Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Tuesday, 26 June 2012

TR1Ma : Teksi Rakyat 1 Malaysia - Bantuan Tayar

Salam,


Hari ni aku nak cerita siket pasal TR1M yang di lancarkan oleh DS Najib ( PM Malaysia ) di Bukit Jalil 24 Jun 2012 lepas.


Aku memang tak pegi ke sane ari tuh coz ade hal2 peribadi yang aku perlu uruskan. Info dari kengkawan yang pegi mengatakan kena beratur 3 jam baru dapat voucher, tapi sebelum tuh kena dengar ceramah dulu. Hehe.


Aku amat bersyukur kerana DS Najib telah mengumumkan peruntukkan 35M untuk semua pemandu teksi seluruh malaysia untuk menikmati voucher tayar rm260 x 2pcs yang boleh di tukarkan di kedai tayar terpilih di seluruh malaysia.


Aku ada baca dalam Bernama online yang mengatakan peruntukkan tersebut akan di beri 2 tahun sekali, tapi yang peliknya aku tengok dalam berita DS Najib kata peruntukkan tersebut adelah untuk setiap tahun. Aku pon tak pasti mane yang betol ... huhuuu, atau aku tersalah dengar ape yang DS Najib cakap dalam tv tuh. Maybe orang2 yang hadir ke perhimpunan tersebut boleh beri ulasan.


Dalam berita tv juga DS Najib berucap .... beliau akan menghentikan sistem teksi sekarang yang seperti perhambaan dan akan mengeluarkan permit menggunakan sistem pajakkan ... lebey kurang begitu lah ape yang aku dengar dan paham.


Ape yang bermain dalam permikiran aku ialah ... kalau kerajaan dah nampak yang sistem teksi malaysia sekarang adelah seperti perhambaan ... kenape tak terus di hentikan sahaja ???


Sistem pajakkan ?? adekah selepas ini kerajaan pula yang akan mengaut keuntungan dengan menyewakan permit teksi kepada pemandu2 teksi ?? Kalau sebelum ni permit individu cuma perlu bayar RM150 lebih sahaja untuk 7 tahun .... melalui sistem pajakkan berape pulak ?? Adehhh ... macam lepas dari mulut harimau masuk pulak ke mulut buaya ... hehe.


Aku benar2 terharu dengan pemberian bantuan tayar untuk pemandu teksi kerna ianya benar2 bermakna buat kami, tapi ianya hanyalah bantuan sementara ... atau bantuan untuk pilihan raya nanti ??? 


Kalau lah benar DS Najib nak membantu pemandu teksi ... bukan tayar yang kami minta .... PERMIT INDIVIDU ... itu yang kami mahukan, itu yang akan menyelesaikan segala masalah kami. Dengan adanya permit individu .. kami sekaligus dapat mengurangkan perbelajaan untuk membayar sewa permit sekurang2 nya RM600 sebulan. So, cuba bandingkan ... RM600 sebulan dengan RM520 setahun ?? Hehe.


Pembangkang menjanjikan Permit Individu jika dia dapat tawan Putrajaya ... so, takkan voucher RM520 setahun sahaja yang kerajaan BN boleh bagi ?? sepatutnya DS Najib keluarkan arahan kepada SPAD untuk buka balik permohonan untuk permit teksi budget bagi setiap individu ...


Well ... itu cuma keluhan aku, aku pon belum amik lagi voucher tuh sebab ramai sangat yang duk beratur kat JPJ untuk amik. Nak pergi putrajaya jauh .. hehe. Tunggu jer laa bile dah reda nanti baru aku amik. Heh.

No comments:

Post a Comment