Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Monday, 30 July 2012

Radio Teksi & GPS ( Global Positioning System )

Salam ...


Malam ni aku nak cerita betapa pentingnya GPS ( Global Positioning System ) nie kat korang yang memandu kenderaan.


Kebanyakkan pemandu teksi sekarang telah melengkapkan kenderaan mereka dengan GPS. Ianya dapat membantu pemandu untuk mencari destinasi tempat yang hendak di tuju dengan lebih tepat. Walaupon GPS bukan 100% tepat / update semua jalan yang ada, tetapi ianya dapat membantu anda untuk mencari tempat yang  sebelum ni anda sendiri tak pernah sampai.


Kebaikkan GPS ... ianya dapat membawa anda ke lokasi tepat  ... contoh : Bangsar.


Saya yakin anda semua tahu kat mana terletaknya bangsar, tapi kalau penumpang suruh anda cari alamat Jalan Limau Kasturi ?? anda tahu kat mane ? macam mane pula kalau penumpang sendiri pun tak pernah sampai kat sane ?? mesti korang akan berpusing carik seluruh bangsar. Penumpang mesti gelisah sebab korang sesat arah tuju dan meter semakin meningkat ... Hehehe.


Baru2 ni aku keluar malam dalam jam 11pm. Operator Public Cab melaporkan alamat Lorong Taman Pantai 7 ke KLIA.


Aku berada jauh pada ketika itu, dan aku yakin mesti ada teksi yang berdekatan. Tapi bila aku dah sampai ke Kerinchi, alamat tersebut masih belum sampai .... aku pun cuba kejar. Bila aku dah lalu pondok pengawal Lorong Taman Pantai, aku nampak ade 1 teksi dari arah hadapan ... aku perlahankan dan bertanya " Dah ade orang sampai ke ?" Pemandu teksi tersebut jawab "Tak Jumpe Alamat". Aku dah jadi pelik sebab GPS aku menunjukkan ke arah di mana pemandu tuh datang tadi. Aku pon teruskan perjalanan dan nampak 1 lagi teksi pun tak jumpa cari alamat tuh. Bila GPS aku kata "Turn Left To Lorong Taman Pantai 7" aku senyum jerk. 


Rupa2nya .. Tanda jalan untuk Lorong Taman Pantai 7 telah di halang oleh sebuah van yang parking kat situ. Tuh pasal 2 orang pemandu tadi tak jumpe. Malam pulak tuh ... hehe. Maybe diaorg tak carik menggunakan GPS .. tuh pasal berpusing2 kat dalam kawasan tuh.


So, GPS telah membantu aku malam tuh untuk mencari alamat dengan tepat dan tanpa susah payah.


Kat dalam sesebuah GPS, korang boleh set untuk pilih laluan paling pendek / cepat / tanpa tol / tanpa lampu isyarat ... so, pilihan korang ler nak cepat atau dekat. 


Memang betol, kadang2 GPS akan tunjuk jalan yang jauh, tapi kalau korang tau kawasan tuh ... tak payah ler nak ikut ape yang GPS tunjukkan, hanya gunekan bile kawasan tuh langsung korang tak tau / tak penah pegi.


So, aku nak nasihatkan buat semua pemandu teksi, tak payah ler korang nak perasan diri dan expert kerna tau semua kawasan dan jalan ... GPS bukan mahal sangat, lagipon baik untuk korang semua. Lebih2 lagi buat pemandu teksi yang selalu amik radio call, kite kena carik alamat yang di lapor .. tanpa GPS, terkontang kanting ler korang kena tinggal kat belakang. Hehe ...


Contoh Garmin Nuvi 255w yang aku gunekan









Memang memuaskan hati... TERBAIKKKK !!!!!

Wednesday, 18 July 2012

TR1Ma sudah berada dalam genggaman.



Salam,


Semalam lepas aku hantar sorang customer ke KLIA, aku singgah SPAD Putrajaya untuk cube nasib amik aku punya voucher TR1M. Alhamdulillah ... tak sampai 10 minit urusan aku kat sane, cepat dan pantas .... pegawai yang bertugas pon masih tersenyum dan melayan driver2 teksi ni dengan baik.


