Disclaimer :

OUR MISSION
To offered you a Clean & Comfort Taxi to enjoy a Safe ride when you travel with us.

OUR VISSION
To be the best Budget Taxi service in Kuala Lumpur.

Sunday, 8 January 2012

Waja Campro : Speedo Meter & Digitax Taxi Meter

Salam Semua,


Kat sini aku nak share sikit pengalaman aku bile speedo meter waja campro aku tak berfungsi. Mungkin bagi sesetengah teksi seperti Iswara / Wira, speedo meter mereka menggunakan cable, so bile speedo meter diaorg tak berfungsi, takde effect pada Meter Duet korang. Tapi sebaliknya bagi pemilik teksi waja campro, bagi yang menggunakan Digitax Meter ( brand lain tak pasti ) yang kompeni dia beroperasi kat Batu Cave, Meter Duet dia tak gune cable seperti yang digunakan pada Iswara & Wira. Digitax Meter kongsi sensor pada speedo meter Waja Campro .... so, bile sensor speedo meter korang tak berfungsi, secara automatiknya meter duet korang turut tidak berfungsi. So, aku harap pemilik teksi waja campro tahu pasal bende ni, supaya korang tak gelabah cam aku semalam. hehehe ...


Mula2 speedo meter aku rosak, aku refer kat pomen yang biasa aku buat, bile dia tgk waja campro .. dia kate tak leh buat sebab pakai sensor, dia suruh aku refer kat kedai meter kalau2 dia ade computer untuk check keta nye problem.


Aku pegi batu cave, kedai meter digitax. Dia kate takde alat computer untuk check problem keta and mintak aku refer kat proton, kalau aku gi proton .. kompom kena 'potong' punye. Aku try tanye bengkel sebelah kalau dia boleh tukarkan sensor speedo meter aku. Dia kate boleh tukar tapi takut wiring problem pulak dan dia takde computer & wireman untuk buat tuh. So aku decided tuk pegi kat shell jalan pahang, coz aku dulu penah tuning injection kat sane.


Bile aku gi sane, dengan tanpa periksa ape ... dia kate wireman dia takde, suruh aku datang kol 1pm. Aku dah semak kepala. Pastu aku call pomen aku balik mintak dia rekemen mane2 kedai yang boleh bantu aku. Dia suruh aku call Omar - 0193249112, dia kate bengkel brader ni ade computer untuk check and dia pon ade buat wiring. Kedai brader ni kat Danau Kota, nasib baik arr mase tuh aku ade berdekatan ... so, aku pon terus ke sane.


Alhamdulillah, tanpa sebarang alasan ... brader Omar ni terus check keta aku and dapati bukan masalah wiring, tapi sensor speedo meter aku yang bermasalah. So, dia terus order stock tuk aku ... aku pakai sensor 2nd hand jer sebab nak beli baru tak mampu. Total aku habis tuk tukar sensor speedo meter tuh RM140. Aku rase berbaloi arr gak coz dia check keta aku pakai computer tuh, biasa kat proton, skali cocok computer tuh jer dah kena charge RM80.


Lepas dah selesai, meter duet aku pon beroperasi seperti biasa. So, abang2 teksi sekalian ... aku harap korang leh jadikan pengalaman aku kat atas sebagai rujukkan kalau korang hadapi masalah yang same. Ape yang kedai Digitax cakap .... Waja Campro & Saga BLM menggunakan sistem yang same.


Contoh Speedo Sensor :



No comments:

Post a Comment