .... kalau ade rezeki nanti, kite semua akan merasa memandu teksi dengan menggunakan permit sendiri. 

No comments:

Post a Comment