Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 29 April 2012

Adekah benar pendapatan pemandu teksi terjejas dengan perhimpunan BERSIH 3.0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Selepas aku membaca 1 kenyataan yang tertulis Angkara BERSIH 3.0 Rally : 36000 Pemandu Teksi Bakal Rugi RM5.4 Juta Sehari? aku rase patut untuk aku keluarkan kenyataan aku sendiri.


Ade 1 kenyataan tuh menarik perhatian aku "RM5.4j tu kalau pakai meter ke tak?" ... lawak kan ?? 36000 pemandu teksi terjejas sebab perhimpunan BERSIH 3.0 di jalankan di KL. Kalau 36000 pemandu teksi memandu di dalam KL, alamat jadi Teksi rally 3.0 ler jawabnyer. keh3.


Tempat pemandu teksi cari makan bukan kat KL jer, banyak lagi tempat lain ... PJ, Damansara, Sunway DLL semua tuh tak terjejas ape ...... nape tak gi carik makan kat sane ?? Lagipon yang menyebabkan pemandu teksi takleh carik makan bukan sebab BERSIH, tapi pihak polis yang menutup jalan sampai aku nak masuk Mid Valley pun terpaksa pusing kat kerinchi bile aku datang dari arah Cheras melalui federal highway.


Lagipun mase aku carik makan kat Damansara tadi banyak jer alamat dari radio Public Cab aku buang2 sebab takde driver nak amik kol ... so, mane pegi semua driver ?? maybe diaorg amik kesempatan ni untuk bercuti setelah berhari2 bekerja. Bukan senang nak cuti bile dah jadi driver teksi nie.


Kalau jalan2 yang ada tidak di tutup, aku yakin pemandu teksi boleh carik makan kat KL tuh, coz aku yakin kite semua tahu selok belok KL dan tahu jalan mane yang kite nak amik kalau berlaku kesesakkan.


Alhamdulillah ... rezeki aku hari ni takde berkurangan ... malah bertambah lagi ade ler, bukan nak takbur ... tapi macam2 care kite boleh carik rezeki secare halal kalau kite tahu carenye. Work smart, dont work hard. hehe ...



Friday, 27 April 2012

Why Do You Need To Pay Xtra RM10 For Booking With kltaxidriver.com

Many people asking why & some people dont bother to ask & few people understand why kltaxidriver.com charge RM10 xtra for every booking made per trip.

For your info, budget taxi fare by meter per hour are almost RM20. Once you make a booking and we confirm to send a taxi for you, meaning you dont need to worry anymore about your transportation because we already arrange for you on the time you requested.

To ensure that we arrive on time, we need to take at least 1 hour to standby or on the way to a place that u request to pick you up. Between that hour, we cant pick any passenger / accept any call from radio anymore because we dont want to be late and traffic are unpredictable. So, if your travelling distance around 10km maybe the meter charges is around RM10 - RM13 include call charge. If we didnt charge the booking fees, its like we are throwing our 1 hour time just to earn RM10 - RM13 from you even we can make more within that 1 hour time.

You can also call a radio taxi, some company only charge RM2 for on call even u booked earlier, some company also charge RM10 for booking a taxi. The different between you make a booking with us & company :

kltaxidriver.com
1- You call us to make a booking
2- You agree with the terms & charges
3- We arrange a cab for you
4- We call u back to confirm that there is a taxi coming or not within 15 minutes when u call us
5- You dont need to worry and just wait for the driver coming and call you when hes arrive if your booking is confirmed.

Radio Taxi Company
1- You call the operator 1 hours earlier
2- 15 minute before the time you want a taxi, they will announce in the radio
3- If got taxi response, the operator will call you back to inform how many minutes the driver need to arrive at your place.

For those that used to call radio taxi company, they will know that it will be difficult to get a cab during peak hour ( morning & evening ). If you got urgent matter / flight need to catch and your booking is not confirm, what will you do if the operator call you and said there is no taxi around ???

If you still not satisfied with the above explanation, feel free to leave a comment here. Thanks   

Sunday, 22 April 2012

Tetap Di Saman Walau Tidak Melakukan Kesalahan

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,


Kali ni aku nak berkongsi pengalaman di saman walaupon aku tak lakukan kesalahan.


Pada 11 Feb 12 aku terima panggilan dari office ( PublicCab ) yang mengatakan aku kena ke pejabat JPJ Selangor untuk di temusiasat berkenaan kesalahan yang di lakukan pada 21 Jan 12 pada jam 540pm di km 73 Jalan KL - Ipoh.
1- Memotong garisan berkembar
2- Tidak berhenti sewaktu di tahan pegawai beruniform


Pada 21 Feb 12, aku mengadap pegawai penyiasat yang bernama Rosely ( x ingat ejaan name ). Dia terangkan lokasi sebenar KM 73 KL - Ipoh kat mane and tanya sama ada aku mengaku bersalah atau tidak. Lokasi yang di terangkan ialah di Klompang daerah Kuala Kubu Bharu yang mane aku tak penah jejakkan kaki seumor hidup ni. Dia tanya sama ada aku ade saudara mara ke arah utara yang mungkin aku lalu ke sane, memang aku ade kakak kat perak and saudara mara kat penang .... tapi kenape & tak penah aku nak buang mase ikut jalan lame ke arah utara. Pegawai tersebut tida berpuas hati dengan jawapan aku kerna tak mengaku kesalahan dan minta aku datang kembali pada 28 Feb 12.