Selepas pelancaran TR1Ma oleh DS Najib pada 24 Jun lepas, keesokkan harinya penuh semua pejabat JPJ dengan driver teksi beratur dan berebut untuk amik voucher ni. Ade juga yang mengeluh sebab mereka bukak 1 kaunter sahaja, ade juga yang mengeluh bile dah penat2 beratur .... name dia plak kena pegi putrajaya untuk amik voucher tuh ... hehe. 2 kali aku pegi, JPJ Wangsa Maju & JPJ Sri Permaisuri, bile aku tengok ramai2 tuh ... aku terus blah jerk.


Voucher dah dapat, lepas ni cite pasal nak tukar tayar plak. Voucher valid untuk 6 bulan, tak tau ler bape plak harge yang kedai tayar nak sembelih untuk sebijik tayar. Hehe. Aku dah ler pakai tayar 15", mau sekeping voucher bersamaan dengan sebijik tayar nie. Keh3. Koyaks tol.


Walau apepon, kite nantikan drama seterusnya semasa kite nak tukar voucher kepada tayar. Hehe ...

Tuesday, 10 July 2012

Kesan kewujudan MRT terhadap Pemandu Teksi

Salam,


Hari ni aku nak bercerita tentang perkara yang sering bermain dalam fikiran aku baru2 ni.


MRT ( Mass Rapid Transit ) yang dalam pembinaan sekarang. Pembinaan MRT memang menguntungkan dan dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam di lembah klang.


MRT mempunyai 31 buah station di sekitar lembah klang, bermula dari Sungai Buluh hingga ke Kajang. Klik sini untuk lebih info.






Tapi aku bukan nak cerita betapa hebatnya MRT ni, tapi aku nak cerita tentang kesan yang akan menimpa pemandu teksi di akan datang.


Dengan wujudnya MRT, aku yakin pengguna teksi akan berkurangan lebih dari 50%, dengan ekonomi yang teruk sekarang nie, aku yakin org akan memilih pengangkutan yang lebih murah dan cepat berbanding teksi. Kalau dulu pemandu teksi amat mudah nak carik makan kat kawasan damansara, kerana kos dari damansara nak ke stesen LRT terdekat juga akan di kenakan bayaran tidak kurang dari RM10, lepas ni susah ler sikit ... silap2 orang jalan kaki jer ke stesen MRT. Hehe ...


Ade juga kengkawan kate mungkin orang akan pilih teksi untuk keselesaan ... tapi bagi aku mudah, murah & pantas lebih menjadi pilihan ...


Agaknya .. ini ler salah satu sebab kenape ramai pemandu teksi sekarang ni sebuk mendesak kerajaan untuk mengeluarkan permit sendiri kerana bile dah ade permit sendiri ... pendapatan akan lebih stabil berbanding dengan menyewa dengan kompeni.


Aku amat berharap agar pihak kerajaan akan mempertimbangkan permintaan kami ini kerana kewujudan MRT di akan datang akan mendatangkan kesan yang amat mendalam terhadap kami pemandu teksi, mungkin lepas ni terpaksa kerja dengan MRT pulak kot ... Hehehe ...


Ape pon, aku menyokong segala usaha pemimpin2 yang sudi berjuang untuk kami dan juga pemandu2 teksi yang tak henti2 mengeluh untuk mendapatkan permit, insyaAllah .... kalau ade rezeki nanti, kite semua akan merasa memandu teksi dengan menggunakan permit sendiri. 

Saturday, 7 July 2012

Betol ke pemandu teksi ni sengkek ?? susah ke cari makan ??

Salam,


Malam ni aku nak bongkar lagi kisah2 penumpang & pemandu teksi. Aku yakin perkara yang aku cerita kat bawah ni biasa korang tanya / dengar dari pemandu teksi. So, ape yang aku nak cerita sekarang ni adelah pendapat aku sendiri .... di harap takde sape yang terase.


Soalan yang biasa di tanya penumpang :
" Macam mane bang bawak teksi ?? Senang ke nak carik makan ?? "

Biasanya aku akan jawab, Alhamdulillah ... buat mase ni takde masalah. Cukop makan. Heheee .... Diaorang akan tanya berape pendapatan pemandu teksi sehari.


Jawapan : Bergantung pada kerajinan & nasib.


Biasanya pemandu teksi akan buat target 1 hari berape dia nak. Macam aku, aku target RM150 sehari. RM50 untuk sewa kereta dan RM100 gaji aku. Itu setelah tolak segala perbelanjaan makan, minum, minyak, gas & rokok sepanjang aku bekerja.


