Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Thursday, 10 May 2012

Belting Luar Waja Campro

Salam,


Semalam memang ujian buat aku. Aku mula bekerja dalam jam 10:30am, alhamdulillah rezeki aku memang memuaskan. Alamat yang aku dapat sambung menyambung. Booking pulak ada 2.


Dalam jam 5pm dalam poket dan ada RM150, dapat pulak alamat dari sunway giza ke cyberjaya ... masyuk beb, kurang2 leh dapat RM50. Dalam perjalanan dapat plak aku kompom alamat dari cyberjaya ke Bandar Utama, perghhh ..... lagi RM50. Masyukkk siot.


Ujian aku bermula dalam jam 5:30pm kat lebuhraya Elite berdekatan dengan simpang Saujana Putra. Tiba2 aku dengar ade bunyi sesuatu dari enjin aku. Aku cepat2 perlahankan kenderaan dan berhenti di laluan kecemasan. Memang kebetulan mase tuh ade sebiji lagi teksi waja Sunlight yang tengah park kat tepi sebab dia tengah bercakap dalam fon.


Aku bukak bonet kereta aku dan dapati belting luar aku putus dan aku terus gi jumpe driver sunlight tuh untuk mintak dia bawak customer aku gi cyberjaya. Aku kol office cakap aku breakdown dan terpaksa cancell alamat dari cyberjaya ke bandar utama.


Aku kol Nazri & Ali untuk mintak tolong panggilkan pomen datang baiki keta aku. Kebetulan Nazri dalam perjalanan balik dan dia kate akan cube dapatkan pomen kat area rumah dia ke tempat aku breakdown. Tengah duk menunggu pomen datang, berhenti plak PLUS tunda kat blakang aku untuk tunda aku keluar highway. Alhamdulillah, dengan bantuan PLUS tunda aku selamat keluar kat plaza tol saujana putra. Masalah aku blom selesai, bile dia tengok belting aku dia kate keta aku masih boleh jalan untuk aku carik pomen berdekatan.


Aku pon jalan pelan2 untuk carik pomen kat kawasan situ, Alhamdulillah ... tak sampai 2km ade bengkel yang masih bukak dan harga pun berpatutan. Selesai masalah aku .....


Aku pon menuju ke Subang Jaya untuk amik booking terakhir ... ngam2 aku sampai rumah kastemer aku, boleh plak aircond buat hal. Adoiiyaii ..... ape punya nasib daaa..... Kesian kastemer aku terpaksa naik keta aku gi KLIA dalam keadaan panas, nasib baik ler malam .... kalau tak mau berpeluh kastemer aku sampai airport. Hehe .... sori byk2 bro.


Pengajarannya ... kalau nak tukar barang, jangan pandang pada harga tawaran yang murah sahaja ... belting tuh aku baru pakai dalam 40k KM, tapi aku di tipu oleh kedai di kota damansara sebab nak harga yang murah punya pasal .... aku trime akibat camnie.



No comments:

Post a Comment