Memang pada kali pertama aku kena temu siasat tu aku tak ingat sepenuhnya ape yang terjadi pada 21 Jan 12. Tapi ape yang meyakinkan aku ialah, aku sendiri tak penah jejakkan kaki ke Kuala Kubu Bharu.


Lagipun, cube korang pikir logik arr .... bile pegawai beruniform buat road block, dia tahan korang tak berhenti ... hilang akal ape melainkan korang bawak dadah ler. Dan yang peliknya, kenape diaorg tak kejar kereta tu kalau dia tak nak berhenti ???


Aku tanya pegawai tu ape bukti yang dia ade, jawapannya "Anggota saya ramai yang nampak" itu aje bukti yang dia ade. Bile di tanya gambar kesalahan, jawapannya "Tiada, tak sempat".


Boleh ke diaorg jatuhkan kesalahan hanya berbuktikan "Anggota saya ramai yang nampak" ?? hanya korang yang arif sahaja boleh bagi jawapan.


Balik dari JPJ Selangor, aku mula kerahkan kepala otak aku untuk remind balik ape yang berlaku pada 21 Jan 12. Aku check sms, bbm, fb, email dan segala2nya..... as result aku dapat :
- 7am aku ade airport booking pick up kat Capitol Hotel
- 10am aku bawak mak, abah & anak2 aku gi kenduri nikah sedare aku kat keramat AU2
- 1pm dari keramat AU2 aku ke rumah mertua aku kat Tmn Melati untuk hantar anak2 aku kat ibu dia yang ade kat sane.
- 2pm aku ade kat rumah sampai ler esok
- Alibi yang aku ade hanyalah Mak & Abah aku
- Aku ade buat posting kat FB pada jam 643pm. Biasa kalau aku post pakai BB aku, dia akan ade simbol BB, tapi kalau kat rumah takde.
So, itu jer laa bukti yang aku dapat kumpulkan untuk aku ceritakan pada pegawai penyiasat tuh nanti pada 28 Feb 12.


28 Feb 12 - Aku mengadap lagi pegawai JPJ tersebut, aku terangkan segala yang berlaku pada hari tersebut. Aku juga menunjukkan keratan FB aku yang aku print kat dia. Aku katekan mane mungkin dari Kuala Kubu Bharu ke rumah aku kat Bandar Tun Razak boleh amik mase 1 jam.


Dia amik keterangan aku dan dengan full power dia tetap mengatakan yang aku bersalah. Katenye pegawai dia nampak teksi aku dan waktu tu ade seorang perempuan + anak kecil kat tempat duduk hadapan. Masalahnya, anak aku ade 2, dan dengan kebiasaannya kalau kiteorg 1 family travel, anak lelaki aku yang berusia 4 tahun akan duduk  depan & wife aku dengan anak aku berusia 2 tahun akan duduk belakang. Semasa kejadian wife & anak2 aku ade kat rumah mak dia kat Tmn Melati. Pegawai tersebut tetap keluarkan saman tuk aku atas 2 kesalahan tersebut, katenya kalau tak puas hati boleh lawan kat makamah majistret Kuala Kubu Bharu.


Pada mulanya memang aku nak lawan kes tuh, sebab aku yakin yang aku tak bersalah, mase boleh dia main suke2 tuduh aku camtuh. Saman bukan sikit, RM600 tuh. Bukan senang nak carik RM600, kurang2 mau keje 2 bulan baru boleh simpan duet lebey RM600 tuh. Hati panas giler siot.


Aku cite dengan family aku, Mak Abah aku sebuk kate tak payah lawan, bukan senang nak lawan kerajaan, Kos untuk upah peguam pon dan lebey dari saman tuh. Lagipon nak travel ke Kuala Kubu Bharu bukan dekat, kurang2 amik mase 1jam 30minit. Mak Abah aku & semua adek bradek aku pon kate yang same, kite cume perlu berdoa agar orang yang buat fitnah tuh tak akan berkat makan hasil penipuan tersebut.


So, hari ni ... dengan hati yang geram, aku keluarkan jugak RM600 untuk bayar saman tersebut walaupon hati aku tak rela, aku paksakan juga supaya tak menyusahkan hidup aku turun naik makamah yang bukan main jauh tuh.


Kat sini aku cume nak korang tahu, walaupon kite tak melakukan kesalahan pon boleh di saman, nak kate lebey tak boleh sebab diaorg pegawai kerajaan. So kite terima jer laa dengan redha agar diaorg yang telah di amanahkan melakukan keje dengan adil & saksama ni dia beri pertunjuk dan pengajaran agar tidak menganiaya orang yang tak bersalah di mase akan datang.

Friday, 6 April 2012

Booking Teksi Melalui Iphone Apps Store

Salam Semua,


Teknologi membawa kite pada perubahan di mana sekarang anda boleh membuat tempahan teksi terus melalui iphone anda. Anda boleh search Teksi Malaysia di apps store. Buat mase ni ianya di cuba pakai pada iphone sahaja dan akan di ikuti oleh pengguna Android. Klik link di bawah untuk tengok sampel application tersebut.


http://itunes.apple.com/my/app/teksi-malaysia/id519545082?mt=8


Konsep dia same sahaja dengan Online Booking yang kami sediakan di web ini, hanya perlu isikan maklumat yang di minta dan driver kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan. Tempahan mestilah di buat 3 jam sebelum agar mudah untuk pihak kami mengaturkan teksi untuk anda agar anda tidak perlu risau menunggu kedatangan teksi.