Nasib juga memainkan peranan penting. Kalau teksi tersebut di lengkapi "radio call" peluang dia untuk mendapat penumpang adelah lebih dari teksi yang tiada radio call. Sebab kadang2 kite pusing2 pun belum tentu ade orang yang tahan nak teksi. Nak masuk teksi stand beratur panjang pulak. So, teksi yang mempunyai radio call boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan.


Tahap kerajinan seseorang tu pun penting jugak. Selalunya driver teksi akan keluar mencari rezeki seawal jam 5am, kadang2 sampai malam pun tak balik2. Ingatkan sebuk carik rezeki, rupa2nya tido bawah pokok. Keh3. 


Aku jenis driver yang malas sket sebab aku suke keluar rumah jam 10am ke atas dan balik dalam jam 8pm. Itu kalau takde ape2 "booking" ler. Waktu bekerja aku 8jam. Boleh ke dapat RM150 ?? Eh, ape pulak tak boleh .... Hehee ... Alhamdulillah. 


Kadang2 kalau banyak booking, 12jam lebih 1 hari pun aku penah keje. Itu semua untuk memenuhi kehendak penumpang dan rezeki jangan di tolak. Heh.


Kalau Allah nak bagi, aku penah dapat hampir Rm500 sehari ... Dan kalau dah takde rezeki setakat RM30 sehari pun aku penah bawak balik, tuh pun sebab aku dah tekanan sangat. Prinsip aku, kalau aku tengah stress, tak elok memandu coz ianya akan membahayakan nyawa kite dan penumpang.


Kalau driver tuh bekerja 12jam sehari dan masih susah nak dapat RM150, mesti ade sebab kenape. Pemandu teksi ni kena elak 3 perkara di bawah :

  1. Perempuan
  2. Judi
  3. Arak
Kalau korang terlibat dengan perkara di atas, berape banyak hasil korang pun memang tak cukop bro. Perkara di bawah yang patut korang lakukan :
  1. Jangan memilih penumpang
  2. Cari rezeki halal - Gunekan Meter
  3. Kurangkan melepak
Baru ler hasil korang tuh ade keberkatan. Hehehe.

Soalan yang biasa mak mertua aku tanya kat bini aku :
" Bile saiful tuh nak carik keje tetap ?? Tengok abah ko tuh bawak teksi, asyik tak cukop duet jerk "
Bini aku layankan jer laa mendegar coz dia tau brape banyak pendapatan aku. Dan aku penah gak bongkarkan kisah di atas ni depan mertua aku .... merah telinga jugak ler bapak mertua aku. Hehehe. Serba salah plak aku di buatnye. Keh3. Sejak tuh .. kalau mak mertua aku tanya macam mane pendapatan bawak teksi ... aku cakap " Bole laa mak, untung sabut timbul ... untung batu tenggelam" Keh3.


Ape yang aku cerita kat atas adelah pandangan dan pengalaman aku ... mungkin berbeza buat semua pemandu, tapi aku berharap agar pemandu teksi tak payah ler nak buat cite sedey dan menjatuhkan maruah pemandu teksi yang lain dengan menceritakan betapa susahnya nak carik makan. Pokok pangkalnya pada diri kite sendiri sama ada nak atau tidak. 



Friday, 6 July 2012

Duta Teksi Dapat Elaun Bulanan ??

Salam ...


Baru2 ni aku ade dgr dari kengkawan yang kuar kat tv kate pemandu teksi dapat elaun RM100 setiap bulan. Mantap siot ... 


Aku try google and dapat info berkenaan duta teksi yang kerajaan war2kan sebelum nie. Sebelum ni pon mase aku bayar sewa keta ade gak ler aku ternampak form sesiapa yang berminat nak register jadi duta teksi nie. Aku malas nak amik pot, mane tau dapat elaun RM100 ... hehe. Tapi kena gi khusus ler. Ahaks.


Salam 1 Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa pemeriksaan kenderaan dan pemberian elaun insentif bulanan kepada semua Duta Teksi Pelancongan yang telah menghadiri kursus Program Duta Teksi Pelancongan pada bulan Mac sehingga Mei 2012 (Bil.1-18) akan bermula dari 9 sehingga 17 Julai 2012 (7 hari bekerja) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Masa untuk pemeriksaan kenderaan di Lanai MaTiC dan pemberian elaun tersebut di Unit Kewangan, MaTIC adalah dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang sahaja. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini diucapkan terima kasih.


Masyuk arr pemandu teksi yang jadi duta lepas nie. Hehe ...