Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 22 April 2012

Tetap Di Saman Walau Tidak Melakukan Kesalahan

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,


Kali ni aku nak berkongsi pengalaman di saman walaupon aku tak lakukan kesalahan.


Pada 11 Feb 12 aku terima panggilan dari office ( PublicCab ) yang mengatakan aku kena ke pejabat JPJ Selangor untuk di temusiasat berkenaan kesalahan yang di lakukan pada 21 Jan 12 pada jam 540pm di km 73 Jalan KL - Ipoh.
1- Memotong garisan berkembar
2- Tidak berhenti sewaktu di tahan pegawai beruniform


Pada 21 Feb 12, aku mengadap pegawai penyiasat yang bernama Rosely ( x ingat ejaan name ). Dia terangkan lokasi sebenar KM 73 KL - Ipoh kat mane and tanya sama ada aku mengaku bersalah atau tidak. Lokasi yang di terangkan ialah di Klompang daerah Kuala Kubu Bharu yang mane aku tak penah jejakkan kaki seumor hidup ni. Dia tanya sama ada aku ade saudara mara ke arah utara yang mungkin aku lalu ke sane, memang aku ade kakak kat perak and saudara mara kat penang .... tapi kenape & tak penah aku nak buang mase ikut jalan lame ke arah utara. Pegawai tersebut tida berpuas hati dengan jawapan aku kerna tak mengaku kesalahan dan minta aku datang kembali pada 28 Feb 12.


Memang pada kali pertama aku kena temu siasat tu aku tak ingat sepenuhnya ape yang terjadi pada 21 Jan 12. Tapi ape yang meyakinkan aku ialah, aku sendiri tak penah jejakkan kaki ke Kuala Kubu Bharu.


Lagipun, cube korang pikir logik arr .... bile pegawai beruniform buat road block, dia tahan korang tak berhenti ... hilang akal ape melainkan korang bawak dadah ler. Dan yang peliknya, kenape diaorg tak kejar kereta tu kalau dia tak nak berhenti ???


Aku tanya pegawai tu ape bukti yang dia ade, jawapannya "Anggota saya ramai yang nampak" itu aje bukti yang dia ade. Bile di tanya gambar kesalahan, jawapannya "Tiada, tak sempat".


Boleh ke diaorg jatuhkan kesalahan hanya berbuktikan "Anggota saya ramai yang nampak" ?? hanya korang yang arif sahaja boleh bagi jawapan.


Balik dari JPJ Selangor, aku mula kerahkan kepala otak aku untuk remind balik ape yang berlaku pada 21 Jan 12. Aku check sms, bbm, fb, email dan segala2nya..... as result aku dapat :
- 7am aku ade airport booking pick up kat Capitol Hotel
- 10am aku bawak mak, abah & anak2 aku gi kenduri nikah sedare aku kat keramat AU2
- 1pm dari keramat AU2 aku ke rumah mertua aku kat Tmn Melati untuk hantar anak2 aku kat ibu dia yang ade kat sane.
- 2pm aku ade kat rumah sampai ler esok
- Alibi yang aku ade hanyalah Mak & Abah aku
- Aku ade buat posting kat FB pada jam 643pm. Biasa kalau aku post pakai BB aku, dia akan ade simbol BB, tapi kalau kat rumah takde.
So, itu jer laa bukti yang aku dapat kumpulkan untuk aku ceritakan pada pegawai penyiasat tuh nanti pada 28 Feb 12.


28 Feb 12 - Aku mengadap lagi pegawai JPJ tersebut, aku terangkan segala yang berlaku pada hari tersebut. Aku juga menunjukkan keratan FB aku yang aku print kat dia. Aku katekan mane mungkin dari Kuala Kubu Bharu ke rumah aku kat Bandar Tun Razak boleh amik mase 1 jam.


Dia amik keterangan aku dan dengan full power dia tetap mengatakan yang aku bersalah. Katenye pegawai dia nampak teksi aku dan waktu tu ade seorang perempuan + anak kecil kat tempat duduk hadapan. Masalahnya, anak aku ade 2, dan dengan kebiasaannya kalau kiteorg 1 family travel, anak lelaki aku yang berusia 4 tahun akan duduk  depan & wife aku dengan anak aku berusia 2 tahun akan duduk belakang. Semasa kejadian wife & anak2 aku ade kat rumah mak dia kat Tmn Melati. Pegawai tersebut tetap keluarkan saman tuk aku atas 2 kesalahan tersebut, katenya kalau tak puas hati boleh lawan kat makamah majistret Kuala Kubu Bharu.


Pada mulanya memang aku nak lawan kes tuh, sebab aku yakin yang aku tak bersalah, mase boleh dia main suke2 tuduh aku camtuh. Saman bukan sikit, RM600 tuh. Bukan senang nak carik RM600, kurang2 mau keje 2 bulan baru boleh simpan duet lebey RM600 tuh. Hati panas giler siot.


Aku cite dengan family aku, Mak Abah aku sebuk kate tak payah lawan, bukan senang nak lawan kerajaan, Kos untuk upah peguam pon dan lebey dari saman tuh. Lagipon nak travel ke Kuala Kubu Bharu bukan dekat, kurang2 amik mase 1jam 30minit. Mak Abah aku & semua adek bradek aku pon kate yang same, kite cume perlu berdoa agar orang yang buat fitnah tuh tak akan berkat makan hasil penipuan tersebut.


So, hari ni ... dengan hati yang geram, aku keluarkan jugak RM600 untuk bayar saman tersebut walaupon hati aku tak rela, aku paksakan juga supaya tak menyusahkan hidup aku turun naik makamah yang bukan main jauh tuh.


Kat sini aku cume nak korang tahu, walaupon kite tak melakukan kesalahan pon boleh di saman, nak kate lebey tak boleh sebab diaorg pegawai kerajaan. So kite terima jer laa dengan redha agar diaorg yang telah di amanahkan melakukan keje dengan adil & saksama ni dia beri pertunjuk dan pengajaran agar tidak menganiaya orang yang tak bersalah di mase akan datang.

No comments:

Post a Comment