Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Saturday, 7 July 2012

Betol ke pemandu teksi ni sengkek ?? susah ke cari makan ??

Salam,


Malam ni aku nak bongkar lagi kisah2 penumpang & pemandu teksi. Aku yakin perkara yang aku cerita kat bawah ni biasa korang tanya / dengar dari pemandu teksi. So, ape yang aku nak cerita sekarang ni adelah pendapat aku sendiri .... di harap takde sape yang terase.


Soalan yang biasa di tanya penumpang :
" Macam mane bang bawak teksi ?? Senang ke nak carik makan ?? "

Biasanya aku akan jawab, Alhamdulillah ... buat mase ni takde masalah. Cukop makan. Heheee .... Diaorang akan tanya berape pendapatan pemandu teksi sehari.


Jawapan : Bergantung pada kerajinan & nasib.


Biasanya pemandu teksi akan buat target 1 hari berape dia nak. Macam aku, aku target RM150 sehari. RM50 untuk sewa kereta dan RM100 gaji aku. Itu setelah tolak segala perbelanjaan makan, minum, minyak, gas & rokok sepanjang aku bekerja.


Nasib juga memainkan peranan penting. Kalau teksi tersebut di lengkapi "radio call" peluang dia untuk mendapat penumpang adelah lebih dari teksi yang tiada radio call. Sebab kadang2 kite pusing2 pun belum tentu ade orang yang tahan nak teksi. Nak masuk teksi stand beratur panjang pulak. So, teksi yang mempunyai radio call boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan.


Tahap kerajinan seseorang tu pun penting jugak. Selalunya driver teksi akan keluar mencari rezeki seawal jam 5am, kadang2 sampai malam pun tak balik2. Ingatkan sebuk carik rezeki, rupa2nya tido bawah pokok. Keh3. 


Aku jenis driver yang malas sket sebab aku suke keluar rumah jam 10am ke atas dan balik dalam jam 8pm. Itu kalau takde ape2 "booking" ler. Waktu bekerja aku 8jam. Boleh ke dapat RM150 ?? Eh, ape pulak tak boleh .... Hehee ... Alhamdulillah. 


Kadang2 kalau banyak booking, 12jam lebih 1 hari pun aku penah keje. Itu semua untuk memenuhi kehendak penumpang dan rezeki jangan di tolak. Heh.


Kalau Allah nak bagi, aku penah dapat hampir Rm500 sehari ... Dan kalau dah takde rezeki setakat RM30 sehari pun aku penah bawak balik, tuh pun sebab aku dah tekanan sangat. Prinsip aku, kalau aku tengah stress, tak elok memandu coz ianya akan membahayakan nyawa kite dan penumpang.


Kalau driver tuh bekerja 12jam sehari dan masih susah nak dapat RM150, mesti ade sebab kenape. Pemandu teksi ni kena elak 3 perkara di bawah :

  1. Perempuan
  2. Judi
  3. Arak
Kalau korang terlibat dengan perkara di atas, berape banyak hasil korang pun memang tak cukop bro. Perkara di bawah yang patut korang lakukan :
  1. Jangan memilih penumpang
  2. Cari rezeki halal - Gunekan Meter
  3. Kurangkan melepak
Baru ler hasil korang tuh ade keberkatan. Hehehe.

Soalan yang biasa mak mertua aku tanya kat bini aku :
" Bile saiful tuh nak carik keje tetap ?? Tengok abah ko tuh bawak teksi, asyik tak cukop duet jerk "
Bini aku layankan jer laa mendegar coz dia tau brape banyak pendapatan aku. Dan aku penah gak bongkarkan kisah di atas ni depan mertua aku .... merah telinga jugak ler bapak mertua aku. Hehehe. Serba salah plak aku di buatnye. Keh3. Sejak tuh .. kalau mak mertua aku tanya macam mane pendapatan bawak teksi ... aku cakap " Bole laa mak, untung sabut timbul ... untung batu tenggelam" Keh3.


Ape yang aku cerita kat atas adelah pandangan dan pengalaman aku ... mungkin berbeza buat semua pemandu, tapi aku berharap agar pemandu teksi tak payah ler nak buat cite sedey dan menjatuhkan maruah pemandu teksi yang lain dengan menceritakan betapa susahnya nak carik makan. Pokok pangkalnya pada diri kite sendiri sama ada nak atau tidak. 



3 comments:

  1. Betul tu..yg penting rajin..kita bawak teksi..tahu la..hehehe

    ReplyDelete
  2. Setuju, buat kerja apa pon kalau tak rajin pon jadi susah juga.

    Pertanyaan : saya tengok ada teksi yang pasang iklan di body kereta, adakah itu dibayar?

    ReplyDelete
  3. Indah khabar dari rupa ! Apakah orang-orang teksi benar-benar berhemah? Yang makan cili pasti terasa pedasnya. Banyak cerita yang saya dengar dari orang luar seperti pelancong atau pengunjung-pengunjung tempatan. Ada pemandu teksi yang sengaja tak gunakan meter, ada pemandu teksi ambil kesempatan kapak harga dari pelancung luar dan ada juga sengaja pusing-pusing jalan ke destinasi penumpang. Memanglah agak susah bagi pihak berkuasa nak pantau tapi tak mustahil kalau penumpang buat aduan untuk tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak berkenaan.

    ReplyDelete